Kenangan yang best sepanjang aku jadi blogger, hampir keseluruhan rakan2 sekuliah aku mengetahui dan pernah menjeguk blog inspirasiizra. Reaksi diorang kadangkala buatkan aku tergelak sorang2 bila aku mengingatinya. Ada member aku yang kononnya hatinya ‘kering’, turut singgah di blog aku dan bila jumpa aku panggil aku ‘bloger’ kadangkala panggil ‘inspirasi’. Bila kat kuliah bila aku senyap je waktu lepak ngan member, nanti ada sesetengah bahan kat aku: “ni izra senyap je ade la tu nak masuk dalam blog”. Disebabkan aku ada blog, semua pelajar pompuan kat kuliah mengenali aku, kalau tak memang boleh kira berapa orang je yang kenal aku.
First entry aku terbitkan pada 16 April 2009. Berikut adalah beberapa entry yang aku suka baca balik sebab best. Korang2 yang baru mengenali blog inspirasiizra, baca lah antara entry yang aku senaraikan ni:
1) Stuff Cool Stuff - Hahaaaa, aku gimik jela, memang betul la aku cakap sal *****lala. *****lala tu sebenarnya chokilala si gadis comel (katanye). Jangan marah ye chokilala, saya orang baru. Lagi satu kelakar yang chokilala sasulkan, chokilala ingat aku sampai mati yang aku ni perempuan. Wakakaka, aku lelaki la, lelaki hensem yang balajar di uthm. Sekali lagi diingatkan, aku LELAKI. Aku ada benda nak tunjuk.KLIK
2) Mari Memasak - Kalini edisi khas punya topic. Aku nak menunjukkan kehebatan aku memasak !!! Hanya di blog inspirasiizra saja korang boleh saksikan tuan punya blogger memasak. Lepas ni bolehla jadi calon boyfriend korang, kan kan kan.
Aku masak apa??? Jom saksikan gambar aku memasak.KLIK
3) Diriku Begitu Berharga - Konsep entry kali ini sebenarnya dicilok dengan kebenaran dari member aku, Faiz dan diolah semula oleh aku dengan lebih berpengaruh lagi. Aku yakin, semua orang ada harga diri masing2 kan. Harga diri dapat di ibaratkan seperti maruah yang kita jaga. Jika harga diri tiada, maka dayus la orang itu. Bagaimana pula jika harga diri jatuh nilainya?
Hmm,terus terang la aku cakap, sebenarnya aku tak tahu nak terangkan secara fakta pasal harga diri ni. Aku saja je tulis2 apa yang aku andaikan. Tapi betul la kot apa yang aku terangkan sikit pasal harga diri kan kan kan.
Kita teruskan lagi, jom aku tunjukkan gambar harga diri yang sebenarnya.KLIK
4) Mari Belajar Bahasa Mandarin - Di uthm, dalam bidang diploma mekanikal, diwajibkan ambil satu subjek bahasa asing dan kreditnya adalah dua. So, masa tu aku bercadang nak ambil bahasa jepun kerana tujuan utama aku hanyalah mahu menonton cerita naruto tanpa melihat subtitle nya, hahaaa. Tapi malangnya, rupa aku tidak seperti orang jepun, sungguh kasihan. Maka aku membawa diri ke subjek bahasa mandarin. Dan kebetulan pula, orang ramai termasuk gadis2 cantik pernah cakap pada aku “awak orang cina ye”. Hahaa, rupanya aku ni ada iras2 orang cina yang kacak2 dan hensem2 ek. Tapi bagus juga belajar bahasa cina ni, amoi2 cina kebanyakkan cantik juga, heheee.KLIK
5) Apa Ada di Universiti - Entry kalini, maybe sesuai bagi korang yang masih menunggu keputusan upu untuk sambung belajar di ipt. Tapi, bagi pelajar politeknik atau matrik atau seangkatan dengannya, baik korang tak yah baca la, nanti korang sakit hati, jeles dan mula lah nak bla…bla…bla… Hahaaa
Ingat lagi tak, masa belajar di sekolah dulu, mesti pernah bercita-cita atau berazam nak masuk university kan. Syukur, aku dapat juga sambung belajar di university. So, aku nak kongsi la sedikit apa yang adanya di university di samping nak promote sikit tempat aku belajar, uthm. Hm, apa yang menarik di university ni? Sebenarnya tiada yang menarik pun, hanya sebuah bangunan yang besar jek, wawawa… Gurau je, jom baca lagi.KLIK
6) Angan Tak Sudah - Sekarang jam kat laptop aku pukul 3.30 pagi sambil dengar lagu Kotak_Masih Cinta.mp3. Pelik betul nama band ni, tapi lagu ni memang syok layan membuatkan aku tak nak tidor. Lagu ni buatkan aku teringat pasal cinta. Sementara aku sedang kumpulkan rujukan entry baru, aku nak mengarut + poyo la dulu kat entry ni. Entry ni tak banyak pun aku cari rujukan, just tak nak nampak cam bosan je blog aku ni. Aku nak kenalkan seseorang yang maybe girlfriend aku kot.KLIK
7) Aku Berubah Kerana Pengaruh Filem - Adeh, leceh betul kalau takde internet. Nak guna internet kena pergi kampus utama, pastu kena cari plug pulak tu. Macam tu la cara aku nak upload entry baru, pergi café sorang2 kat kampus utama, itu kalau orang tak penuh, kalau penuh, aku lepak bilik kawan aku yang duduk asrama kat situ. Kadang-kadang rasa segan asek2 datang bilik member. Tapi takpe lah, itu masalah aku, kalau nak sesuatu kena usaha sendiri.
Berbalik pada tajuk, bunyi agak pelik sikit. Apa yang aku berubah? Kenapa filem? Filem apa? Klik read more untuk seterusnya.KLIK
8) Gelak Itu Menyeronokkan - Tapi ni bukan gelak yang biasa didengari waktu tengok cerita senario, atau gelak waktu kenakan member, atau gelak waktu teringat zaman percintaannya, atau gelak waktu mengigau, atau gelak sorang2 waktu baca blog aku, atau apa-apa saja yang boleh menyebabkan mulut rasa nak ternganga atau gelak. Aku tertarik dengan ayat yang menggambarkan orang itu sedang gelak. Biasanya ayat ni muncul waktu berchit-chat, mesej di phone, menaip di blog atau medium yang memerlukan penulisan sahaja.
Bila ayat gelak ni ditulis memang nampak cam gelak normal je. Tapi cuba kita amalkan di dunia nyata ni, nampak cam pelik je gelak tu. Antara ayat gelak ialah:KLIK
9) Layakkah Aku..?
senyuman mu yang menawan,
indahnya wajahmu,
lembutnya sifat mu,
berkali ku tunggu,
berkali ku melihatmu,
di tempat yang engkau singgahi selalu.
10) Ketika Cinta Berkawan - Berbalik pada tajuk, aku blur lak nak letak tajuk per. Fikiran dalam waktu terdesak, tu jek tajuk aku dapat reka. Dalam ramai2 kawan korang tu, mesti ada satu yang special buat korang kan. Yang sorang tu buatkan kita rasa selesa berhubung dengannya (bukan buat hubungan negative ye). 4 semesta menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, tetiba semesta ni rakan yang tidak aku harapkan sesuatu keistimewaan, muncul dalam hatiku. Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar. Mungkinkah perasaan jatuh cinta hadir tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin?
Jom tetiliti camna aku buat kalau aku tertarik ngan sorang rakan yang aku rasakan special dalam ramai2 kawan aku.KLIK
11) Relaxs kan Diri, No Need to Tension - Alang2 minggu ni ada test 2, aku buat entry ni supaya member2 aku termasuk aku skali takde la tension sangat study. Kalau tension sangat kat study tu, nanti takleh jawab lak waktu test. So time nak lepas tension tu, korang nengok la gambar photobomb yang aku jumpa dalam simpanan. Bagi otak korang relax sekejap, jom usha.KLIK
12) Cerita Dongeng: Antara Izra, Hassan dan Chad. - Maka tersebut lah kisah dongeng yang akan dirungkaikan. Kisah ini baru diketahui oleh pelajar lelaki DDT kerana cerita dongeng ini baru dijumpai di stor yang terdapat di asrama Kelisa. Mengikut keadaan cerita itu, mungkin baru berusia 100 tahun!!!! Cerita ini disedari oleh seorang pelajar yang ketika itu mahu ‘mengintai’ member mandi, tetiba dia ternampak satu cahaya indah around that corner. Setakat ini hanya pelajar lelaki sahaja yang mengetahui jalan cerita ini dan reaksinya antara percaya atau tidak. Cerita dongeng ini bakal menjadi cerita tergempar kerana cerita ini akan disebar melalui blog inspirasiizra untuk pelajar perempuan DDT mengetahui isi kandungan cerita dongeng ini. Now, story will story about that.KLIK
13) Cerita Dongeng 2: Kejutan..... - Sungguh menakjubkan reaksi pelajar2 DDT akibat kemunculan cerita dongeng yang baru dirungkaikan. Sampaikan ada member yang hatinya ‘kering’ turut sebak apabila membaca cerita dongeng tersebut. Mungkin orang dulu2 yang mencatit cerita dongeng tersebut bijak mengatur jalan cerita supaya orang yang hati ‘keras’ menjadi lembut. Belum reda keriuhan cerita tersebut kini satu lagi kejutan yang bakal di persembahkan. Ya, ada lagi cerita dongeng yang baru ditemui. Kali ni ditemui sorang member ni yang ketika itu sedang menggeledah locker orang untuk cari maggi sebungkus. Tapi bukan jumpa di dalam locker, di belakang locker yang tersembunyi ruangan khas. Mungkin orang dulu2 sorokkan cerita tu di situ kerana tempatnya yang strategic. Tanpa pendahuluan yang panjang, jom terokai cerita dongeng tersebut.KLIK
Aku harapkan sepanjang entry yang aku terbitkan tidak menyebabkan berlaku salah faham dan aku minta ampun jika ada entry yang buatkan korang2 yang membacanya rasa kurang selesa. Semoga aku dapat teruskan berbloging dan mantapkan lagi isi2 entry.
Tahniah Inspirasiizra!!!!!!!
0 bengang:
Post a Comment