29.12.10

Kucing dan Candy

Ini adalah entry santai2 je. Aku ngah dalam proses buat entry yang best kot tapi wire printer aku ntah mana aku campak, tak leh nak scan. Sementara blog dibiarkan lalang, baik aku update santai2 dulu. 2 cerita dalam satu entry.

Kucing. Serius aku bersyukur sebab aku ada perasaan suka pada kucing dan keluarga aku pun suka ngan kucing. Aku rasa orang yang takut ngan kucing ataupun ngengada geli ngan kucing, orang tu memang tak cool langsung, hahaa. Kucing memang haiwan yang unik sekali sebab mudah manja dengan manusia selain rupa yang comel. Dari kecil lagi aku dah bela macam2 jenis kucing, semua kucing tu asal dari belakang rumah aku, ntah mana datang kucing tu pun aku tak tau, haaa. Tapi aku suka bela kucing yang kelakuan liar sebab kucing liar mudah ingat tuan dan perangai kucing liar sangat pelik. Semua kucing yang aku bela aku tak pernah simpan dalam rumah, aku biarkan lepas macam tu jek sebab nanti suka kencing ngan berak luar rumah. Okey, habis dah cerita pasal kucing.

25.12.10

Tagged: Hye Blogger, Kenal Jom

Okey, sebenarnya ada la 2-3 blogger yang pernah tagged aku tapi aku tak pernah balas balik (kebanyakkan nya soalan tak sesuai la, sorry to say it). Terbaru ada sorang blogger tagged aku, aku tengok soalan tu hampir sama ngan tajuk entry yang aku nak buat. Alang2 dah nak sama, elok la aku jawab tagged ni dengan ikhlas. Blogger yang tagged aku ni adalah seorang perempuan dan disebabkan beliau perempuan, aku kena lah ubah cara penulisan aku.

*ting ting wooootttt, berubah!!!!

Hai Azah, eh jap, rasanya elok panggil kak Azah. Thanks ya sebab tagged saya, betul2 saya terkejut bila baca kak Azah jawab tagged tetiba last2 muncul nama Inspirasiizra. Kak Azah yang tagged saya, so saya jawab tagged ni ibarat kak Azah yang interview depan saya untuk join group doodle Azahskaliskala, hehee. .

Banner "Jom Berkenalan Blogger"


Soalan yang disertakan:

1) Apakah status anda?
Saya ada ramai kawan perempuan. Almost cara perkenalan saya dengan perempuan secara tak sengaja. Saya ada sorang dua yang kawan yang sangat mesra, gurau2 kami pon banyak unsurkan cinta. Kami pernah keluar berdua menikmati pemandangan yang ada di Batu Pahat. Suatu hari saya dah buat keputusan untuk luahkan perasaan saya pada perempuan tersebut, semasa sudah ready nak luahkan tiba2….. Ok cukup, senarnye saya single, heheeehe…

Tambahan: saya sebenarnya malu sikit berhadapan dengan perempuan tapi kalu saya dah sayang dengan perempuan yang serasi dengan saya, insyaAllah saya jaga hubungan dengan baik, perempuan lain saya dah tak pandang, hahaa.

2) Ceritakan tentang diri anda.
Nama penuh Mohamad Izranuddin. Nama panggilan Izra. Dilahirkan pada bulan May 1990 di Kelantan dan dibesarkan di Kajang, Selangor. Sekarang saya tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Teknologi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat Johor. Sebenarnya masa saya budak2 saya sangat suka seni macam kartunis, street dancing, grafity, tapi bila dah sekolah menengah course seni yang ditawarkan sangat tak best sebab ada buku teks pendidikan seni. Kadang2 saya ni poyo, caring, gelabah, riang, perasan, loving. Sangat suka pada haiwan berbulu comel seperti kucing. Layan pada music dan kadang2 saya gunakan lirik music untuk motivasi diri saya.

Tambahan: member saya kata saya ni pelik tapi kehidupan saya lebih pada membosankan.

3) Ceritakan tentang blog anda.
*jap, nak nengok entry dulu, bila start blogging… Ok, entry pertama dipost di blog inspirasi pada 16/4/2009. Kiranya baru setahun la berblogging. Nama Inspirasiizra digunakan sebab masa tu saya fikir lebih elok kalau nama blog ada nama sendiri. “inspirasi” lak sebab ayat tu mula dari huruf “i”. Then bila buka blog inspirasiizra, nanti kat tab ada tulis Blog.Remaja dan Inspirasi. Tiga ayat tersebut bermaksud macam blog ni berunsurkan inspirasi seorang remaja dicatit pada blog, lebih kurang camtu la, lebih pada remaja. Entry yang saya post pada blog berdasarkan keadaan yang tak disangka dan kadang2 entry yang berdasarkan pemikiran seorang remaja iaitu saya.

Tambahan: kadang2 saya gunakan blog saya untuk mengorat perempuan, tapi tak jadi, hahaa.

4) Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Masa saya tak tahu apa itu blog, saya fikir blog tu penuh dengan unsur negative. Bila saya belajar tentang blog barulah saya tahu apa tu dunia blogging. Blog sebenarnya penuh dengan ilmu yang infinity dan menarik. Saya banyak belajar ilmu dan pengetahuan baru refer pada blog. Blog sepatutnya dapat menceriakan dunia alam maya tapi tak seharusnya guna kuasa blog untuk mengancam seseorang.

Tambahan: jadilah seorang blogger yang beretika.

5) Nasihat anda kepada rakan-rakan blogger yang baru nak buat ?
Saya pon masih lagi baru, so nasihat saya kalau nak tulis kat blog tu, tulis je tapi jangan sampai “usik” sensitivity orang lain (~ ~ , )

Tambahan: sebagai seorang blogger, masa membaca blog orang lain sampai menarik perhatian atau pengisian yang bagus, kalau boleh komen la sikit bagi pandangan. Jangan pergi kat shoutmix orang tu semata-mata suh jadi follower, heee . .

6) Keunikan pada blog anda?
Oh mesti lah ada. Blog saya tiada domain dan hosting sendiri. Juga saya bukan blogger terkenal - -

Tambahan: saya pon tak pasti apa yang unik pada blog saya.

7) Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog ?
Selagi saya ada idea nak disampaikan dan selagi saya bernafas lagi di muka bumi. Impian saya dalam dunia blog tak besar pon, kalau boleh saya nak nengok blogger lain gunakan entry saya pada blog beliau tapi impian saya dah tercapai pon, thanks . .

4 Blogger I want to tag :

Sebenarnya saya tak kenal sangat rakan di dunia blogger, so saya tag la pada KAMU !!! ya KAMU !!! yang sedang membaca blog inspirasiizra. Tak kisah lah sapa2 pon, nak jawab dipersilakan. ^ - ^

Ok kak Azah, saya dah jawab soalan tagged. Thanks sekali lagi sebab tag pada saya dan saya suka ayat kak Azah: “Saya nak berkenalan dengan mereka berempat ^_~ ”
So akhir kata interview saya ni lepas tak tuk jadi group doodle Azahskaliskala, hahaaa - -

16.12.10

Semesta 5 – Terima Kasih


Dear Semesta 5,

          Ketika tu dia telah komen status aku di facebook. Aku terkejut sebab selama aku approve dia as friend, aku ataupun dia tak pernah bertegur. Dia adalah gadis yang bernama NM dari fakulti awam dan rupanya member aku yang lain sudah kenal sama beliau. Sungguh ketinggalan zaman aku, disebabkan komen tersebut maka aku dan NM menjadi kawan yang sebetulnya. Untuk lebih mengenali, aku minta NM gtalk sebab mudah untuk bertext. Perkenalan kami makin lama makin serasi dan pada suatu malam NM telah meminta no phone dengan cara yang agak tricky. Sekali lagi aku terkejut kerana NM yang minta no phone aku sebab tak ramai perempuan yang mintak no aku. Aku lak memang jarang sangat2 mintak no phone perempuan dan member perempuan kat kelas aku pon ada la sorang dua yang ada no phone aku. Aku just mintak no phone perempuan kalau perempuan tersebut mungkin special bagi aku. Dengan adanya no phone masing2 maka kami pon makin mesra, masa tu pulak tengah fenomena cerita Adamaya, perghh memang kena timing. Karakter NM memang contra dengan karakter aku, NM dengan style kata2 manja ngan periang dan aku lak style pendiam ngan kerek jugak la. Makin lama kami makin mesra seperti pasangan couple yang bercinta. Akhirnya member sekelas aku perasan kemesraan kami, kecoh jugak la sebab member aku tau yang aku ni pemalu ngan perempuan tup tup aku dengan perempuan. Mereka kata aku sedang hangat bercinta, aku just diam dan senyum. NM sekarang sudah menemui lelaki yang sesuai dengannya, aku tumpang gembira dan semoga mereka kekal bahgia. Sepanjang perkenalan aku dengan NM, aku belajar bagaimana untuk menjaga hati perempuan dan aku mampu buat orang yang aku sayang bahagia.

2.12.10

Cerita Final Exam

 Assalamualaikum pembuka kata . . . Fuh sangat sibuk aku di bulan ini, musim exam (macam pelik jek ayat aku). Sebelum meneruskan kemerapuan lagi, aku nak ucapkan terima kasih pada Fatin kerana sudi menggunakan entry aku untuk dipost pada blog beliau. Rasanya blogger Fatin la yang pertama sekali gunakan entry aku, terasa terharu lak aku, haaa. Dan tahniah juga pada beliau kerana katanya beliau akan sambung belajar kat tempat aku belajar tahun depan, nanti kita jumpa ya Fatin. Juga pada korang2 yang sudi jenguk blog yang tak seberapa nak berkembang malah ada juga yang follow blog inspirasiizra. Kadang2 aku ada rasa pelik gak pada sorang blogger ni, dah la dia terkenal pastu rajin (kot) singgah kat shoutmix sambil promote entry baru beliau. Dia adalah blogger TubeLawak, serius aku mesti tergelak bila baca kat entry blog beliau, thanks ya tuan TubeLawak singgah blog ni.

Okey, sambung balik bicara. Sebenarnya yang perenggan opening ni jek point utama aku nak post tapi pendek sangat lak so ayat yang lain ni sampingan jelah, hahaa. Tempat aku belajar ni masih belum lagi abeh final exam, memang kadang2 otak aku jem menelaah buku. So bila ada gap hari aku malas nak fikir pasal blog, aku just tidor tak pon main online viwawa Big 25, hahaa. Aku da pernah share pasal subjek yang aku study kat tempat aku belajar, kalini aku nak tunjuk sikit suasana bila di final exam di tempat aku.