6.3.10

Ketika Cinta Berkawan

Bagi korang yang lelaki tu, mesti ramai kawan perempuan kan. Mesti punya la kan. Aku ingat lagi masa aku awal2 sekolah menengah, aku hampir tiada kawan perempuan. Sebab apa? Malu punya pasal la. Masa tu kalau aku perempuan cakap dengan aku sambil bertentang mata, aku dah start la keseganan (penyakit kot). Tapi sekarang tidak macam dulu lagi, di Uthm aku hampir ramai kawan perempuan jugak la sampai ada yang meminati aku (poyo giler). Sama juga bagi korang yang perempuan tu, mesti ada kawan lelaki.

Berbalik pada tajuk, aku blur lak nak letak tajuk per. Fikiran dalam waktu terdesak, tu jek tajuk aku dapat reka. Dalam ramai2 kawan korang tu, mesti ada satu yang special buat korang kan. Yang sorang tu buatkan kita rasa selesa berhubung dengannya (bukan buat hubungan negative ye). 4 semesta menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, tetiba semesta ni rakan yang tidak aku harapkan sesuatu keistimewaan, muncul dalam hatiku. Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar. Mungkinkah perasaan jatuh cinta hadir tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin?



Jom tetiliti camna aku buat kalau aku tertarik ngan sorang rakan yang aku rasakan special dalam ramai2 kawan aku.

1)Cari ‘biodata’
-nengok senarai nama
-cari maklumat barkaitan si dia
-simpan no tepon senyap2

2)Cuba dekatkan diri
-kalau tak dapat pon, sentiasa munculkan diri tuk menarik pandangan si dia. Cam duduk kat belakang dia waktu kuliah atau amik gambar bersama dia.

-kalau berani try tegor direct cam buat2 tanya mende yang simple, contoh: “dah sain kedatangan?”

-kalau tak leh sangat, just nengok jela si dia dari jauh, leh terubat sket rindu.

3)Gunakan teknologi
-cari laman social yang dia ada akaunnya. Mesti ada punya. Cam facebook, mysapce, lepas tu add dan komen je apa yang patut.

-kalau dia ada chatting, add skali. Add then jangan terburu-buru chat terus. Chat perkara yang penting saja. Kalau boleh just online dulu, biar dia yang start mesej dulu. Kalau dia selesa berkawan, pasti dia akan mesej dulu. So jaga2 lah perangai tu dulu.

-no tepon yang simpan senyap2 tadi tu, gunakan bila nak wish sesuatu saja. cam besday ke, hari raya ke. Bila dia terima dengan baik wish yang aku bagi tu, maknanya secara rasmi boleh simpan no tepon dia. Then mesej wat2 tanya seperti pasal assignment ke. Jangan mesej nak borak2. Taktik lama tu.

-kalau nak mesej borak2 pon, sikit2 sudah cam 2 kali mesej ke. Dalam mesej last tu, pastikan aku undur diri dulu, contoh ayat: “k lah, awak sibuk kan, sorry ganggu, kita mesej lain kali.” kalau dia selesa atau suka berkawan, pasti dia akan teruskan mesej. Kalau tak, maknanya dia betul2 sibuk.

4)Kaitkan dengan rakan
-jika member kita kenal atau dah biasa kawan ngan dia, aku kena lepak ngan member tu. Just lepak bila member tu lepak ngan dia. Tapi jangan gelabah sangat bila lepak tu, open citer bukan2. Just cerita yang berkaitan ngan cerita yang diborakkan.

-bila lepak ngan member lain, bila borak2 tu, cuba kaitkan cerita dengan dia. Contoh “### tu hebatkan dalam dinamik”. Nak kaitkan pon biarlah yang memang reality dan kenyataan. Memang member tak kan perasan yang aku memang syok kat dia.

-bagi member yang terperasan taktik aku masa borak2 tu, aku memang bertuah. Member aku akan tahu yang aku ada hati kat dia. Member aku pasti akan kaitkan aku dengan dia dalam cerita nanti. Contoh bila cerita sal dia, pasti member aku terus teringat aku dan pasti gurau2 kaitkan aku ngan dia. Cam contoh: “izra jeles la tu bila Faiz amek gambar ngan ###”. Dalam gurau camtu, buat2 nafikan gurauan tu dengan ayat “eh aku lak”. Padahal dalam hati syok gila2 dengan gurauan tu. Kalau boleh, pastikan gurauan tu depan dia atau didengari dia, nanti muka aku merah, dia pon merah. Tu yang best, leh rapatkan lagi hubungan kononnya.

5)Bergurau
-yang ni bahaya skit. Salah gurau leh rosak segalanya dan tak guna dah guna taktik lain.

-zaman skang ni, kalau gurau direct pon pompuan dah tak kisah sangat. Contoh: “aku dengar citer, ko nak couple ngan aku. Btol ker?”. Tapi tak yah la gurau camtu masa awal2 ni. Just gurau yang nampak kelakar atau gurau yang nampak puji. Contoh: “### , patung digi macam awak la”, tak pon masa pegang kamera tu (fish eye 2), “kalau ### ada mesti gambar ni jadi cantik”.

6)Jujur, hargai hubungan dan jangan panic
-bila dia selesa kawan ngan kita, buat la baik kat dia, jangan asek kelentong jek bila cakap.

-jaga kelakuan bila berkawan. Jangan cakap bukan2 depan dia atau buka cerita sal kelemahan dia, lepas tu leh lak gelak sakan.

-kalau merendah diri sangat pon takleh jugak dan jangan menunjuk kalau tak mampu. Kalau dah rasa tak leh nak buat, just ngaku saja.

7)Puas hati dengan hasilnya
-jika dia suka atau selesa berkawan, jaga dan teruskan hubungan ni.

-jika dia kurang menyenangkan bila berkawan ngan aku, lepaskan dia tanpa berdendam.


Camtu je cara aku. Tapi sem ni memang pelik la, aku syok kat rakan sekelas? Tetiba aku rasa nak mengenali dia lebih dari seorang kawan. Ahhh, ni semua angau aku jek kot, ‘standard’ dia ngan aku jauh berbeza, memang mustahil….

p/s: Ada la sorang member aku ni sering tanya kat aku “izra, ko ada awek tak?”.

p/s: kat kelas ada member hampir nak perasan aku syok kat dia.

p/s: kadang2 aku rasa jeles pon ada. Ini ker cinta buta?

p/s: aku nak tulis lebih2 pon tak boleh coz blog aku ni dibacai oleh rakan sekuliah di Uthm. Kalau terkantoi aku tulis, abeh merah jek muka aku masuk kuliah nanti..

9 comments:

  1. wah3...ni msti ade someone special....hahahahah
    izra dah brubah la....hehehehehe
    its gud 4 u...
    =)yan

    ReplyDelete
  2. eh,,,
    yeke,,,

    aku rase aku x brubah pon,,
    cume......


    lalaala

    ReplyDelete
  3. eleh....
    aku tau la
    dlu xcmni pon...
    hahahahahhaha

    xtgur pon aku kt sek. dlu...
    hahaha

    wei,asal aku xnmpak ko dah...=p

    ReplyDelete
  4. yeke,,,
    aku terlupe kot nak tegor ko....
    hahaaa.....



    ntah,,
    nak kate aku sebok pon
    tak jugak....

    ReplyDelete
  5. yela 2 terlupa...
    rjin ek wat blog ni...
    cm luahan dripada ko r..
    hahahahaha


    erm tau xpe...
    huuhuhu
    nak kte aku bz xjgk...=p
    ko xkua mne2 ke hri ni??

    ReplyDelete
  6. hoi.! taktik yg bagus.! thumbs up 4 izraa..

    ReplyDelete
  7. exatra: yeah,,,,
    taktik yang cool kan,,,

    jangan g tau orang len...

    ReplyDelete