20.11.09

Dunia Baru 2 Musim 1 – The End



Syukur, akhirnya aku and the gang selesai la sudah pengajian diploma tahun 2 sem 1. Kini aku sudah mula cuti semesta. Untuk pengetahuan korang2 yang tersudi baca blog aku, aku tak akan usik blog inspirasiizra sehingga penghujung bulan 12 ni sebab kat rumah aku tiada internet (sungguh membosankan). So, kalau sesapa yang rindu aku (terutama girlz2), baca lah blog aku, nanti hilang la kerinduan korang kat aku. Hahaaaa….

Setiap kali mula semesta baru, aku akan terasa seperti terdapat tema yang ditetapkan. Macam pengajian tahun satu diploma, aku rasakan seperti tema “mencari kesesuaian” digunakan. Tahun 2 pula(sekarang), temanya “kawan”. Aku rasa memang sesuai tema “kawan” pada tahun 2 ni sebab segala aktiviti atau pengalaman yang aku lalui di tahun 2 ni semuanya melibatkan kawan.

Aku rasa punca bermulanya tema “kawan” apabila pelajar (termasuk aku) dipindahkan ke asrama baru di Taman Kelisa. Asrama di Taman Kelisa bukan la sama seperti asrama yang ada kerana asrama Taman Kelisa adalah rumah kedai 2 tingkat yang diubah sikit. Bila rumah kedai dijadikan asrama, memang susah sikit nak dapat ruang privasi ataupun nak sorok makanan. Setiap tingkat ada 12 orang dan 6 bilik dibahagikan dan bila sorang bukak lagu kat laptop, semua akan dengar dan bila sorang guna lampu sehingga lewat malam, yang lain akan susah nak tidor.

Walaupun dulu semua merungut sebab kena pindah tetapi ada hikmah semuanya. Sepanjang aku tinggal di asrama baru ni, aku lebih mengenali rakan-rakan (sama kelas). Ada kawan yang baik, kurang baik, terlalu baik, suka bergurau, sensitive, berkira, pendiam, selamba, suka merungut, dan macam2 la. Persahabatan di tahun 2 ni memang lain dan tak sama dengan kawan2 aku dekat area2 rumah aku. Semua kawan2 aku yang sama kelas, aku dah memang anggap adik beradik. Segala susah senang semuanya sama-sama merasa.




Asrama Taman Kelisa


“Kawan”

-Sepanjang tahun 2 ni, aku banyak luangkan masa dengan kawan dan member2 aku sudi mengajak aku jika ada aktiviti nak buat. Thankz kawanku, korang memang baik (terharu aku).

-Di tahun 2 juga banyak kali la juga aku dapat lepak ngan pompuan kelas aku. Semuanya gara-gara kawan aku juga, bila nak buat menda best je ajak pompuan sekali. Kalau aku nak ajak pompuan lepak ngan aku, hmm jangan harap la, takde sapa nak pon (aku tak kecil hati). Thankz kawanku, korang memang baik (terharu aku).

-Disebabkan kawan, aku terasa seronok sekali di tahun 2 ni. Macam2 perkara aku buat ngan kawan. Dan macam2 juga aku kena bahan ngan member aku (aku tak kecil hati). Thankz kawanku, korang memang baik (terharu aku).

-Aku dah reti main game Dota walaupun tak sepenuhnya aku hebat. Bila ada masa, tengah malam main Dota ramai-ramai sampai ke pagi. Kawan aku juga yang ajar main Dota. Thankz kawanku, korang memang baik (terharu aku).

-Aku dapat promote blog aku. Member di kelas aku pun hampir semua dah perasan kehadiran blog inspirasiizra. Asal ada menda best je, nanti ada la salah sorang cakap kat aku “izra, masuk dalam blog tau”. Kelakar tul, tapi yang paling best Akmal ada cakap “sekarang ni blog inspirasi ngan faizlaster tengah bersaing”. Thankz kawanku, korang memang baik (terharu aku).




Kawan Baru (perempuan)

Sepanjang tahun 2, aku dapat la sikit2 kawan pompuan. Padahal orang tu dah ada lama, cuma aku je baru berkenalan. Dalam 2-3 orang la, itu pun tak sengaja dan senyap2, aku ni kan pemalu orang nya, lalalala…. Tapi yang best, aku dapat mengenali lebih dengan seorang gadis cina di kelas aku. Ada 2 gadis cina kat kelas aku tapi yang sorang tu kononnya gadis idaman lelaki. Gadis tu la yang aku kenal seperti orang cakap mengenali hati budi, perasan seh aku.

Dah 3 sem belajar, tahun 2 baru mengenali. Berpunca dari facebook yang aku baru daftar tiba-tiba gadis cina ni add aku dan menjadi friend aku yang ketiga. Katanya nak kenal aku lebih sebab selama ni tak seberapa kenal aku lagi. Ditambah pula ngan Gtalk, aku dan si dia lebih mengenali hati budi masing-masing(jangan marah Amir). Kini gadis cina tu dah reti sebut nama aku dan tak pelat sebut nama aku dan juga sudi kawan ngan aku.

Tapi aku tak pasti seberapa lama aku leh mesra ngan gadis cina + gadis2 lain yang baru aku kenal sebab walaupun aku ni cool, tapi aku suka merendah diri dan pemalu. Lagipon diorang lebih bijak dari aku dan aku takut dengan kehadiran aku dalam hidup mereka akan mengubah+rosak haluan mereka. Jika member aku perasan bila member aku borak ngan pompuan dan aku ada masa tu, aku akan duduk jauh sikit atau buat2 ada hal. Bagi aku, just tahu nama aku sudah memadai. Cool tak aku…?

Disini sajalah aku akhiri entry aku edisi update di asrama. Sekali lagi terima kasih aku ucapkan pada rakan2 ku, semoga salah dan silap sepanjang tahun 2 ni kita sama2 maafkan dan lupakan yang buruk itu. Selamat bercuti dan yang pompuan tu, cuti2 ni sudi2 la mesej ngan aku,lalala…. Semoga jumpa lagi di tahun hadapan. Diingatkan, aku tak akan usik blog inspirasiizra sehingga penghujung bulan 12 ni sebab kat rumah aku tiada internet. Kalau rindu, calling2 aku. Insyaallah, tahun depan jika jadi seperti yang yang aku rancang, akan ada kelainan sikit di blog inspirasiizra, nantikan kemunculannya. Salam….


5 comments:

  1. slmt bercuti...
    jgn rindu ak weh...dota jgn lpe....pastikan kat umah men spuas2nya...

    masuk sem baru, xyah men dah...hahahahah..

    ReplyDelete
  2. cis lama lg la ang nak update...confirm tak rindu punya :P

    ReplyDelete
  3. hahaha..
    izra dtg uma aku..
    nt bleh post blog...
    free jew..
    kte kn kwn...
    thanx r...

    ReplyDelete
  4. weh budak uthm ker...
    hoho..
    urmm..lepas ni kena cari rumah sewa pulak tahun 3 huhu

    ReplyDelete
  5. bstnye..tringin nkbljr kat uthm...mcm bst je environmet..

    fatinmmj

    ReplyDelete