30.12.12

Habuk 2012


Sumbat kisah malas update 2012, tahun depan buat cerita baru:

::: Aku jumpa cikgu Akma di café TDI, UTHM. Cikgu Akma ialah blogger yang aku kenal melalui blogspot lama dah, baru hujung tahun ni dapat bermuka temu. Cikgu Akma bukan pelajar UTHM, masa tu dia jumpa rakan kesayangannya yang belajar di UTHM so pakej aku dapat jumpa cikgu Akma sama rakannya. Orangnya mudah gelak so senang nak gurau bertumbuk, ahhahaa . .  Untung  la café ada wifi, guna twitter nak jumpa, kalau takda wifi memang takda rezeki dapat jumpa masa tu. Oh ya, cikgu Akma bukan cikgu sebenanrnya, dia pelajar UTM yang minat nak jadi cikgu. Terima kasih cik Akma :)

::: Masih kisah si blogger, masa aku gi ‘konsert’ muzik moden dan koir petang tu rasanya aku ada ternampak kelibat blogger uthm yang sama kemasukkan September. Kemudian malam pun aku nampak lagi tapi kalini lagi dekat sebab dia duk hampir sebelah member aku. Makanya confirm memang dia owner blog yang aku baca tu. Aku nak tegur masa tu tapi aku terbayang kan kemungkinan seperti ini:

Aku:                     hye :) (muka senyum)
Pegang Kamera:  hye (senyum pelik). .  saper ni ya ?
Aku:                     kenal tak yang kat blog?
Pegang Kamera:  blog? Blog apa ya?
Aku:                     strawberi?
Pegang Kamera:  oh saya tak suka strawberi.
Aku:                     dan juga kamu tak suka taugeh kan, hehee (gelak sopan sikit)
Pegang Kamera:  oooo, kamu tu kan yang tak suka popia taugeh . . . .

**************
************** yang selebihnya bayangan terlalu mengarut.

Aku fikir masa tu kenapa aku nak mulakan pengenalan cerita pasal taugeh? Keputusannya aku tak jadi tegur.

 sekadar hiasan

::: Subjek koko aku ambil pengucapan awam. Aku suka kelas ni kerana final assignment kena bentangkan apa saja topik secara individu. Hal ini kerana aku dah ada topik yang nak dipersembahkan iaitu topik kamera Lomo. Kononnya masa final assignment tu lah aku nak luaskan pengaruh penggunaan kamera filem dan menunjuk aku ada kamera Fish Eye 2, hahahaa kononnya lah . .  Hasil pembentangan topik tersebut, aku senyum lihat rakan lain reaksi pelik lihat design kamera Lomo, ada yang teruja lihat hasil gambar dari kamera Lomo.. So objektif topik kamera Lomo tercapai.

ini jenama Recesky
 
::: Sepanjang pengajian degree setakat ini, aku pegang dua jawatan. Satu di asrama TF dan satu di kelab ********* (saja tak tulis, mungkin nak dikembangkan penceritaan di tahun hadapan). Aku suka kelab ********* karena ***** (saja tak tulis, mungkin nak dikembangkan penceritaan di tahun hadapan). Oleh kerana aku ajk kelab *********, aku ada pergi persidangan kelab tersebut di Bangi, bersama hampir seluruh ipta & ipts di Malaysia. Aku suka air kopi kat hotel tu, serius sedap.


::: Stok megi untuk semester ni masih lagi mencukupi dan aku jumpa pelajar yang suka kucing . .  (perlu ker tulis ni)

::: Oleh kerana berhabuk sangat, aku tak ingat apa yang nak disumbatkan lagi. Jumpa entri baru tahun hadapan…

::: Oh ya, Priscilla Ahn masih di carta hatiku ~ ~


 Bye 2012 -

20.12.12

Niat ?


Akan datang tapi tak tahu bila akan datang ataupon suatu hari nanti,
dapat lah kerjaya Engineer Mohd Izranuddin tak pon jadi pembantu jurutera pon jadi lah . .





eh!!! aku minat jurutera ker? . . . aku tak minat subjek matematik -