11.5.09

Selamat Hari Mak


Hari ini dengan geramnya aku update entry aku secara berbayar. Bayar kat siapa? Semestinya tokey cc yang gembiranya sambut duit aku dengan senyuman keuntungan. Padahal tokey tu tak tau ape2 pasal blog aku, suka2 je mintak aku bayar bila aku nak update entry. Aku sekarang bercuti selama sebulan lebih kot dan terpaksa lah update entry kat cc. Bila dah cuti ni, boring lak aku, coz kebanyakan member aku belum lagi cuti. So nak keluar jalan2 pun, agak tak besh sikit, kalau ada awek mesti syok,lalalaa. Ada sesiapa nak jadi awek aku? hahaa?

Seperti yang diketahui, 10 mei adalah hari ibu. Aku baru perasan yang hari ini hari ibu, aku ingatkan hari ibu 16 mei, rupanya hari guru 16 mei tu. Kat tv, banyak cerita yang mengisahkan pasal ibu dan semuanya sedih2 belaka. Semalam aku ngan family ada tengok citer oh ibu di astro prima, tetiba citer tu sedih la pulak. Kalau aku tengok sesorang cerita tu, mesti aku nangis punya. Walaupun aku ni nakal, tapi aku tetap punyai perasaan, hohoo. Tapi aku pelik sikit la, asal hari ibu je, cerita semua nak leleh je, nak yang sedih2 je, perlu ke semua tu ditunjukkan.

Aku panggil mak aku mak. Aku tak pernah sambut hari ibu secara terang terangan dan last aku sambut hari ibu masa aku sekolah rendah, aku bagi mak aku hadiah bunga yang ada pewangi. Walaupun aku tak sambut hari ibu, tapi aku sememangnya sangat menyayangi mak aku. Kalau dah sayang, rasa tak sambut hari ibu pun takpe. Sememangnya seorang ibu sentiasa menyangi anak2 nya walau sejahat mana perangai anak. Kalau waktu malam, bila aku fikirkan pasal mak aku, aku akan menangis fikirkan banyak kesalahan yang aku dah buat pada mak aku.

Walau apa pun, aku ucapkan selamat hari ibu pada semua ibu2 di dunia ni. Memang tidak ternilai kasih ibu pada anak2. Aku berdoa agar mak aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sampai di rumah je, aku jadi takde idea nak tulis2 ni. Sumber rujukan aku takde, so agak buruk sekali cara pennulisan aku. Tunggulah next entry lak camne. Salam.

8 comments:

  1. gong gong x nak sayang jugak ker,,
    lalala

    ReplyDelete
  2. saya pon syg mak saye..

    dari kecil smpai skang die la org yg pling saya syg..
    hehe

    ReplyDelete
  3. sape la x sayang mak sendiri,,
    semua orang sayang mak ...

    ReplyDelete
  4. saya sayang mak awak jua ^_^

    ReplyDelete
  5. biasa la tu,mak awak mak saya jugak

    ^_^

    ReplyDelete