30.5.09

Antara Fobia, Ketagih dan Taksub


Semakin hari semakin rindu. Aku rindu kat siapa? Takde sape pon, saja je gimik. Bagi penggemar?blog aku, hari ini aku update, hahaa. Sebenarnya memang susah nak dapatkan feeling untuk update entry baru bila internet tiada. Puas aku try guna wireless orang lain dekat2 area rumah aku, tapi tak dapat. Disebabkan camtu, aku buat je tajuk yang terlintas kat kepala aku. Sebab tu kurang besh, tapi bila aku masuk balik uthm bulan 7 nanti, bercurah curah la idea aku nanti.

Hmm, rase2 nya ape yang berubah ek blog aku ni. Yela, template aku dah tukar, tak la lawa ngat template ni tapi cool. Susah betul nak tukar template ni. Kali ini entry pasal apa ek? Ntahla, aku dapat tajuk ni pun masa aku bawak motor. Tetiba je idea ni muncul masa aku tengah speed bawak motor. Sungguh bahaya kemunculan idea ni. Bila dah dapat idea ni, mulalah aku cari rujukan sikit serta ditambah dengan auta aku.

23.5.09

Birthday Siapa

Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Izra
Selamat Hari Jadi



Eh, mane pulak bunyi lagu tu... Ooow, aku yang nyanyi sendiri,hahaa... Disebabkan hari ini (23/05) besday boy aku, so aku celebrate sendiri coz takde owang nak celebrate aku. Dengan rasminya umur aku sudah 19 tahun, belum tua lagi. Semoga aku dimurahkan rezeki dan diberkati hidup didunia dan akhirat..

Angan Tak Sudah


Seperti biasa, aku kena update entry kat cc dan bayar kat tokey cc. Sungguh tak besh. Lama pulak nak habiskan cuti ni, duk di uthm dapat aku online setiap masa. Di waktu cuti ni, tak banyak aktiviti menarik yang aku buat dan sungguh membosankan. Kepada yang tersudi terbaca blog aku yang tak seberapa ni, aku hargai semua tu. Buat masa ni aku sedang mengumpulkan rujukan untuk entry terbaru secara manual + kuno.

Sekarang jam kat laptop aku pukul 3.30 pagi sambil dengar lagu Kotak_Masih Cinta.mp3. Pelik betul nama band ni, tapi lagu ni memang syok layan membuatkan aku tak nak tidor. Lagu ni buatkan aku teringat pasal cinta. Sementara aku sedang kumpulkan rujukan entry baru, aku nak mengarut + poyo la dulu kat entry ni. Entry ni tak banyak pun aku cari rujukan, just tak nak nampak cam bosan je blog aku ni. Aku nak kenalkan seseorang yang maybe girlfriend aku kot.

19.5.09

Peace No War


Aku kembali lagi. Mesti pembaca blog aku dah bosan tengok blog aku kan. Aku sebenarnya pun dah bosan nak update entry baru coz ketiadaan internet menyebabkan aku kekurangan sumber rujukan. Idea nak update entry baru memang la banyak tapi bila kemudahan kurang, so mood aku secara automatiknya berubah. Selain masalah internet, aku juga kena jaga keluarga aku juga coz ayah aku tiada di rumah kerana sudah berpindah jauh di Pahang. Sungguh sedih bila kasih sayang seorang ayah aku tak dapat kecapi buat sementara waktu ni.

Hal itu bawa ketepi dulu dan berita gembira buat peminat blog aku (ada ke?), hari ini aku dapat update entry baru aku. Disebabkan kekurangan rujukan, maybe penulisan aku agak buruk sikit. Tapi takpe kan buat korang, kan kan kan. Aku pun tak tahu kenapa aku masukkan entry pasal fakta + auta + pengetahuan kali ini. Tapi takpe la, lagipun aku tak nak sangat blog aku berunsurkan diari sangat. Jom sama2 baca entry baru ni.

11.5.09

Selamat Hari Mak


Hari ini dengan geramnya aku update entry aku secara berbayar. Bayar kat siapa? Semestinya tokey cc yang gembiranya sambut duit aku dengan senyuman keuntungan. Padahal tokey tu tak tau ape2 pasal blog aku, suka2 je mintak aku bayar bila aku nak update entry. Aku sekarang bercuti selama sebulan lebih kot dan terpaksa lah update entry kat cc. Bila dah cuti ni, boring lak aku, coz kebanyakan member aku belum lagi cuti. So nak keluar jalan2 pun, agak tak besh sikit, kalau ada awek mesti syok,lalalaa. Ada sesiapa nak jadi awek aku? hahaa?

Seperti yang diketahui, 10 mei adalah hari ibu. Aku baru perasan yang hari ini hari ibu, aku ingatkan hari ibu 16 mei, rupanya hari guru 16 mei tu. Kat tv, banyak cerita yang mengisahkan pasal ibu dan semuanya sedih2 belaka. Semalam aku ngan family ada tengok citer oh ibu di astro prima, tetiba citer tu sedih la pulak. Kalau aku tengok sesorang cerita tu, mesti aku nangis punya. Walaupun aku ni nakal, tapi aku tetap punyai perasaan, hohoo. Tapi aku pelik sikit la, asal hari ibu je, cerita semua nak leleh je, nak yang sedih2 je, perlu ke semua tu ditunjukkan.

Aku panggil mak aku mak. Aku tak pernah sambut hari ibu secara terang terangan dan last aku sambut hari ibu masa aku sekolah rendah, aku bagi mak aku hadiah bunga yang ada pewangi. Walaupun aku tak sambut hari ibu, tapi aku sememangnya sangat menyayangi mak aku. Kalau dah sayang, rasa tak sambut hari ibu pun takpe. Sememangnya seorang ibu sentiasa menyangi anak2 nya walau sejahat mana perangai anak. Kalau waktu malam, bila aku fikirkan pasal mak aku, aku akan menangis fikirkan banyak kesalahan yang aku dah buat pada mak aku.

Walau apa pun, aku ucapkan selamat hari ibu pada semua ibu2 di dunia ni. Memang tidak ternilai kasih ibu pada anak2. Aku berdoa agar mak aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sampai di rumah je, aku jadi takde idea nak tulis2 ni. Sumber rujukan aku takde, so agak buruk sekali cara pennulisan aku. Tunggulah next entry lak camne. Salam.

7.5.09

Hmm...

Sekarang aku dalam mood kesedihan + cuba terima kenyataan. Tadi aku dapat panggilan dari mak aku, berita kurang enak didengar oleh aku. Mak aku cakap akan berpindah rumah. Aku terkejut dengar mak aku cakap begitu. Setelah 19 tahun aku membesar di rumah kat Kajang, kini aku terpaksa pindah. Aaarghhhh….

Kalau pindah area dekat2 selangor je, maybe aku leh terima lagi, tapi ni berpindah kat Bentong, Pahang!!!! Aduh, sedih tul aku kena pindah. Semua ni disebabkan ayah aku dapat naik pangkat dan ditukarkan tempat bertugas. Aku tak salahkan ayah aku, cuma aku susah sket nak terima semua ni. Aku rasa kesian kat mak aku, mak aku dah la tak bekerja just amek upah jaga anak orang tuk duit tambahan tuk duit belanja sekolah adek aku coz keluarga aku bukan la keluarga yang terlalu mampu. Bila pindah ke Bentong, mak aku dah tak dapat cari duit tambahan. Aku cam rasa bersalah sangat kat mak aku, kalau lah aku mampu bagi duit kat mak aku. Aku juga rasa kesian kat dua adik aku coz baru je selesa belajar di sekolah menengah dah kena pindah.

Ayah aku tak lah naik pangkat yang tinggi pun, just ke level yang seterusnya. Aku ingat baru je nak balik Kajang harini dengan perasaan gembira setelah habis exam, tapi bila mak aku cakap berita ni, mood aku dah kurang. Rumah aku yang penuh dengan coret kehidupan keluarga aku, kini akan ditinggalkan. Kawan2 aku masa kecik pun akan ditinggalkan. Walaupun just tinggalkan rumah, tapi membuatkan aku rasa sedih. Ntahla, maybe hanya masa je yang dapat merubahkan aku terima kenyataan...

5.5.09

Selamat Tinggal Semesta 2


Tengah seronok bersama member, lupa lak nak update entry, hahaa. Ada la juga beberapa member di blog, minta aku tukar template. Aku memang sesangat nak tukar templat, tapi aku tak gheti (jangan gelak). Pernah beberapa kali aku test tukar, bila aku view blog aku, da jadi macam susun puzzle lak. Maybe lain hari kot aku pandai tukar template ni. Cuba korang check blog aku ni, apa yang berubah? Yup betul, aku pasang page number kat bawah. Ingat wordpress je leh wat, blogspot pon boleh la,hohoo.. Kalau bab godek2 or upgrade, aku memang cepat je belajar. Html pun aku belajar sendiri kat myspace, tak banyak beza pun dengan html blogspot ni. Tapi yang pelik, nak tukar template aku bengong sket, ada sesiapa nak ajar aku?





3.5.09

Masih Murah Lagi


Sungguh cepat masa berlalu. Hari isnin ni, abeh la exam aku dan tamat la pengajian semesta 2 aku. Rasa sedih betul aku, lepas ni susah la aku nak update entri baru. Kat rumah aku hanya ada tiang telepon saja, internet nya tadak. Nak pergi cc, malas pulak, kena keluar duit nak update entry baru aku. Tak adil sungguh, padahal entry tu aku punya, tapi aku yang kena bayar kat tokey cc, hahaaa.. Nak pakai berukband, tak mampu lagi, nak pergi starbuck, mahal pulak makanan kat situ, leceh betul la..

So, masa dah semakin kemuncak bagi aku, aku nak update entry sebanyak yang boleh. Biar bosan entry aku pun takpe, janji dapat update entry banyak2, hohoo. Terima kasih pada rakan2 baru yang jadi follower aku, rasa segan lak aku, padahal entry tak seberapa pun.

Berbalik pada tajuk, apa yang murah ni?

Masa aku buang luangkan masa sama pakcik google, aku cari la web yang boleh la hilangkan bosan sket. So, aku jumpa la beberapa web yang boleh la buat aku tergelak dan menaikkan semangat aku untuk mantapkan blog hodoh aku tu.

Web yang aku cari tu ialah web counter value. Web counter value adalah web yang mengira atau count sebarang web kepada nilai usd. Memang seronok menda alah ni. Setelah diselidik, aku dapat senaraikan 6 web yang boleh la cara pengiraannya.

2.5.09

Aku Menang Laa


Bertemu lagi dalam blog yang tak seberapa nie. Sungguh seronok pabila melayan rakan-rakan di dunia blog ni. Blog dapat dijadikan medium untuk bertambah kenalan. Dah ramai aku dapat kawan melalui blog. Thankz korang.

Kalini, Zelo55 dah tidak keseorangan dalam follower aku, si Khairil dah menemani. Thankz khairil jadi follower aku. Aku akan berusaha memantapkan lagi karya2 aku untuk keseronokkan orang membaca. Dan aku masih pelik lagi, naper la pompuan yang paling ramai jadi follower aku, padahal aku tak mintak pun malah ngorat lagi la aku tak de niat, lalalaaaa.. Tapi takpe la, mungkin bagi dia, nak menyokong atau nak menolong aku dalam dunia blog ni. Terima kasih sekali lagi.

Rasa macam nak celebrate lak kemenangan aku ni. Aku tahu takde orang wish aku tahniah, so dengan rasa bangga, biar aku sendiri wish sendiri. Kalau korang nak tahu, aku menang hadiah top up RM50 tu!! Tapi aku rasa segan lak nak guna sorang2 top up 50 hengget tu.