24.4.10

Kena Belajar Jugak

Tengah malam yang indah, sewaktu melayan facebook ada kenalan pompuan di UTHM yang aku tak pernah tegor lagi just add saja telah menulis new status di wall profilenya:


“L*** **** is yelling at tummy : SHUT UP!!!!!!! (hungry mode)”


Aku pon tertarik dengan status tu so aku comment la status dia:


“Inspirasi Izra: try sing a song,,maybe it will shut up....hahaaa”


Lalu dia membalas komen aku:


“L*** ****: -Izra- hey gud idea~ (singing) SHUT UP WHEN IM TALKING 2U!! SHUT UP!!! (bobbing head) SHUT UP!! SHUTTTT UPPPPP~~!! [Linkin Park] :p”


Aku tergamam seketika coz aku dah tak reti nak komen balik dalam english. Lagipun dia ni cina, so dengan gaya tak malu aku balas balik komen dia ikut logic:


“Inspirasi Izra: hey,,,I have read some of your blog entry,,My Passion My Soul,,so nice so cool,,I like the way you write on the blog......If I have time I will read all the entry at your blog...”


Aku rasa dia faham kot apa aku tulis, dia balas lagi:


“L*** ****: thanks Izra ^_^ wish2 update my blog2 but got bogged down by all busyness~ do drop by some comments~ best wishes 2u in final exams ya :)”


Sekali lagi ikut logic, aku komen balik:


“Inspirasi Izra: hahaaaa,,, i will.... also best wishes ur final exam,, i know u can do it... coz u are smart girl.....”


Dia balas:


“L*** ****: -Izra- oh no...don ever judge by book cover, u'll never know me haha...my studies could be another story.. ned2 put more effort! @_@”


Nak ambil hati dia aku tulis la:


“Inspirasi Izra: no la,, i don judge u by ur book,, but judge u from ur hungry mode,,, hahaaaa”


Dia tertarik:


“L*** ****: -Izra- LOL~~ ^o^”


Aku dah takde idea nak masukkan ayat apa lagi so aku stop comment.
Dia ni sebenarnya ada blog siap ada iklan nuffnang lagi. Yang best sal blog dia, cara penceritaan yang dia tulis memang menarik. Disebabkan suka baca blog dia, aku jadi follower blog dia. Tambah lagi kenalan baru di Uthm dan kami berkawan.

(pesanan tuk member kuliah: aku dah cakap pengaruh aku kat Uthm luas, korang tak nak caya… hahaaa)

So aku bertekad nak improve penulisan dalam english. Senang sikit nak komunikasi ngan kenalan baru tu. Lagipun sem depan kena ambil muet, kalau speaking aku boleh lagi just essay jek aku dah bersara.

So entry kali ini aku just nak kongsi cara aku belajar terutama tuk geng2 yang sama cam aku, lemah sikit jek. Sebelum tu untuk member2 aku yang pandai2 rasanya tak yah la baca entry ni. Aku rasa segan lak.

19.4.10

Tahniah Inspirasiizra

Syukur ke hadrat illahi atas kurniaan nikmat yang diberikan pada aku. Akhirnya genap setahun blog inspirasiizra. Walaupun aku bukanlah blogger sepenuh masa, tidak dikenali dikalangan blogger terkenal dan blog yang tidak menarik, tapi cukuplah sekadar memberi kepuasan pada diri aku.

Kenangan yang best sepanjang aku jadi blogger, hampir keseluruhan rakan2 sekuliah aku mengetahui dan pernah menjeguk blog inspirasiizra. Reaksi diorang kadangkala buatkan aku tergelak sorang2 bila aku mengingatinya. Ada member aku yang kononnya hatinya ‘kering’, turut singgah di blog aku dan bila jumpa aku panggil aku ‘bloger’ kadangkala panggil ‘inspirasi’. Bila kat kuliah bila aku senyap je waktu lepak ngan member, nanti ada sesetengah bahan kat aku: “ni izra senyap je ade la tu nak masuk dalam blog”. Disebabkan aku ada blog, semua pelajar pompuan kat kuliah mengenali aku, kalau tak memang boleh kira berapa orang je yang kenal aku.

First entry aku terbitkan pada 16 April 2009. Berikut adalah beberapa entry yang aku suka baca balik sebab best. Korang2 yang baru mengenali blog inspirasiizra, baca lah antara entry yang aku senaraikan ni:

10.4.10

Cerita Dongeng 2: Kejutan.....

Sungguh menakjubkan reaksi pelajar2 DDT akibat kemunculan cerita dongeng yang baru dirungkaikan. Sampaikan ada member yang hatinya ‘kering’ turut sebak apabila membaca cerita dongeng tersebut. Mungkin orang dulu2 yang mencatit cerita dongeng tersebut bijak mengatur jalan cerita supaya orang yang hati ‘keras’ menjadi lembut. Belum reda keriuhan cerita tersebut kini satu lagi kejutan yang bakal di persembahkan. Ya, ada lagi cerita dongeng yang baru ditemui. Kali ni ditemui sorang member ni yang ketika itu sedang menggeledah locker orang untuk cari maggi sebungkus. Tapi bukan jumpa di dalam locker, di belakang locker yang tersembunyi ruangan khas. Mungkin orang dulu2 sorokkan cerita tu di situ kerana tempatnya yang strategic. Tanpa pendahuluan yang panjang, jom terokai cerita dongeng tersebut.

8.4.10

Pengakuan


Saya Mohd Izranuddin ingin mengucapkan:

Terima kasih kerana tempatkan aku di UTHM
Terima kasih kerana aku di DDT
Terima kasih kerana ramai kawan aku

Terima kasih sudi berkawan dan tak pelat sebut nama Izra (Xing Yie)
Terima kasih sudi bergurau dengan aku (Ecah & Ain)
Terima kasih ingat nama Izra (Melissa & Eng)
Terima kasih sudi berborak ngan aku (Aishah & Yusza)
Terima kasih menyapa aku (Mas & Aini)
Terima kasih memahami aku (rakan2 asrama)


7.4.10

Cerita Dongeng: Antara Izra, Hassan dan Chad.


Maka tersebut lah kisah dongeng yang akan dirungkaikan. Kisah ini baru diketahui oleh pelajar lelaki DDT kerana cerita dongeng ini baru dijumpai di stor yang terdapat di asrama Kelisa. Mengikut keadaan cerita itu, mungkin baru berusia 100 tahun!!!! Cerita ini disedari oleh seorang pelajar yang ketika itu mahu ‘mengintai’ member mandi, tetiba dia ternampak satu cahaya indah around that corner. Setakat ini hanya pelajar lelaki sahaja yang mengetahui jalan cerita ini dan reaksinya antara percaya atau tidak. Cerita dongeng ini bakal menjadi cerita tergempar kerana cerita ini akan disebar melalui blog inspirasiizra untuk pelajar perempuan DDT mengetahui isi kandungan cerita dongeng ini. Now, story will story about that.