10.4.10

Cerita Dongeng 2: Kejutan.....

Sungguh menakjubkan reaksi pelajar2 DDT akibat kemunculan cerita dongeng yang baru dirungkaikan. Sampaikan ada member yang hatinya ‘kering’ turut sebak apabila membaca cerita dongeng tersebut. Mungkin orang dulu2 yang mencatit cerita dongeng tersebut bijak mengatur jalan cerita supaya orang yang hati ‘keras’ menjadi lembut. Belum reda keriuhan cerita tersebut kini satu lagi kejutan yang bakal di persembahkan. Ya, ada lagi cerita dongeng yang baru ditemui. Kali ni ditemui sorang member ni yang ketika itu sedang menggeledah locker orang untuk cari maggi sebungkus. Tapi bukan jumpa di dalam locker, di belakang locker yang tersembunyi ruangan khas. Mungkin orang dulu2 sorokkan cerita tu di situ kerana tempatnya yang strategic. Tanpa pendahuluan yang panjang, jom terokai cerita dongeng tersebut.



Ketika hari pertama Xy, Hassan dan Chad bercuti di Hong Kong Disneyland, Izra dikejutkan dengan satu kejutan yang mengungkit memori lama. Izra menerima panggilan misteri yang katanya mahu berjumpa dengannya. Mulanya Izra was2 untuk berjumpa kerana keselamatan. Tapi setelah diyakinkan akhirnya Izra bersetuju untuk berjumpa dengan si pemanggil itu. Petang tu juga Izra bertolak, lokasinya di mamak 27jam. Izra sampai di sana dan tiada tanda2 kelibat yang berkaitan dengan si pemanggil. Izra tunggu seketika dan baru 2 minit, Izra di sapa dari belakang. Izra menoleh dan sungguh2 terkejut apabila melihat orang yang menegurnya.

Orang itu adalah Onga. Ya, Onga adalah sahabat mereka iaitu Izra, Xy, Hassan dan Chad. Mulanya 5 orang sahabat baik sejak sekolah rendah lagi sehingga lah di awal remaja, Onga terpaksa berpisah atas komitmen di Sydney. Apa yang Onga buat di Sydney? Belum lagi diceritakan dalam cerita ni. Serba sedikit cerita pasal Onga. Dalam 5 sahabat, Onga la yang paling active juga pandai berkata-kata. Dengan kata2 nya, orang yang mendengarnya sungguh selesa bergaul denganya. Onga juga ambil berat terhadap 4 sahabat baiknya dan sanggup utamakan 4 sahabatnya dari urusan lain. Antara 4 sahabat tu, Izra lah yang Onga rapat dan bila ada masalah dia luahkan pada Izra dulu sebelum sahabat lain. Selain tu, Onga memang berbakat dalam nyanyian. Kebetulan Izra pula pandai bermain instrument iaitu gitar dan Onga pernah berhajat bila dah besar nanti dia nak tubuhkan band bersama Izra. Sebenarnya Onga lah yang luahkan perasaan dulu pada Xy awal2 dulu. Luahan Onga diterima Xy tapi tidak bertahan sampai sekarang kerana dia terpaksa berpisah dulu kan. Masa perpisahan Onga, memang menyedihkan, Xy dan Chad la yang paling sedih sekali. Tapi Onga pandai memujuk membuatkan mereka masih mampu tersenyum. Sejak Onga pergi ke Sydney, tiada khabar berita dari dia. Adakah Onga sudah lupakan sahabat baiknya…?


Izra memeluk Onga tanda kerinduan yang sungguh memeritkan. Dalam masa pelukan tu, Izra bertanyakan mengapa dia melupakan sahabat baiknya sendiri. Onga membalas kataan Izra bahawasanya dia tidak melupakan sahabat baiknya. Malah dia sentiasa mengambil tahu khabar berita sahabat2 nya melalui Izra. Reaksi wajah Izra berubah seketika, bilamasakah Onga mengetahui perkembangan sahabat sedangkan mereka sudah lama tidak berhubung apatah lagi bersua? Onga mengajak Izra duduk seketika dan menceritakan segalanya.

Onga telah terpilih secara sulit untuk menjadi kaunselor akibat masalah serius di dunia. Onga dipilih kerana kepetahannya berkata-kata. Masa tu dia telah diintip oleh agen2 khas menyebabkan Onga lah yang paling sesuai menjalankan tugas berat ni. Mulanya Onga memang berkeras tidak mahu mengambil tugas ini kerana dia tidak mahu berpisah dengan sahabat baiknya. Namun akibat desakan pihak lain juga pilihan yang tidak banyak, Onga terpaksa juga menerima tugasan ni. Tugas Onga ialah member kaunseling pada remaja2 yang malas belajar. Sejak dia jadi kaunselor, 98% remaja yang di kaunselornya berubah ke jalan yang benar. Sungguh besar pengorbanan Onga. Setelah terlalu lama dia berpisah dengan 4 sahabat baiknya, Onga membuat keputusan berhenti dari tugasan ni. Setelah berhenti dari kerja tu selama 3 tahun, Onga kembali ke tempat asal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun Onga tak beritahu pada 4 sahabat mereka kerana bukan masanya lagi.

Setahun kemudian, sewaktu Onga melayari Facebook, Onga ternampak link blog yang domainnya nama Izra yang sama nama dengan salah seorang sahabat baiknya. Onga klik link tersebut dan memang tepat sangkaannya, blog itu memang milik Izra, sahabat baiknya. Blog Izra sungguh menarik dan kebetulan blog tersebut ada letak cara nak contact Izra iaitu melalui Gtalk. Onga add Gtalk Izra dengan nama samara BinKidin. Onga add Izra dengan alasan ingin mengetahui bagaimana nak menguruskan blog dengan baik. Izra memang tak perasan bahawa BinKidin tu adalah Onga dan menganggap BinKidin tu adalah newby blogger. Onga memang pandai menyembunyikan identitinya. Semasa Onga gtalk dengan Izra, Onga memang akan tanya berkaitan blog kemudian dia akan selitkan skit soalan lain seperti bagaimana keadaan Izra, ada kawan baik tak dan macam2 yang ada kaitan mengenai 4 sahabat baiknya. Sebab itulah Onga katakan pada Izra tadi yang dia memang ambil tahu pasal 4 sahabat baiknya. Izra bertambah terkejut. Rupanya selama ini dia berhubung dengan Onga. Izra ketawa seketika kerana situasi tersebut sungguh terancang. Onga turut ketawa sekali.

Onga bertanyakan pada Izra, mana 3 sahabat mereka lagi. Izra beritahu yang mereka sedang bercuti di Hong Kong Disneyland. Onga berasa pelik kerana mengapa dia tak ikut sekali. Lalu Izra menceritakan semuanya kenapa dia tak dapat ikut bersama. Setelah Onga tahu jalan ceritanya, Onga berasa bangga terhadap Izra. Onga mengatakan sebab dia rapat dengan Izra kerana Izra memang tahu menjaga hati dan sanggup berkorban demi kebahagiaan sahabat baiknya. Sebab itulah Onga suka kongsi masalah pada Izra dulu. Tetiba Izra mendapat idea yang bernas. Izra ingin Onga buat kejutan pada 3 yang lain bila mereka balik bercuti nanti. Izra mencadangkan Onga menyanyi depan mereka sambil diiringi bunyian gitar yang dimainkan Izra. Onga sangat setuju cadangan Izra dan terkejut kerana Izra masih lagi tahu bermain gitar.


……….

Akhirnya Xy, Hassan dan Chad pulang dari percutian mereka. Izra tidak sambut kepulangan mereka kerana tahu pasti mereka sungguh penat sebaliknya memberitahu Chad supaya semua berkumpul di rumah Izra esok kerana ada berita penting. Pada keesokannya Xy, Hassan dan Chad berkumpul di rumah Izra sambil teruja kerana ingin tahu apakah berita yang penting tu. Izra pegang gitar akustic jumbo tanpa berkata sesuatu pada mereka sebaliknya memainkan gitar tersebut. Xy, Hassan dan Chad sungguh pelik. Tetiba ada kelibat suara yang menyanyikan lagu berbunyi:





Tersudut termenung jauh
mengenangkan nasib kita
kita miliki separuh
berbentuk hati cinta namanya....

Walau kau jauh
ku sentiasa mengunggumu
peritku imbas kembali memori
walau kau jauh
ku berjanjikan terus tunggu
dipisah lautan biru
ku mahu kau tahu
aku kan terus menunggu....


Xy, Hassan dan Chad berasa hairan dan pelik, siapa yang sedap sangat nyanyi lagu tu. Tetiba satu pintu terbuka dan keluarlah Onga sambil sambung lagi lagu tadi:





Jaga benar gmbarku dalam
telefon bimbitmu
jangan pernah sekali kau buang
seperti cinta ini yang terbuku
akan bersemi jua...

walau kau jauh
ku sentiasa mengunggumu
peritku imbas kembali memori
walau kau jauh
ku berjanjikan terus tunggu
dipisah lautan biru
ku mahu kau tahu
aku kan terus menunggu..

Ku terus menunggu
ku mahu kau tahu......


Habis nyanyian Onga. Xy menitiskan air mata kerana terkenang memori lama yang memeritkan. Chad pula menangis teresak-esak lalu memeluk Onga. Begitu juga dengan Hassan, matanya merah lalu memeluk Onga juga tapi akibat keadaan yang sangat sayu, Hassan pergi ke bilik air dan menangis di situ. Diorang pon dengan banyak persoalan yang banyak terus bertubi-tubi tanya pada Onga mengapa dia menghilang selama ini.
Hampir satu jam Onga menceritakan segala-galanya. Tetiba Onga minta kebenaran pada Hassan dan Chad untuk membenarkan Onga dan Xy berdua sebentar. Hassan dan Chad faham maksud Onga kerana peristiwa lama mengenai percintaan mereka. Lalu Hassan dan Chad pergi pada Izra. Onga menarik tangan Xy dan pergi ke satu sudut.

Onga bertanyakan keadaan Xy selama dia tiada disisi Xy. Xy menceritakan keadaannya pada mulanya memang sungguh lemah namun atas sokongan Izra, Hassan dan Chad, dia dapat terima semuanya. Onga meminta maaf pada Xy atas pemergiaannya. Onga bertanyakan lagi bagaimanakah hubungan mereka selepas ini. Dengan nada lembut, Xy mengatakan yang dia tidak mampu lagi untuk memberi komitmen percintaan mereka, cukuplah apa yang dia hadapi selama ini. Xy inginkan agar persahabatan yang dibina ini tidak lagi hampir renggang seperti dulu. Onga sangat memahami permintaan Xy dan Onga mencadangkan jika dia mahu menjalinkan percintaan, Onga harap …. menjadi pilihan Xy. Xy tersenyum dengan cadangan Onga.

Izra bertanyakan Hassan dan Chad bagaimana percutian mereka. Hassan dan Chad menceritakan mulanya Xy sungguh sedih kerana Izra tidak turut serta. Setelah dipujuk, barulah Xy kembali gembira. Namun mereka tahu kegembiraan itu hanya luaran saja tapi dalam hati masih lagi sedih. Izra bertanya lagi bagaimanakah dengan pilihan Xy. Hassan dan Chad beritahu yang mereka tak luahkan perasaan mereka pada Xy kerana tidak adil jika Izra tidak turut meluahkan sekali. Lagipun mereka tidak mahu merosakkan keseronokkan Xy. Izra memahami tindakan mereka dan berterima kasih pada mereka.

Akhirnya Izra, Xy, Onga, Hassan dan Chad berkumpul. Onga membuat akuan pada 4 sahabat baiknya bahawa dia tidak akan meninggalkan lagi 4 sahabat baiknya walau apapun yang berlaku. Izra, Xy, Hassan dan Chad sungguh gembira sekali. Kemudian Onga kembali nyanyi. Kini 5 orang sahabat kembali bersatu semula dan menjalani kehidupan berasama-sama.

Tamatlah sudah cerita dongeng 2 dan tiada lagi cerita dongeng selepas ini. Hal ini kerana penduduk2 di asrama kelisa sudah selongkar kesemua tempat untuk mencari cerita dongeng jika ada yang belum dijumpai. Hasilnya memang 100% tiada lagi cerita dongeng yang tersorok. Cerita ni tidak dihantar ke muzium kesenian dan disimpan oleh owner blog ini sendiri untuk rujukan…..

**** sebenarnya Onga request kat aku suruh buat cerita pasal dia pulak. Aku memang tak nak buat tapi dia asyik mintak jek so aku buat lah jugak. Tapi ni memang yang last citer dongeng aku buat dan tiada lagi request2.

**** walaupun aku baru mengenali Onga, Onga sebenarnya memiliki sifat ‘manja’. Sebab tu aku memang suka gurau ngan dia tapi tak lah sampai luahkan masalah kat dia.

**** walaupun perangai Onga macam tak terurus masa di kuliah, tapi Onga memang mempunyai ciri lelaki yang bertanggungjawab. Serius aku cakap, memang bertuah kalau korang (perempuan) jadi pasangan Onga.

p/s: korang2 yang kaitkan aku dengan … (faham2 jela), cukup2 lah. Jangan kaitkan aku dengan dia lagi. aku jadi malu seh nak cakap ngan dia walaupun di mesej ataupun gtalk. Kalau tak kesian kat aku, kesian lah kat dia. Dia datang Uthm tuk belajar, bukan tuk dipasangkan dengan aku yang kadangkala sungguh bengong. Ape ke jadah kaitkan aku dengan budak pandai. Budak pandai sepatutnya dengan pandai, bukan dengan aku…

p/s: ni entry last setakat ini coz aku nak study tuk final nak jaga pointer, tak nak pointer jatuh bawah 3.10. Selamat berstudy week dan hadapi final dengan tenang sambil diiringi doa.

4 comments:

  1. muahahahhahaa!!!
    weyhhhhhh...best la cite ko ni..apsal lak ko nk stop...ko buat je la novel citer dongeng ni...best siottttt..walaupun ianya melampau, aq da mcm org gile je dok tersenyum dpan lappy ni..aq harap ko jgn stop karang citer ni..lantak ko lah ko nk karang cane..tapi ending dia mesti happy laaaa..xnk sedih2~xbest!aq harap sgt ko dapat masukkn semua karakter dak DDT dlm ko nye citer dongeng ni...alaaaaaaa citer dongeng je pun, lantak ko la ko nk wat cane, blog ko..asal kan aq bce,muke aq bole jadi mude je sentiase...senyum jeee...jangan berhenti weyh......tolong laaa ko wat citer,masukkn semua skali dak2 DDT...pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! ni la 1st time aq bole membace citer ala2 novel..ni la 1st time aq membace karangan org...hahahahha!!!TOLONG JGN BERHENTI,LANTAK LA ORG NK CKP APE PUN...!!!asalkn aq bole tergelak2~

    ReplyDelete
  2. eceh,,,
    nak amek hati aku lak....

    nak wat cter nie kene ade inspirasi,,
    kene menjiwai jalan citer,,
    hahaaa,,,

    nengok aaa kalau ade mood...
    thanks membaca....

    ReplyDelete
  3. laaaaaaaaaa..x kuase la aq nk amek hati ko..hati aq pun da cukup da ni..xder rrr..aq ske rr bce citer mengarut ni..bole tambah idea sikit bile aq nk mengarut nnt~hehe

    ReplyDelete
  4. buat mase ni aku dapat skit jek
    karakter yang seswai,,

    tunggu aku abeh research
    perwatakan dulu,,
    jalan cter da ade...

    sabar menunggu ye...

    ReplyDelete