23.5.09

Angan Tak Sudah


Seperti biasa, aku kena update entry kat cc dan bayar kat tokey cc. Sungguh tak besh. Lama pulak nak habiskan cuti ni, duk di uthm dapat aku online setiap masa. Di waktu cuti ni, tak banyak aktiviti menarik yang aku buat dan sungguh membosankan. Kepada yang tersudi terbaca blog aku yang tak seberapa ni, aku hargai semua tu. Buat masa ni aku sedang mengumpulkan rujukan untuk entry terbaru secara manual + kuno.

Sekarang jam kat laptop aku pukul 3.30 pagi sambil dengar lagu Kotak_Masih Cinta.mp3. Pelik betul nama band ni, tapi lagu ni memang syok layan membuatkan aku tak nak tidor. Lagu ni buatkan aku teringat pasal cinta. Sementara aku sedang kumpulkan rujukan entry baru, aku nak mengarut + poyo la dulu kat entry ni. Entry ni tak banyak pun aku cari rujukan, just tak nak nampak cam bosan je blog aku ni. Aku nak kenalkan seseorang yang maybe girlfriend aku kot.

Rase2 nya kenal tak gadis ni. Kalau tak kenal, jom aku kenalkan. Namanya Selena Marie Gomez yang lebih dikenali sebagai Alex Russo dalam citer Wizards of Waverly Place kat Disney Channel. Pelakon dan penyanyi adalah kerjayanya. Berumur 17 tahun dan tinggal kat area2 hollywood, jiran sebelah rumah aku je. Hmm, aku mengaku yang aku suka tengok wajah Alex ni coz ada iras2 melayu + comel. Yang buatkan aku teruja, Alex ni ala2 tomboy + cool + bergaya + cantik ditambah pula pandai men gitar. Memang semart. Aku tak dengar lagi cerita skandal Alex dengan lelaki lain. Ciri2 pada Alex buatkan dialah girlfriend aku yang sesuai kot, lalala..

Sapa la yang tak kenal sama Emma Watson ni. Berumur 19 tahun (sama umur aku) dan seorang pelakon yang terkenal + lawa. Emma ni pun jiran aku juga coz rumah nya depan rumah aku. Yang menarik pasal Emma, walaupun seorang actress yang terkenal, dia tetap tak nak tinggalkan pelajarannya di sekolah coz katanya "school life keeps me in touch with my friends. It keeps me in touch with reality". Bagus betul la, tak berkira sangat. Perwatakan yang matang + cantik + ada iras2 melayu buatkan aku tertarik. Tapi ada skandal sama Harry Potter, buatkan aku hanya nak berkawan saja, tapi kalau nak jadi girlfriend aku pun okey jugak, hohoo..


Vanessa Anne Hudgens yang berumur 21 tahun juga seorang pelakon dan penyanyi. Rasanya aku kenal pon kat citer High School Musical watak sebagai Grabiella. Jiran aku juga, rumahnya selang dua baris dari rumah aku. Maybe tak sesuai kot jadi girlfriend aku coz memang skandal dengan Zac Efron, just kawan boleh la. Ciri2 yang menarik bagi aku, seorang yang lawa + bijak + matang.


Selesai sudah bebelan mengarut aku. Entry just nak mengisi masa boring aku sementara aku ngah research rujukan baru nanti. Tapi aku mengaku la yang 3 gadis aku senarai ni memang buat aku suka dan kalau kat Malaysia ni ada pompuan camni memang aku nak ngorat. Kenapa aku tak senaraikan gadis di Malaysia? Jawapannya coz semuanya suka aku kerana kehenseman aku je bukan kerana keikhlasan aku, hahaaaa.. Tipu jela, jawapannya sebab korang tak nak ngorat aku, lalalaaa... Salam.

4 comments:

  1. hahah :DD
    pasan sungguh kamuuu..~

    ReplyDelete
  2. hahaaaa,,,
    ade gak owang yang sedar....

    sekali skala pasan,,
    ape salahnye.....

    ReplyDelete
  3. hai handsome. i orang melayu. nak usha boleh??hahaha fall in love with ur writing. uh! lalalala

    ReplyDelete