24.4.10

Kena Belajar Jugak

Tengah malam yang indah, sewaktu melayan facebook ada kenalan pompuan di UTHM yang aku tak pernah tegor lagi just add saja telah menulis new status di wall profilenya:


“L*** **** is yelling at tummy : SHUT UP!!!!!!! (hungry mode)”


Aku pon tertarik dengan status tu so aku comment la status dia:


“Inspirasi Izra: try sing a song,,maybe it will shut up....hahaaa”


Lalu dia membalas komen aku:


“L*** ****: -Izra- hey gud idea~ (singing) SHUT UP WHEN IM TALKING 2U!! SHUT UP!!! (bobbing head) SHUT UP!! SHUTTTT UPPPPP~~!! [Linkin Park] :p”


Aku tergamam seketika coz aku dah tak reti nak komen balik dalam english. Lagipun dia ni cina, so dengan gaya tak malu aku balas balik komen dia ikut logic:


“Inspirasi Izra: hey,,,I have read some of your blog entry,,My Passion My Soul,,so nice so cool,,I like the way you write on the blog......If I have time I will read all the entry at your blog...”


Aku rasa dia faham kot apa aku tulis, dia balas lagi:


“L*** ****: thanks Izra ^_^ wish2 update my blog2 but got bogged down by all busyness~ do drop by some comments~ best wishes 2u in final exams ya :)”


Sekali lagi ikut logic, aku komen balik:


“Inspirasi Izra: hahaaaa,,, i will.... also best wishes ur final exam,, i know u can do it... coz u are smart girl.....”


Dia balas:


“L*** ****: -Izra- oh no...don ever judge by book cover, u'll never know me haha...my studies could be another story.. ned2 put more effort! @_@”


Nak ambil hati dia aku tulis la:


“Inspirasi Izra: no la,, i don judge u by ur book,, but judge u from ur hungry mode,,, hahaaaa”


Dia tertarik:


“L*** ****: -Izra- LOL~~ ^o^”


Aku dah takde idea nak masukkan ayat apa lagi so aku stop comment.
Dia ni sebenarnya ada blog siap ada iklan nuffnang lagi. Yang best sal blog dia, cara penceritaan yang dia tulis memang menarik. Disebabkan suka baca blog dia, aku jadi follower blog dia. Tambah lagi kenalan baru di Uthm dan kami berkawan.

(pesanan tuk member kuliah: aku dah cakap pengaruh aku kat Uthm luas, korang tak nak caya… hahaaa)

So aku bertekad nak improve penulisan dalam english. Senang sikit nak komunikasi ngan kenalan baru tu. Lagipun sem depan kena ambil muet, kalau speaking aku boleh lagi just essay jek aku dah bersara.

So entry kali ini aku just nak kongsi cara aku belajar terutama tuk geng2 yang sama cam aku, lemah sikit jek. Sebelum tu untuk member2 aku yang pandai2 rasanya tak yah la baca entry ni. Aku rasa segan lak.



Walaupun di kuliah aku kurang bercakap, nampak cam aku ni bengong2, kalau di bilik lak aku asyek ngadap laptop, seolah-olah nampak cam aku ni tak hiraukan sal pelajaran. Perghh aku memang sentiasa risau bila fikir sal pelajaran. Cuma ramai yang tak nampak cara aku belajar. Aku tunjuk aa sebahagian cara aku study, mungkin aku dapat tolong untuk geng2 seperti aku walaupun membantu sikit.

1) Play music – sebelum aku nak study atau buka buku, aku mesti buka lagu skali. Coz aku akan mengantuk kalau study senyap jek. Yang bagusnya bila buka lagu sambil belajar, aku dapat fokuskan untuk ‘asingkan’ antara perhatian pelajaran dengan lagu. Kalau aku tak focus nanti akan terikut untuk layan lagu. Tapi aku tak buka lagu yang mengarut2 ataupun hard rock dan volume mesti lah tak kuat sangat. Dan aku gunakan mp4 untuk pasang lagu coz kalau guna laptop mesti punya lah aku nak godah file2 dalam tu sampai terganggu nak belajar.

2) Buat nota sendiri then latihan – lepas baca nota lecture atau buku, aku suka buat nota balik. Just buat nota yang simple2 ikut stail sendiri janji faham. Lepas tu tampal kat dinding untuk formula2 penting, biar setiap hari dapat ngadap formula tu. Latihan lak kalau paling asas pon buat balik example kat note lecture beri. Aku buat balik example tu tapi tutup solution, bila dah buat sendiri baru buka sikit2 solution. Kalau ada latihan lain lagi bagus tapi aku suka latihan yang ada solution sekali.


3) Lakar tagged untuk sasaran – ni bukan sasaran menembak tapi untuk lakaran bersaing. Tagged member ni bukan cam aplikasi tagged tu cuma aku tak tahu nak sebut apa. Tagged ni kita pilih member yang rasa2 kita boleh ‘kalahkan’ dia dalam pelajaran. Cuma tagged ni kena buat secara RAHSIA dan jangan menunjuk jika kita dapat ‘kalahkan’ dia. Kalau tak faham gambaran tagged tu apa, ni contoh lakaran tagged yang aku buat tuk sem ni. Setiap sem lakaran aku buat sentiasa berubah.


::Dalam Kawalan aku tagged Shahrul coz aku rasakan level aku ngan dia sama. Walaupun setiap kali aku masuk bilik dia, dia khusyuk study tapi result dia ngan aku lebih kurang sama je malah markah aku kadangkala tinggi dari dia. Jika Shahrul menunjukkan peningkatan, maknanya aku kena alert dan pastikan markah dia takleh lebih dari aku.

::Boleh Lepas lak maknanya diorang kurang mengganggu result aku. Jika result diorang tinggi dari aku maknanya aku cuai dan perlu bertindak. Walaupun begitu, aku takde lah kedekut ilmu dengan diorang dan ilmu perlu dikongsi.

::Mesti Berjaga-jaga ni maknanya aku tak pasti status diorang. Macam tagged aku buat sem lepas, walaupun result test 1 ngan 2 aku tinggi tapi bila final dah berubah. Orang yang aku tagged tu pulak yang dapat ‘kalah’kan aku. Sebab tu aku buat kena berjaga-jaga ngan diorang. Cam contoh Fahmi dah banyak berubah sem ni, keputusan dia dah banyak menggugat keputusan aku.

::Diorang Cool tu aku buat sebagai ‘idola’ coz memang aku tak boleh nak ‘kalah’kan diorang even nak hampir markah ngan Izat pon tak boleh. Aku memang aku respek kat diorang. Aku berangan kalaulah aku boleh study bersama ngan salah sorang dari diorang dan jika salah sorang ajak aku study bersama, aku rasa aku lah orang yang paling bertuah dan mungkin aku akan menangis, hahaa..

Sebab apa aku buat lakaran tagged? Aku buat semua ni selain nak kawal result, tagged member ni jugak buatkan aku bersemangat nak bersaing. Bila ada mood semangat, serius aku cakap memang rasa seronok study!!!!.

Maca aku tulis tadi, lakaran ni perlu disorok dan RAHSIA. Terpulang nak buat lakaran tu macam mana, tak perlu tagged semua member just member yang mampu bersaing dan pastikan member tak perasan. Bila dapat ‘kalah’kan seperti dalam lakaran, jangan terlalu tunjukkan kebanggaan just buat macam biasa je..

(nama2 yang aku tunjukkan harap jangan ambil hati apa yang aku tulis. Aku tiada niat yang ‘negative’ pon pada korang just ini cara aku belajar)

4) Kata-kata Semangat – aku buat untuk tambahkan lagi mood nak study. Aku tak buat kata2 semangat macam kat sekolah; “masa itu emas”, “berusaha tangga kejayaan”. Kata2 semangat aku buat ialah kata2 menegur aku ataupun perli aku. Ni antara contoh kata2 semangat aku buat:


5) Doa dan Jaga Perangai – lepas dah habis study berdoalah pada Tuhan agar ilmu yang dipelajari itu diberkati.

Aku rasa itu je yang aku mampu kongsikan. Yang lain tu bergantung pada kebolehan sendiri. Aku sebenarnya tak mahir nak bahagikan masa study, just study bila ada masa dan tidur bila mengantuk. Study tak perlu nak complicated sangat just kreatif cara nak study. Sesiapa yang nak try cara aku belajar, aku ucapkan terima kasih.

p/s: bila aku tengok adek, hatim, faiz duk study sama2, aku rasa kesian lak. Takde pon member2 pandai join diorang study. Aku nak tolong pon aku lebih kurang sama cam diorang. Memang aku dapat merasai la sesuatu ‘perasaan’ bila study sesama diorang..

p/s: nantikan first entry aku buat dalam English….

p/s: di gtalk aku dah start tulis dalam BI, agak janggal rasanya..

p/s: thanks atas sokongan anda..

2 comments:

  1. yeeeee,,tepat sekali...
    mata ikan 2 ....
    saya sayang ikan ...

    ReplyDelete