5.5.09

Selamat Tinggal Semesta 2


Tengah seronok bersama member, lupa lak nak update entry, hahaa. Ada la juga beberapa member di blog, minta aku tukar template. Aku memang sesangat nak tukar templat, tapi aku tak gheti (jangan gelak). Pernah beberapa kali aku test tukar, bila aku view blog aku, da jadi macam susun puzzle lak. Maybe lain hari kot aku pandai tukar template ni. Cuba korang check blog aku ni, apa yang berubah? Yup betul, aku pasang page number kat bawah. Ingat wordpress je leh wat, blogspot pon boleh la,hohoo.. Kalau bab godek2 or upgrade, aku memang cepat je belajar. Html pun aku belajar sendiri kat myspace, tak banyak beza pun dengan html blogspot ni. Tapi yang pelik, nak tukar template aku bengong sket, ada sesiapa nak ajar aku?





Entry ni yang terakhir aku guna wifi uthm. Lepas ni aku kena update entry terbaru kat cc la pulak, leceh betul. Setelah 3 minggu terikat dengan dilema exam dan semalam, secara rasminya tamat la sudah exam yang terakhir. Static adalah exam terakhir aku, takde la susah sangat pun ,lalala. Masa malam sebelum exam static, memang giler2 study sama member, coz static ni payah bebenor. Bila jawab masa exam, senang pulak,hahaaa. Masa minggu exam, sempat juga bermesyuarat kat bilik member sambil bawa laptop masing2. Maka acara pun bermula, perlawanan counter strike secara Lan. Bila esok tu nak exam , baru insaf nak study, hahaa. Tapi aku tak macam tu, aku just update blog saja.

Semesta 2 di uthm, aku mula dikenali ramai oleh rakan2 ku, terutama perempuan di uthm. Masa semesta 1, aku ni macam skema sket. Yela time tu aku masih terkejut sebab aku sekarang berada di university yang dulu aku anggap aku takkan dapat tawaran universiti. Awek2 du uthm pun tak sedar kehadiran aku di uthm. Di semesta 2, aku dah mula tunjukkan identity sebenar aku yang cool, lawak, sporting dan bla bla bla (puji diri sendiri). Awek2 di uthm barulah perasan rupanya ada jejaka hensem baik. Bila member aku dah tahu perangai aku, macam2 la tawaran aku dapat. Semesta 2 lah yang banyak keseronokan berbanding semesta 1. Tawaran pertama aku dapat, konvoi ke gunung lambak, kluang. Kononnya pergi situ nak celebrate abeh test pertama, nak mandi air terjun. Bila dah sampai, kena lah daki gunung tu dulu, sebab sungai mesti ada di atas. Dah 4 kilometer daki, kehairanan mula terasa. Di mana sungai? Setelah tanya orang yang ada di situ, barulah tahu yang gunung lambak tiada sungai mahupun air terjun. Cis, badan dah basah berpeluh, rupanya takde mende kat situ. So, terpaksa lah turun balik. Naseb baik ada kolam mandi kanak2 kat tempat sheyle, semangat nak mandi punya pasal, layan jela kolam tu, air paras perut dan ada patung itik kat tengah.

Lepak dah jadi kebiasaan dan mesti wajib. Selalunya, bila abeh test, malam mesti keluar. Kedai roti pisang gak tempat target. Makan kat situ tak la sedap sangat, tapi boleh la. Yang sedap, roti canai pisang je. Aku tak pernah order pun, sebab mahal. Futsal juga satu kewajiban. Malam2 turun futsal depan asrama perempuan. Main sampai pak guard bunyi wisel suh balik. Kacau betul pak guard ni.

Disebabkan course aku engineering, so banyak la amalan bengkel. Semesta 2, aku kena repair system compressor yang dah lapuk tu. Kononnya lepas dah siap baiki, nak hidupkan compressor yang dah bertahun tak hidup tu, tapi hampeh, dibiarkan begitu saja. Memang seronok la amalan bengkel, dapat tunjuk skill, dapat cover hensem, dapat tolong pelajar perempuan, lalala..
Sebab minat sangat engineering, so aku buat la kerja yang berunsurkan engineering. Aku pernah buat ‘assignment’ sendiri iaitu cek spesifikasi pintu tandas. Tapi buat ‘assingment’ ni kena secara kumpulan dan senyap. Setelah cek secara teliti, pintu tandas tu lulus dari sirim, reka bentuk yang sah, spesifikasi pintu yang betul dan paling penting selamat digunakan. Bila dah siap, tak boleh hantar ‘assingment’ tadi pada pensyarah. Aku buat ‘assingment’ tu takda orang pun kat dalam, hahaa..

Masa aku bertukang dalam bengkel, pensyarah keluarkan satu mesin layan diri yang canggih. Mesin tu dinamakan tisu tarik dan buang. Akibat teruja sangat dengan mesin tisu tu, so aku bercadang nak buat bisness jual tisu tu pada member kelas aku. Sekali tarik tisu, 20 sen kena bayar. Tapi tak menjadi bisness tu, kerana dihalang oleh pihak berkuasa kerana jual secara haram dan tiada lesen. So, terpaksa la aku stop dan sedekah jela tisu tu. Padahal bukan aku punyer pun, lalalala…

Pernah juga kelas aku digemparkan dengan gambar skandal aku di bengkel. Satu kelas memberontak,hahaa. Terutama pelajar lelaki, bila ada orang nak amek gambar aku je, diorang nak join sekali coz jeles nanti aku skandal. Apa salah aku, aku just skandal je, kalau ada jodoh, maybe aku couple ngan amoi tu, hahaaa. Kini pelajar lelaki dah tak memberontak, diorang dah merestui pun,hohooo… Yela tu.



Yang paling syok, di semesta 2 lah aku start jadi seorang blogger. Selama ni duk layan myspace je. Aku jadi teruja sama blog bila kawan aku buka blog justkhai. Mula nya aku tak baca sangat, lepas tu aku buka kat laptop aku dan baca balik blog khai, baru aku rasa seronok berblog. Kini, aku dah ada blog sendiri, walaupun hodoh dan tak gheti nak tukar template, tapi korang tak kisah kan, hohoo..


Sekarang di asrama ramai member aku dah balik ke kampong halaman. Aku mungkin esok balik kot. Rasa sedih pun ada coz cepat betul masa berlalu dan aku dah tak leh guna wifi uthm. Jika member uthm aku baca entry ni, aku ucapkan selamat berseronok di kampong halaman dan kita jumpa lagi di semesta 3. Doakan aku selamat sampai ke rumah kerana aku naik motor dari Johor hingga ke Kajang. Salam.


p/s: birthday aku 23/5 ni. Rakan2 ku jangan lupa bagi hadiah kat aku nanti, aku mintak ni..lalala

7 comments:

  1. bg kat sye web y tuk wat link read more 2?

    ReplyDelete
  2. aku pun heran, selalunya org reti tuka tmplate
    tp ko, x reti plk...bab nk edit, terer plk

    ReplyDelete
  3. hahaa,,
    maybe aku terrer kot bab tu,,

    aku dah banyak kali tukar template,,
    tak jadi pun,,
    heran aku ,,

    ReplyDelete
  4. meh kasi aku je tukarkan. tukar kaler pink! hoho

    ReplyDelete
  5. hahaaa,,
    cantik jugak kaler pink,,
    so biler kite boleh start ...
    lalala

    ReplyDelete
  6. ni mesti terer bab lain ni ^_^

    ReplyDelete
  7. terer ape,,?
    kalu ngorat
    x terrer lg kot,,
    lalala

    ReplyDelete