7.4.10

Cerita Dongeng: Antara Izra, Hassan dan Chad.


Maka tersebut lah kisah dongeng yang akan dirungkaikan. Kisah ini baru diketahui oleh pelajar lelaki DDT kerana cerita dongeng ini baru dijumpai di stor yang terdapat di asrama Kelisa. Mengikut keadaan cerita itu, mungkin baru berusia 100 tahun!!!! Cerita ini disedari oleh seorang pelajar yang ketika itu mahu ‘mengintai’ member mandi, tetiba dia ternampak satu cahaya indah around that corner. Setakat ini hanya pelajar lelaki sahaja yang mengetahui jalan cerita ini dan reaksinya antara percaya atau tidak. Cerita dongeng ini bakal menjadi cerita tergempar kerana cerita ini akan disebar melalui blog inspirasiizra untuk pelajar perempuan DDT mengetahui isi kandungan cerita dongeng ini. Now, story will story about that.



4 sahabat baik yang sentiasa bersama ketika senang dan susah. 4 sahabat itu ialah Izra, Xy, Hassan dan Chad. Xy adalah seorang gadis yang memiliki paras rupa menawan, ketinggian yang sempurna dan perangai yang baik di sebalik gelakkan yang menggoda. Namun setakat ini tiada siapa yang mulakan dulu untuk luahkan perasaan pada Xy. Mungkin Izra, Hassan dan Chad ingin menjaga perasaan dalam persahabatan mereka. Walaupun 4 sahabat ini sangat rapat, namun takde lah sampai tak jaga batas macam tidur dirumah Xy. Bagaimana bermula persahabatan meraka? Itu tidak pasti kerana part cerita tu telah hilang atau mungkin dikoyakkan oleh orang2 dulu kot.

Pelbagai pengalaman yang mereka lalui bersama, samada syok ataupun macam haram. Antara salah satu pengalaman syok adalah masa tahun lepas. Ketika mereka dalam perjalanan (jalan kaki) nak pergi shopping mall untuk temankan Xy main keta lagu (token), mereka dihampiri oleh seorang jejaka yang tidak dikenali. Rupanya jejaka itu ingin menjual karpet tandas. Sebelum jejaka itu hampir pada mereka, mereka telah larikan diri dulu. Tapi jejaka tu kejar mereka dengan penuh semangat. Izra, Xy, Hassan dan Chad gunakan kebolehan mereka untuk mengelak jejaka itu. Xy memiliki warna kulit yang putih lalu Xy bersandar pada dinding putih yang berhampiran menyebabkan Xy seolah-olah jadi transparent. Chad pon memiliki kebolehan sama macam Xy cuma memerlukan suasana yang berbeza. Chad boleh hide in the dark, dan masa tu ada kawasan gelap lalu Chad masuk ke kawasan tu dan terus hidden. Hassan lain skit kebolehannya, masa tu dia depakan tangan dan membiarkan angin menerbangkannya lalu tersangkut di atas pokok epal dan terus menyorok di situ. Izra pula waktu tu nampak tiang di kawasan parking lot lalu Izra suaikan badannya sama macam tiang tu dan hasilnya sejibik macam tiang. Ketika mereka semua selesai menyorok, jejaka tadi terus konfius kerana mereka hilang begitu saja. Jejaka tadi sungguh kecewa lalu beredar ke tempat lain. Setelah jejaka tadi pergi jauh, 4 sahabat tadi keluar dari penyembunyian mereka dan terus ketawa bagai nak rak. Masing2 gelak kerana melihat cara penyembunyian antara mereka yang sungguh merunsingkan. Sehingga kini (tak pasti ‘kini’ tu masa bila), mereka masih gelak sakan bila teringatkan balik peristiwa ini.

Pengalaman macam haram lak berlaku pada 6 bulan lepas. Masa tu Xy di rumah dan yang 3 orang tu pergi kedai hadware untuk projek menternak ikan bilis. Masa mereka baru habis beli barang yang sepatutnya, tetiba kumpulan WonderGirls datang kedai hadware tu. Apa lagi, tercengang Izra, Hassan ngan Chad. Lalu mereka menghampiri WonderGirls sambil menyebut ‘Sarange’. Memang seronok diorang, macam2 stail mereka ambil gambar, maklumlah artis cantik depan mata. Setelah selesai, mereka pulang. Keesokannya mereka ke rumah Xy untuk tunjuk gambar mereka bersama WonderGirls. Baru 2 gambar Xy tengok, Xy terus berubah muka. Xy marah+merajuk+jeles pada mereka bertiga kerana tidak mengajak Xy sewaktu WonderGirls datang ke kedai hardware. Rupanya Xy hard fan pada kumpulan Wondergirls. 5 hari 5 malam Xy tidak bertegur+merajuk dan 5 hari 5 malam juga Izra, Hassan dan Chad terpaksa pujuk Xy. Macam2 cara diorang pujuk Xy seperti nyanyi depan rumah la, bagi hadiah la, chat di gtalk la, dan macam2 lah. Akhirnya hari ke 6, baru lah Xy berubah dan kembali seperti sedia kala. Itupun kerana Izra edit gambar dia bersama WonderGirls tukar kepada gambar Xy bersama WonderGirls. Punya lah gembira Xy dapat gambar tu. Akibat nak jaga perasaan Xy, masing2 tunjuk baik.

Kembali pada masa kini, pengalaman terbaru adalah masa minggu lepas. Masing2 nak tunjuk hebat, mereka buat tournament boling. Apa yang terjadi masa tu sungguh ajaib. Ketika Chad mulakan dulu baling bola, dia telah tersungkur di longkang trek boling tu. 3 yang lain terus gelak seboleh yang mungkin. Terus putih muka Chad menahan malu. Kemudian Xy punya turn, dia baling bola dan bola tu tercampak ke trek orang lain lalu strike. 3 yang lain pula gelak, chad la yang seronok skali gelak. Xy tunduk tanda malu. Hassan punya turn, dia baling bola lalu bola tu tercampak ke belakang, dia yang masuk trek. 3 yang lain gelak sampai guling2. Last skali baru lah turn Izra. Izra baling bola dan tiada apa terjadi pada Izra. Kira Izra la ‘pro’ antara mereka dan hanya satu saja pin yang jatuh ketika itu. Akhirnya pemenang pada tournament tu adalah Chad. Macam mana Chad boleh menang? Ntahla….

Kini 4 sahabat ni ada merancang untuk bercuti bersama coz dah lama mereka tak cuti bersama cuma tak tahu tempat yang menarik untuk mereka pergi. Kebetulan Chad ada berita gembira. Sewaktu Chad makan biskut ‘rangup & nice’, dia tergigit sesuatu yang lain dalam biskut tu. Rupanya Chad menang 4 tiket percutian 4 hari 3 malam. Memang berita gembira buat mereka dan timing yang sesuai. Chad dah tebus tiket tu dan serahkan sorang satu tiket. Percutian mereka di sebuah tempat yang menjadi idaman+impian Xy dan Chad dan 2 minggu lagi percutian mereka. Dalam masa 10 hari, mereka buat persediaan yang patut untuk percutian mereka. Hassan ada belanja Xy, Izra ada sikit belanja Chad dalam persediaan mereka.





Ada satu ketika, semasa di rumah, Izra, Hassan dan Chad telah sepakat untuk luahkan perasaan mereka pada Xy masa percutiaan nanti. Mereka tahu yang masing2 ada menaruh perasaan pada Xy dan pada ketika itu mereka telah buat perjanjian akta 6884. Perjanjian itu adalah jika Xy memilih salah satu dari mereka, yang lain kalau boleh jangan ada perasaan dendam hingga putus persahabatan mereka. Masing2 setuju perjanjian tersebut.

Tetiba masa hari ke 12, Xy bersedih. Xy beritahu yang tiketnya hilang. Keadaan jadi kelam kabut sikit dan Izra, Hassan serta Chad terus membantu Xy dengan mencari tiket tersebut dekat2 kawasan rumah Xy. Puas mereka cari tapi masih tak jumpa dan Xy terus bersedih sampai merah hidungnya. Akhirnya Izra jumpa tiket tersebut lalu Xy terus tersenyum dan berterima kasih sangat. Xy belanja mereka bertiga makan di mamak 25 jam.

Akhirnya hari yang dinanti telah tiba. Tapi ada masalah sikit. Izra call Chad katanya suruh diorang pergi dulu airport coz dia ada urusan lain tapi sekejap je coz urusannya pon hampir pada kawasan airport juga. So Chad dan yang lain pon pergi la airport dulu tanpa kehadiran Izra. Diorang sampai di airport dan menunggu masa untuk berlepas dengan penuh keterujaan. Ketika 15 minit lagi nak berlepas, Izra masih tak muncul2 lagi di airport. Xy keresahan lalu Chad call Izra tapi tidak diangkat. 10 minit lagi nak berlepas, masih tak muncul lagi Izra. Xy dah merah mata dan yang lain semakin resah. Akhirnya 7 minit nak berlepas, baru lah Izra muncul di airport dan 3 yang lain menarik nafas lega. Tapi mereka hairan mengapa Izra datang tanpa membawa beg?

Izra menceritakan segala-galanya. Izra sebenarnya tiada urusan pun dan sengaja datang lambat. Rupanya tiket yang Izra jumpa di rumah Xy adalah tiket Izra. Izra telah menggantikan tiket tersebut kerana tidak mahu melihat Xy terus bersedih. Setelah mendengar penjelasan Izra, yang lain terus terkejut. Xy telah menitiskan air mata lalu menggenggam tangan Izra. Katannya dia sanggup batalkan percutian sambil disokong oleh Chad dan Hassan. Izra melepaskan genggaman tangan Xy lalu berundur ke belakang sikit. Izra berkata tak usah hiraukan dia dan memaksa mereka teruskan percutian mereka yang menjadi idaman Xy dan Chad. Xy terus menangis dan kedengaran pengumuman terakhir flight yang mereka akan naiki hendak berlepas. Untuk mengelak cerita sedih berpanjangan, Izra beredar sambil melambaikan tangan dan berkata “berseronoklah dengan percutian korang, aku seronok tengok korang seronok, bye”. Akhirnya Chad, Hassan dan Xy teruskan percutian mereka di Hong Kong Disneyland dengan perasaan ………………

Bagaimanakah keadaan Izra sewaktu sahabat mereka pergi bercuti? Hm, menurut cerita ni, Izra sibuk menguruskan blog dia tapi tak tertulis lak apa nama blog Izra tu.

Siapakah pilihan Xy sewaktu mereka di Hong Kong? Hm, dalam cerita ni ada tulis tapi part bahagian pilihan Xy tu dah jadi kabur menyebabkan pilihan Xy menjadi misteri.

Begitu lah kisah cerita dongeng. Tamat la sudah dan pihak muzium kesenian berminat dengan cerita ni tapi cerita ni sempat di scan sebelum hantar ke muzium.

p/s: cerita ni dongeng 100% dan 100% tidak terjadi di dunia yang nyata ini.

p/s: aku buat cerita ni coz ini salah satu cara aku nak elak stress+runsing ketika nak hadapi test.

p/s: Nur Aisyah Salim!!!!! Aku tau ko mesti buat gossip punye lepas baca citer ni. Jaga2, aku banyak ‘orang dalam’ kat TF. Hahaaaa……

p/s: Nama2 yang terlibat dalam citer ni, korang jangan marah k. Aku takde niat bukan2 pon dan aku bangga kawan ngan korang….

2 comments:

  1. haram laa....
    bajet hero...

    ReplyDelete
  2. blog aku
    aku punye pasal la,,,,

    ape barang bai komen xde link,,,

    ReplyDelete