28.3.10

Karakter: Direka atau sudah Ditentukan?


Salam semua pada mereka2 yang melawati blog inspirasiizra. Blog ni tak sehebat mana pon, just boleh lah untuk dihayati rakan2 sekuliah aku. Sebelum focus pada tajuk entry ni, aku nak citer panjang lebar jap. Hampir sebulan aku mengalami suasana yang begitu mencabar. Test sana sini, assignment tunggang terbalik, peminat blog aku yang tak tentu hala, hahaa(yang tu aku tipu), gossip yang tak kesudahan, dan macam2 lagi situasi yang memerlukan kekuatan psycho. Biasa la tu, nak jadi engineer kena bersedia hadapi situasi yang menggerunkan secara cool.

Tapi disebalik situasi pelik ni, aku dapat suasana yang membahagiakan yang kononnya dapat neutralize masalah2 tekanan. Apa yang membahagiakan tu?

--kalau member sekuliah aku, diorang memang tahu yang aku ni pendiam+pemalu? (dalam kelas je). Tapi diorang tak tahu di sebalik perwatakan aku tu, aku suka ambil kesempatan (yang baik2 jek). Sejak akhir2 ni, aku ada la 2-3-4 kali lepak ngan girl2 sekuliah secara sendirian. Kenapa perkara ni membahagiakan? Coz aku tak pernah lepak ngan diorang secara sendirian coz aku ni membosankan. Bila aku lepak ngan diorang, rasa tenang jek dan diorang sebenarnya baik, hahaaa. Dan dengar citer, kebanyakkan girl2 sekuliah ngan aku masih malu bila lepak ngan aku?????

--tambah lagi kenalan wanita baru di uthm. Itu pun mereka yang starting tegur aku dulu. Tu aku cakap, aku ni ada aura yang terpendam,hahaaaa…. (mesti kena bahan kat kelas nanti)

--ada la member cemerlang yang aku tak harapkan dia akan tanya pasal pelajaran kat aku, tetiba dia tanya aku pasal subject ***, nasib baik aku dapat jawab soalan dia time tu. Aku rasa dia tak tahu lagi yang aku ni bukannya pandai cam dia.

--menjadi tumpuan member2 termasuk lecture sekali. Sebab per? Coz Lomo. Member2 aku begitu keterujaan sangat nak nengok gambar yang dah cuci. Tapi aku tak tunjuk pon coz aku teruja nengok diorang teruja,hahaaa… Lecture lak terkejut bila aku keluarkan kamera fish eye 2, dan aku tengok macam diorang berminat ngan kamera tu walaupun aku cakap tu kamera filem.




Antara contoh gambar terbaru yang aku tak tunjuk lagi. Naper colour gitu? itu lah Lomo


--hampir menjadi topic bualan yang membawa kekecohan. Apa tu? Ntahla, masa aku borak2 ngan girl ni, tetiba dia tukar topic pastu cakap sal mengorat. Ayatnya lebih kurang gini la: ‘bila ko nak masuk line, rugi nanti ko tunggu lama2, cakap jela kat dia’. Pastu keluarlah ayat jiwang dia, cinta itu buta lah, cinta itu bahagia la, cinta itu senget lah. Aku tak pasti sapa perempuan yang dia maksudkan dan kalau dia sebut nama pompuan tu pastu didengari member2 aku yang kuat bahan, perghh memang malu gila aku.

Cukup sampai sini saja aku bebel kejap. Now kembali pada tajuk utama, karakter manusia. Kenapa aku tulis entry pasal karakter, coz aku tertarik ngan kelakuan manusia yang penuh misteri. Korang tahu kan camna karakter korang bila bersosial, bila bersendirian, bila kesedihan dan macam2 lagi.

19.3.10

Bila Si Pandai Tunjuk Bulu


Entry lepas begitu menggalakkan. Pelbagai respon yang aku terima dari kawan aku. Tak tahu la diorang gembira ke tak baca entry tu. Tapi ramai member aku tak faham lagi apa itu photobomb. Aku bukannya cari gambar yang korang sengaja buat camtu pastu bahan korang. Aku just cari gambar yang korang sendiri tak perasan masa ambil gambar tu. Senang cerita korang cari kat google, dan itulah maksud gambar photobomb.

Back to main story. Lepas habis cuti semesta, aku terasa sangat merunsingkan. Sebab per? Kerana spirit dari member2 aku yang cemerlang (tahap dekan pon ada) seolah-olah ‘psycho’ aku. Pergi jumpa diorang, tengah study, masuk bilik diorang, ngah buat assignment, lepak dalam kuliah, sembang pasal study. Betul2 buat aku resah dan menyebabkan perangai aku berubah secara mendadak kot.

Aku sebenarnya nak cerita sal rakan2 yang tergolong dalam golongan cemerlang. Selalunya golongan ni mesti ada dari sekolah lagi. Kita leh lihat pelajar mana yang cemerlang dalam pelajaran. Sama gak cam di university, tak semua pelajar cemerlang sangat cemerlang dalam pelajaran cuma kekurangan sikit je lagi nak capai full. Kalau nak diikutkan, aku ni leh la tergolong dalam kumpulan kurang skit cemerlang. Sejak dari sekolah lagi camtu, nampak je cam budak pandai, tapi indah khabar dari rupa.

14.3.10

Relaxs kan Diri, No Need to Tension

Waktu aku ngah study sambil nengok gambar kenangan di UTHM, tetiba aku dapat idea yang boleh dimuatkan dalam blog. Aku teringat pada blog Saffa yang pernah buat entry pasal Photobomb. Aku nengok kat gambar simpanan aku, banyak lak gambar yang ala2 photobomb. Photobomb ni lebih kurang maksud gambar yang dirosakkan. Cam contoh waktu tangkap gambar, tetiba ada gambar cam kucing lalu la, orang ngah lompat la, orang yang tak kenal masuk dalam gambar la dan macam2 lagi.

Alang2 minggu ni ada test 2, aku buat entry ni supaya member2 aku termasuk aku skali takde la tension sangat study. Kalau tension sangat kat study tu, nanti takleh jawab lak waktu test. So time nak lepas tension tu, korang nengok la gambar photobomb yang aku jumpa dalam simpanan. Bagi otak korang relax sekejap, jom usha.



Gambar ni diambil masa aku and the gang jalan2 waktu cuti. Masa tu ada mini konsert di Batu Pahat. Serius kami tak kenal siapa lelaki itu. Lelaki tu memang pandai membahagikan ruang untuk gambarnya masuk secara senyap. Aku rasa itu super pose yang paling cool dia telah tunjukkan kot. Yang belah kanan sekali lak tetiba munculnya doremon. Mungkin doremon tu pun perasan yang kami nak ambil gambar.

12.3.10

Remaja Fasih Berbahasa Inggeris. Patut?


Sebelum focus pada tajuk ni, aku nak mengarut dulu. Aku suka entry lepas coz menarik sangat sampaikan member aku pon tertarik ngan cara aku tu. Cara tu memang aku reka secara logic serta pengalaman dahulu kala dan aku amalkan teknik tu sampai sekarang JIKA ada wanita yang buat aku tertarik. Aku tak pasti member sekuliah aku perasan sape girl yang aku ceritakan kat entry lepas ataupun diorang tak baca blog aku, lalalala… Sekali lagi member aku yang sorang tu bertanya lagi, ‘Izra, ko ada aweks?’. Sebenarnya aku lebih sukakan girl yang tinggi (lebih tinggi dari aku pon ok gak) ataupun paling kurang girl tu nampak tinggi la bila nengok dia. Jika girl sebegini buat aku tertarik, memang aku akan cuba tarik perhatian dia. Yang ni memang betul dan fakta yang sahih serta tak tipu punya. Sebab per? Hmmm…..

Berbalik pada tajuk. Zaman sekarang dah makin maju. Attitude remaja sekarang pon dah lain. Kalau dulu2, stail remaja takde la menarik sangat kot. Tapi sekarang remaja dah lebih kreatif. Tapi yang satu ni aku rasa macam trend remaja sekarang. Yakni remaja speak in english samada english rojak ataupun full english. Dah ramai aku jumpa remaja begini termasuk member aku sekali, asal berjumpa jek speaking. Kalau dulu2, remaja melayu kurang la skit fasih berbahasa english, kalau ada pon dari golongan bijak pandai atau berada dan juga bangsa cina dan india la yang fasih english. Sekarang dah tiada had, tak kira bangsa apa pun, remaja memang dah mahir berbahasa english.

6.3.10

Ketika Cinta Berkawan

Bagi korang yang lelaki tu, mesti ramai kawan perempuan kan. Mesti punya la kan. Aku ingat lagi masa aku awal2 sekolah menengah, aku hampir tiada kawan perempuan. Sebab apa? Malu punya pasal la. Masa tu kalau aku perempuan cakap dengan aku sambil bertentang mata, aku dah start la keseganan (penyakit kot). Tapi sekarang tidak macam dulu lagi, di Uthm aku hampir ramai kawan perempuan jugak la sampai ada yang meminati aku (poyo giler). Sama juga bagi korang yang perempuan tu, mesti ada kawan lelaki.

Berbalik pada tajuk, aku blur lak nak letak tajuk per. Fikiran dalam waktu terdesak, tu jek tajuk aku dapat reka. Dalam ramai2 kawan korang tu, mesti ada satu yang special buat korang kan. Yang sorang tu buatkan kita rasa selesa berhubung dengannya (bukan buat hubungan negative ye). 4 semesta menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, tetiba semesta ni rakan yang tidak aku harapkan sesuatu keistimewaan, muncul dalam hatiku. Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar. Mungkinkah perasaan jatuh cinta hadir tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin?