31.12.09

Imbasan Blog 2009



Masa meneruskan perjalanan dan hari ini berakhirlah perjalanan masa di tahun 2009. Orang kata kalau masuk tahun baru kena ada azam barulah hidup boleh maju. Jadi perlu kah seseorang perlu ada azam?

2010 tiba, bermulalah pelajaran semesta baru yang perlu aku teruskan agar dapat aku akhiri dengan penerimaan gulungan diploma jika aku berjaya harungi. Jadi harini last tahun 2009, nak juga aku teringat pasal liku-liku perjalanan blog inspirasiizra.

=) pada 16/04/2009….

=) bermula dengan zero ilmu dalam pembikinan blog. Aku belajar sendiri dalam manage blog, walaupun orang kata blogspot tu senang.

=) bila aku dah puas buat sendiri gubahan blog, aku mula menjejaki blog-blog terkenal di kalangan korang untuk meminta pendapat dalam hal-hal blog. Waktu tu aku sering bertanya pada chokilala dan lain-lain.

=) semakin lama blog inspirasiizra diterima dengan baik oleh korang2 yang sudi berkunjung ke blog inspirasiizra. Thanks.

=) selain tu, disebabkan blog aku beli barang yang korang jual. Antaranya t-shirt blogger dari Saffa, dvd windows7 dari killvearn dan kamera fisheye 2 dari lomoshop.

=) disebabkan blog juga, kelas aku sudah mengetahui kemunculan blog inspirasiizra tapi aku tak tahu la diorang baca ke tak. Selain tu, aku dapat juga kenalan dari UTHM yang ada blog juga.

Rasa tu je kot yang menarik aku ingat dalam tahun 2009. Jadi dalam tahun 2010 ni aku nak tingkatkan lagi kemantapan blog inspirasiizra dan berharap blog aku tak berakhir dengan kegagalan. Adakah itu satu azam…?

20.11.09

Dunia Baru 2 Musim 1 – The End



Syukur, akhirnya aku and the gang selesai la sudah pengajian diploma tahun 2 sem 1. Kini aku sudah mula cuti semesta. Untuk pengetahuan korang2 yang tersudi baca blog aku, aku tak akan usik blog inspirasiizra sehingga penghujung bulan 12 ni sebab kat rumah aku tiada internet (sungguh membosankan). So, kalau sesapa yang rindu aku (terutama girlz2), baca lah blog aku, nanti hilang la kerinduan korang kat aku. Hahaaaa….

Setiap kali mula semesta baru, aku akan terasa seperti terdapat tema yang ditetapkan. Macam pengajian tahun satu diploma, aku rasakan seperti tema “mencari kesesuaian” digunakan. Tahun 2 pula(sekarang), temanya “kawan”. Aku rasa memang sesuai tema “kawan” pada tahun 2 ni sebab segala aktiviti atau pengalaman yang aku lalui di tahun 2 ni semuanya melibatkan kawan.

Aku rasa punca bermulanya tema “kawan” apabila pelajar (termasuk aku) dipindahkan ke asrama baru di Taman Kelisa. Asrama di Taman Kelisa bukan la sama seperti asrama yang ada kerana asrama Taman Kelisa adalah rumah kedai 2 tingkat yang diubah sikit. Bila rumah kedai dijadikan asrama, memang susah sikit nak dapat ruang privasi ataupun nak sorok makanan. Setiap tingkat ada 12 orang dan 6 bilik dibahagikan dan bila sorang bukak lagu kat laptop, semua akan dengar dan bila sorang guna lampu sehingga lewat malam, yang lain akan susah nak tidor.

Walaupun dulu semua merungut sebab kena pindah tetapi ada hikmah semuanya. Sepanjang aku tinggal di asrama baru ni, aku lebih mengenali rakan-rakan (sama kelas). Ada kawan yang baik, kurang baik, terlalu baik, suka bergurau, sensitive, berkira, pendiam, selamba, suka merungut, dan macam2 la. Persahabatan di tahun 2 ni memang lain dan tak sama dengan kawan2 aku dekat area2 rumah aku. Semua kawan2 aku yang sama kelas, aku dah memang anggap adik beradik. Segala susah senang semuanya sama-sama merasa.