29.4.09

Apa Ada di Universiti


Alhamdulillah, ada juga masa aku nak update entry baru. Exam punya pasal, kena tangguh entry, dan aku tinggal satu lagi paper exam minggu depan, seronotnye.. seperti yang disengaja tunjuk atau korang nampak, follower dah meningkat sikit je. Dalam masa satu bulan ni, 9 orang yang baik jadi follower aku. Thankz korang. Blog aku takde la menarik mana pun atau sehebat blog korang, tapi korang tetap bagi sokongan untuk aku berkarya, terharunya. Tapi yang aku pelik, 99% follower aku adalah perempuan!! Dan yang kelakarnya, ada 0.01% follower aku adalah lelaki!! Iaitu Zelo55. Haha, Zelo sorang jek lelaki dalam follower aku, ni mesti ada something yang menyebabkan Zelo tertarik ni,wawawa… Jangan marah ye Zelo, saya orang baru di dunia blog ni. Tapi, Zelo ni baik orang nya, pernah juga tolong aku dalam hal computer dan katenya, “siape yang amik ak jd menantu mmg xkn mnyesal malah berbahagia kelak”.

Entry kalini, maybe sesuai bagi korang yang masih menunggu keputusan upu untuk sambung belajar di ipt. Tapi, bagi pelajar politeknik atau matrik atau seangkatan dengannya, baik korang tak yah baca la, nanti korang sakit hati, jeles dan mula lah nak bla…bla…bla… Hahaaa

Ingat lagi tak, masa belajar di sekolah dulu, mesti pernah bercita-cita atau berazam nak masuk university kan. Syukur, aku dapat juga sambung belajar di university. So, aku nak kongsi la sedikit apa yang adanya di university di samping nak promote sikit tempat aku belajar, uthm. Hm, apa yang menarik di university ni? Sebenarnya tiada yang menarik pun, hanya sebuah bangunan yang besar jek, wawawa… Gurau je, jom baca lagi.

25.4.09

Mari Belajar Bahasa Mandarin


Huh, kalini aku dah tak nak cakap pasal follower aku sudah ada enam orang. Betul, aku dah tak nak cakap yang semakin hari semakin meningkat follower aku. Follower aku cakap yang blog aku kadangkala menyeronokkan pun aku tak nak cakap. Sama juga yang aku bangga dengan semua ni, lagi lah aku tak nak cakap. Lalalalalalaaaaa…

Harini (24/4/09), aku ada exam bahasa mandarin di uthm. So nak jawab soalan mandarin ni, aku kena lah banyak membaca buku mandarin, dah baca kena hafal lagi. Memang penat baca buku mandarin ni, sebab tu aku tak dapat nak update entry terbaru. Semua idea2 gempak yang aku nak masukkan dalam blog inspirasiizra, hilang begitu saja coz otak aku dah blank dengan bahasa mandarin ni. Sian korang kan, ternanti nanti entry baru dengan comel sekali, kan kan kan.

So, lepaskan kerinduan korang pada aku ni dengan membaca entry terbaru aku ni. Aku nak tanya, siapa yang tahu maksud ayat mandarin pada gambar di atas? Kalau korang dapat teka, aku bagi hadiah special dan hadiah ni sungguh mengkagumkan sekali. Apa hadiahnya?

22.4.09

Diriku Begitu Berharga


Bukan hendak menunjuk, bukan juga hendak mencelah. Hanya nak bangga sambil garu perut, kini aku sudah ada 4 follower!!!, hahaaaha (gelak sambil garu perut sekali). Sebenarnya aku berterima kasih pada korang yang sudi jadi follower aku dan juga korang yang sudi menjengok blog aku sekarang ini. Walaupun blog aku ni tidak lah seberapa, tapi korang tetap beri sokongan untuk aku pergi lebih jauh dengan blog dan berkongsi kongsi ilmu.

Konsep entry kali ini sebenarnya dicilok dengan kebenaran dari member aku, Faiz dan diolah semula oleh aku dengan lebih berpengaruh lagi. Aku yakin, semua orang ada harga diri masing2 kan. Harga diri dapat di ibaratkan seperti maruah yang kita jaga. Jika harga diri tiada, maka dayus la orang itu. Bagaimana pula jika harga diri jatuh nilainya?

Hmm,terus terang la aku cakap, sebenarnya aku tak tahu nak terangkan secara fakta pasal harga diri ni. Aku saja je tulis2 apa yang aku andaikan. Tapi betul la kot apa yang aku terangkan sikit pasal harga diri kan kan kan.

Kita teruskan lagi, jom aku tunjukkan gambar harga diri yang sebenarnya.

21.4.09

Mari Memasak


Harini ramai yang mula mengenali blog aku. Semuanya kerana shoutMix yang menemukan aku dan korang. Ada juga seseorang menjadi follower aku dan kebetulan follower tu adek kepada member aku di uthm. Ini bermakna aku sudah ada SEORANG follower !!!! hahaaa, sungguh bangga.

Kalini edisi khas punya topic. Aku nak menunjukkan kehebatan aku memasak !!! Hanya di blog inspirasiizra saja korang boleh saksikan tuan punya blogger memasak. Lepas ni bolehla jadi calon boyfriend korang, kan kan kan.

Aku masak apa??? Jom saksikan gambar aku memasak.

20.4.09

Karya Trivia


Dah nak masuk waktu subuh. Tapi aku kurang rasa mengantuk lak. Kenapa ek,, ni mesti ada orang yang teringatkan aku. Tak pasal2 aku yang jadi mangsa tak boleh tidur. (betul ker). Siapakah gerangan orang itu.

Tak nak merepek dah, kali ni aku ada trivia best..

Stuff Cool Stuff


Pukul 10 malam tadi kononnya nak study math sampai pagi, tapi hajat tidak kesampaian. Time aku nak study, time tu la idea2 terjeluak keluar. Aku dengan ghairahnya stop study math pukul 1 pagi. Aku ada dapat komen dari *****lala, katanya dia tak kisah pun aku link kan namanya tu. Yang kelakar tu, dia tahu lak yang *****lala tu adalah dia. Pastu cakap diri sendiri comel lak tu. Memandai jek *****lala ni, aku cakap pasal owang lain la, bukan kamu.

Hahaaaa, aku gimik jela, memang betul la aku cakap sal *****lala. *****lala tu sebenarnya chokilala si gadis comel (katanye). Jangan marah ye chokilala, saya orang baru. Lagi satu kelakar yang chokilala sasulkan, chokilala ingat aku sampai mati yang aku ni perempuan. Wakakaka, aku lelaki la, lelaki hensem yang balajar di uthm. Sekali lagi diingatkan, aku LELAKI.

Aku ada benda nak tunjuk.

19.4.09

Dari Kawan Berubah ke Kekasih



Harini banyak lak idea mencurah curah dalam otak aku ni. Masa ni jam menunjukkan pukul 3:55 pagi dan aku berkarya dalam bilik. Rakanku yang sorang ni masih lagi di bilik member lain untuk mencipta rekkod dunia (lihat entry sebelum ni). Alhamdulillah, blog aku sikit2 sudah mula dikenali korang. Aku tengok di shoutMix Chat aku sudah ada orang chat di situ. Thankz korang2 coz sudi usha blog aku sekejap walaupun blog aku ni tak seberapa. Untuk peringkat permulaan, biarlah blog aku tu seburuk buruknya coz aku masih lagi baru. Bila aku dah mahir, disertakan pula entry aku dah banyak, memang aku cantik2 kan blog aku lagi cantik dari blog korang (tatabahasa kurang sopan).

Cerita kali ini pula pasal kawan. Aku jadi doktor cinta.

Keseganan La...



Harini kebanyakan masa aku baca blog orang jek, baca ilmiah tak seberapa pun. Yela, nak cari inspirasi sket. Aku ada baca satu blog girlz nie, memang cool blog die. Nama blog die *****lala, memang seronok baca blog die, orang nya sempoi, klaka dan rasenye comel kot. Aku tak berani lagi lagi nak link blog die, takut *****lala ni marah. Orang nya garang la juga tapi kalakar sweet, camne ek ?
Tadi aku lepak bilik member aku jap. Dengarnya nak buat record dunia ramai2 main game dotta sampai tak tidor. Apa la bengong membe aku nie, syok sangat ker game dotta tu. Aku tak pernah pun pandai main game yang berunsurkan strategi ni. Aku lepak bilik tu pun sekejap jek, bosan menengoknya. Aku terus balik bilik, terus update blog aku yang masih peringkat asas lagi.
Topik hairini boleh memalukan aku. Hahaa, tak kisah pun coz aku lelaki dude.


Aku rasa korang mesti pernah nengok citer harry potter kan. Jangan tipu yang korang tak pernah nengok cerita tu. Sebenarnya, masa filem kedua harry potter tu aku da tertarik jatuh cinta dengan seorang pelakon. Aku rasa korang pun tahu kan sapa pelakon tu kan.

Yup, aku cinta tertarik sama Emma Watson, (ni yang start segan ni). Masa filem pertama harry potter tu, aku tak tertarik pun coz Emma ni masih lagi budak hingusan, (ceh, padahal aku sama baya pun ngan die, berlagak dewasa lak aku ni). Da masuk filem kedua, makin berseri lak die ni. Maka aku mulalah merepek membayangkan aku yang jadi Harry Potter dan selamatkan Emma (macam tu ker ceritanya).

Hahaa, sugguh mengarut aku. Tetapi memang tu lah realitinya, aku memang cinta minat sama Emma Watson. Muka Emma ni cantik ada iras2 kemelayuan sket, lepas tu gayanya sungguh matang. Dan jika Emma ni masuk islam, jeng jeng jeng, aku lah orang pertama nak ajak Emma kahwin dengan aku dan korang jangan nak jeles (memang mengarut aku). Walaupun semua ni perasan + poyo + mustahil, tapi aku direct mengaku. Korang boleh wat camtu tak.


Kesimpulannya ni semua adalah syok sendiri aku jek. Aku rasa korang pun mesti pernah syok sendiri kan, pastu gelak sorang2 kan. Korang rasa kalau Emma Watson masuk islam, apa nama baru nya ek. Salam.

18.4.09

Keseronokan Suasana Lalu



Penat sungguh harini. Lepas sembahyang jumaat tadi, aku singgah café Tsn, beli makan tangah hari. Aku suka beli makan kat situ sebab tempat tu je yang paling murah di uthm. Aku ambil lauk ayam goring sama telur dadar potong dan sume sekali 3 ringgit saja. Aku makan kat bilik aku, lepas abeh makan bukak internet jap baca surat khabar online. Lepas tu dalam kul 3 stengah, aku tukar baju ready nak kluar pergi batu pahat. Aku pergi BP Mall dulu, pergi kedai maxis center sebab nak tukar pelan dan aku ambil pelan 30 ringgit. Lepas tu merayau jap kat pacific, dah bosan merayau aku keluar pastu pergi carefour lak. Sampai kat carefour, aku beli selipar sama air soya dua pek. Abeh bayar, aku keluar nak balik. Masa aku nak pergi tempat motor aku, aku nampak ada seorang pak cik ni didatangi cine gores dan kalah tu. Pak cik tu da puas tak nak main bende tu, tapi cine bodoh tu tetap suruh pak cik tu cube gak. Macam2 alasan cine bodoh tu bagi, kononnye tak perlu bayar la. Ingat orang bodoh macam die. Aku rase kesian gak pak cik tu, aku apa lagi terus blah cepat2 takut aku lak yang jadi mangsa. Aku isi barang dalam bakul motor dan terus balik uthm...

17.4.09

Rokok Merbahayakan Kesihatan atau Sebaliknya



Alhamdulillah, ade jugak masa aku nak update. Seperti biasa, di asrama aku duduk di bilik just melayan internet, bace buku ilmiah sikit, dan sebagainya selain dari tidur di siang hari. Aku pernah jugak bace blog member aku yang same balajar dengan aku di uthm, mostly blog yang berbentuk kehidupan harian. Tapi blog member aku tu tidak la secanggih blog korang coz member aku pun masih lagi baru sama seperti aku. Walaupun masih baru, kami saling berkongsi ilmu tentang ilmu blog. Baik sungguh kami, hahaa.

Berbalik pada tajuk, aku sebenarnye da lama nak luahkan pasal rokok.

16.4.09

Inspirasi Bermula



Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam muhibah, salam mutakhir dan bermacam salam yang korang tau. Bermula pade detik nadi ku yang kencang, make dengan tersegannye wujudlah blog inspirasiizra. Ok, semenarnye da lame da aku perhati blog2 tempatan nie, memang menarik, kreatif, and bermacam lagi. Ape yang dapat aku rumuskan bahwe sume blog tidak la membawe kepade masalah negative. So, aku pun nak la jugak ade blog sendiri untuk nak taip ape je selagi aku leh taip selain Microsoft office word 2007 crack yang aku gune. sebenarnye da lame aku nak start da wat blog nie, mase aku bace blog2 korang tu, lagi2 ade gak girlz yang wat blog, cantik dan kreatif lak tu. Nie yang buat tercabar kejantanan aku di samping menambahkan lagi keghairahanku nk wat blog time tu jugak. But dengan berkat kesabaran yang suam2 serta tidur yang lewat, maka aku tangguhkan dulu nk wat blog ni. Bukan ape, aku kene balajar dulu cara nk wat blog nie, care nak tambah pengisian yang baik dan sume nie aku rujuk pade blog korang2 lah, thankz korang. Hm, banyak lak membebel aku nie,sebelum langkah yang lebih drastic lagi,aku perkenal la dulu pasal aku ek. Nanti sian lak korang x kenal sape empunye yang wat blog nie.