7.1.10

What the Hell Is Lomo – Part 1



What the Hell Is Lomography? In the early 1990s a couple of students discovered a small, enigmatic Russian camera, the Lomo Kompakt Automat, and created a new style of artistic experimental photography with their first unorthodox snapshot cavorting. The approach: taking as many photographs (Lomographs) as possible in the most impossible of situations possible and from the most unusual positions possible, and then having them developed as cheaply as possible. The result is a flood authentic, colourful, crazy, off-the-wall, unfamiliar and the often brilliant snapshots. These are mounted on panels to form a sea of thounsands of Lomographs which regularly astonish viewers with their sheer colourfulness, diversity and power of expression.

Yeah, akhirnya dapat juga post entry ni. Disebabkan nak beli kamera SLR ibarat menunggu layang-layang terbang ke marikh, jadi aku tukar minat ke lomography. Mungkin lomographer akan menjadi minat aku yang serius +++. Apa itu Lomography? Korang cari la sendiri kat wiki ke atau pakcik google.

Pada bulan 11 lepas, aku telah order kamera lomo fish eye 2. Semuanya gara-gara Saffa yang menunjuk kamera tu di blognya. Disebabkan cinta pandang-pandang, aku telah ghairah+teruja dengan kamera fish eye 2 yang Saffa tunjuk. Lalu aku terus nak memiliki fish eye 2 tanpa memandang lagi Holga, LC A+ mahupun Diana F+.

Kini aku dah memilikinya dan aku akan ‘membelanya’ dengan super baiknya. Daripada aku tak tahu pasal lomo atau tak pernah dengar ayat Lomography, kini aku jadi teruja dengan Lomography dan kalau boleh nak semua kamera lomo. Aku dah belajar pasal lomography dan dalam usaha untuk meningkatkan lagi skill lomography.



Kenapa aku pilih fish eye 2? Sebab kamera fish eye 2 kebanyakkan functionnya seperti multiple exposure, mode B (long) juga effect gambar sama dengan lomo Holga, LC A+ dan Diana F+. Cuma lomo Holga, LC A+ dan Diana F+ gambarnya petak sama seperti digital kamera dan Fish eye 2 pula bulat-bulat. Sejak aku memiliki fish eye 2, aku rasakan kamera lomo lagi syok dari digital. Walaupun lomo menggunakan filem, tapi kualiti+efek kamera Lomo lebih hampir sama dengan digital kamera. Antara yang perkara syok tentang kamera Lomo:

=) tak perlu nak tumpukan setting2 menda mengarut kat kamera sampai pening kerana kamera lomo semuanya automatic setting.

=) juga tak perlu risau dengan setting pencahayaan. Hanya perlu kreatif saja ataupun suka hati snap gambar. Seperti Golden Rule #10: Don’t worry about any rules.

=) kamera lomo senang digunakan dan tiada pengkhususan cara penggunaannya seperti digital kamera. Hanya click-click-click.

=) gambar yang dihasilkan lebih kepada gambar warna-warna harmoni+cantik+berstyle.

=) design kamera lomo pelik+menarik tapi sedap mata memandang dan memilikinya.

=) sesetengah kamera lomo mempunyai accessory yang boleh ditambah. Bila tambah sikit accessory, kamera lomo tu akan jadi lebih cool+gambar pun lebih menarik. (aku dah tambah ringflash)

=) harga kamera lomo tak sampai beribu-ribu pun (ataupun minima tak sampai RM600), dan sesiapa pun mampu memiliki kamera lomo serta korang akan puas bila memilikinya.

Sebagai permulaan ke arah lomographer, berikut adalah beberapa gambar basic dahulu yang aku try and error. Waktu aku snap guna kamera fish eye ni, orang sekeliling ushar semacam jek, kadang-kadang membuatkan aku ketakutan pun ada tapi normal la tu kalau nak menunjuk mesti la kena berani mengambil risiko (sebenarnya diorang tak pernah nampak pun kamera macam tu). Lokasinya di Pasir Mas, Kelantan (kampong aku) dan area2 kawasan lain.

# aku guna negative filem 400 ASA.



 

 

 

 

 

# ni pula negative filem 400 ASA (expired day).



 

 

 

 

 

 

 

Tak banyak pun gambar basic aku nak tunjuk sebab tak semua gambar aku snap jadi ataupun keluar dalam filem. Ok la tu, sebagai permulaan kena belajar kesalahan dulu baru boleh jadi pro, ibarat pepatah “pengalaman membantu kita meningkatkan skill pembelajaran”.

Sebenarnya ada lagi gambar nak tunjuk, tapi yang lebih cool+stylish (lebih kurang gambar kat blog Saffa la jugak). Mana puas kalau guna kamera lomo sikit2 jek, seperti Golden Rule #3: Lomography is not an interference in your life, but part of it. Nantikan part-2 lak, ntah bila aku nak upload pun tak tahu la.

Last sekali, aku perlukan tunjuk ajar dari korang yang turut meminati Lomographer. Korang2 yang Lomographer tu, sudi2 la kongsi ilmu lomo ni ataupun nak ajak pergi event pasal lomography, lagi lah aku persilakan. Aku hargai ilmu yang korang perturunkan kat aku dan contact2 la kat emel: izra688[at]gmail[dot]com (gtalk pon boleh). Saffa pun kena juga kongsi ilmu kat izra juga, tak baik kedekut ilmu, hahaaaa…. Tu je, sekian….





“LOMO ON !!!”


Where is all this going? The Lomographic Society is busy beavering away with hundreds of thounsands , soon to be millions of Lomographers, on and on, on the perpetually ongoing LomographicSysiphus project: The Lomography World Achieve seeks to document the incredible planet around us in a never-ending stream of a visual diary by various invidiuals and from different cultures – the ongoing and still growing biggest snapshot portrait of the planet.

4 comments:

  1. memang gamba dyer akan kuar cm2 ker?
    cm bulat2 cm2?
    huhu..pelek + ajaib pon ader..

    ReplyDelete
  2. yup,,,
    memang gambar akan kuar
    bolat2 cam muka echa gak,,,
    heeee....

    ReplyDelete
  3. izra..baper ko bli nie..aku cm minat dol..huhu..cite r kt aku..

    ReplyDelete
  4. ko x yah minat la,,,
    biar aku jek yang minat,,
    hahaaa...

    ReplyDelete