14.5.10

Cinta Antara Kau, Aku dan Dia: Adamaya


Inilah first entry aku update di masa cuti dengan keadaan sekeliling aku yang berlainan. Mulanya aku nak wat entry pasal hari ibu, tapi bila aku nak taip jek pasal ibu, aku dah menangis. Aku memang sensitive pasal ibu dan ayah sebab aku sayang mereka. Dan memang banganglah jika seorang anak itu melupakan kasih ibu dan bapa, walaupun sesetengah ibu bapa berkelakuan tidak elok, sekurang-kurangnya punyailah sedikit perasaan kasih sayang pada mereka.

Berbalik pada tajuk, juga inilah first entry aku review pasal cerita. Selepas slot akasia Na O Mei, kini muncul drama baru, Adamaya di TV3. Pergh, inilah drama yang paling best aku layan. Lakonan si para pelakon semuanya nampak real dan natural. Walaupun si Sarah macam pelat sikit, namun jika dah professional dalam lakonan, semuanya nampak sempurna. Aku nak ulas lebih2 pon tak tahu nak ulas coz cter ni termasuk pelakonnya sekali memang terbaik ++++++.

So tak kan ni jek isi entry ni? Mesti lah tidak, aku suka tokok tambah entry yang aku reka.
Disebabkan inspirasi aku masih pada rakan2 sekuliah (DDT), aku nak kaitkan diorang pada cerita Adamaya. Asrama lelaki tempat aku ada tv, kalau sebelum ni bila petang je kebanyakkan penghuni pergi beriadah dan nengok tv waktu malam itupun tengok berita. Tapi sejak cerita Na O Mei ditayangkan, kebanyakan penghuni dah kurang keluar beriadah bila petang. Kami nengok drama akasia beramai-ramai dan memang meriah coz bila nampak pelik je citer tu mesti gelak punya termasuk iklan sekali. Tapi cerita Na O Mei kurang sikit impaknya tapi still tengok cerita tu.

Sejak kemunculan drama Adamaya, semuanya berubah. Pelajar lelaki seolah-olah terdapat kelainan pada diri. Setiap petang pasti tidak miss untuk menonton drama Adamaya dan bila menonton drama tu pasti akan ada yang jadi mangsa bahan. Aku nak cerita pon tak reti nak mula macam mana coz memang membawa kelainan drama ni. Untuk pengetahuan, pelajar perempuan tidak mengikuti drama Adamaya kerana asrama diorang tiada tv dan amat rugi sekali diorang. Untuk ringkasan, aku ceritakan antara effect akibat pelajar lelaki menonton drama Adamaya:

-: setiap hari pasti akan berkumandang lagu Dakmie_Yang Terindah(OST Adamaya) dan lagu itu pasti akan dimainkan berulang kali tanpa rasa bosan. Termasuk aku sekali.

-: setiap isnin hingga khamis, ramai yang mempunyai disiplin yang tinggi. Walaupun tidor petang tapi bila pukul 6.30 petang, secara automatic nya akan terbangun sendiri dan terus mengadap tv3. Tapi bila jumaat hingga ahad, bila tidor boleh disambung ke hari seterusnya.

-: mood pelajar lelaki sepanjang drama Adamaya adalah Adamaya. Masing2 berangan perasan watak dalam drama tersebut, termasuk aku juga.

Mengenai watak dalam drama Adamaya, semuanya menjadi sampaikan rasa seperti wujud watak tu dalam dunia reality. Memang cool la si pelakon drama Adamaya termasuk pelakon tambahan juga. So sepanjang drama Adamaya aku ada perhatikan juga member2 aku yang sesuai pegang watak dalam drama tersebut.



::Adam
Dalam cerita: seorang lelaki yang cool+penyabar. Sangat mengambil berat hal rumah tangganya dan bijak menyelesaikan masalah keluarganya. Juga memiliki paras rupa yang hensem.

-Member aku yang sesuai pegang watak ni:
1) Amir- aku rasa dia lah member yang paling baik sekali. Ramai juga la perempuan yang syok kat Amir. Dia juga ambil berat pasal kawan2 dan juga menghiburkan. Kalau Amir ni di touch up sikit lagi, memang hensem.

2) Izzat- warna kulit Izzat sama macam adam, putih. Dia ni pon baik juga tapi kadang2 garang juga. Hampir sama la macam Adam, kekadang garang. Dia ni memang ramai sangat kenalan perempuan hinggakan pernah menawarkan aku salah satu rakannya yang single. Izzat juga seorang photographer sama macam Adam.

::Maya
Dalam cerita: wanita yang dijodohkan pasangan oleh keluarga. Juga seorang yang confius kerana tak dapat nak bezakan cinta yang sejati. Sangat degil tapi lawa orangnya.

-Member aku yang sesuai pegang watak ni:
Melissa- dia ni seorang yang aktif, mensyuarat sana sini, macam Maya yang aktif cari client. Tapi dia tak degil dan berfikiran terbuka serta lawa orangnya. Cuma dia ni tak jumpa lagi cinta sebab sibuk sangat dengan aktiviti.

::Sharom
Dalam cerita: kawan baik Adam dan sentiasa membantu Adam. Seorang yang tegas dan berani. Berfikiran terbuka dan suka minta Adam belanja.

-Member aku yang sesuai pegang watak ni:
Shahrul- Dia ni memang sama semuanya macam watak Sharom cuma Sharul ni kelakar orangnya tapi kalau marah memang Sharom la jadinya.

::Sarah
Dalam cerita: kawan baik Maya. Sentiasa menasihati dan membantu Maya. Suka makan dan belanja orang.

-Member aku yang sesuai pegang watak ni:
Ecah Selamat- dia ni memang baik bantu orang tak kira laki ke pompuan. Tapi dia ni kurang makan dan suka berjalan-jalan.

::Dani
Dalam cerita: seorang yang ego dan bengis tapi sangat setia. Cinta pertama Maya dan sanggup buat apa saja untuk Maya.

-Member aku yang sesuai pegang watak ni:
Faiz- dia bukanlah seorang yang bengis malah baik orangnya. Cuma dia ni banyak cakap dan suka komen orang tapi sangat ambil berat pada rakan2nya.

::Mika
Dalam cerita: kawan baik Dani tapi tidak sehaluan dengan pendapat Dani. Kelakar orangnya dan sangat serius dalam percintaan.

-Member aku yang sesuai pegang watak ni:
Chad- memang kelakar orangnya dan idea dia memang berguna juga. Sangat serius dalam uruskan tugasan yang diberi tapi sangat selamba bila uruskan assignment.

::Lisa
Dalam cerita: kawan Adam. Sangat mencintai Adam tapi memendamkannya perasaan itu.

-Member aku yang sesuai pegang watak ni:
Aini- walaupun agak sukar nampak dia ni beraksi dalam kuliah tapi bila dah start beraksi, rasa macam orang lain lak. Nampak macam dia ni ada suka seseorang la,, hahaaaa

::Jasmin
Dalam cerita: bekas isteri Dani. Seorang yang tabah dan berpendirian tinggi. Berani juga kasar orangnya.

-Member aku yang sesuai pegang watak ni:
1) Ecah Salim- dia ni kasar juga orangnya tapi baik. Cakap direct je tapi mudah ketawa. Kalah pada Yus.

2) Mas- garang orangnya tapi baik. Se geng ngan Ecah.

(nama member2 yang aku tulis tu harap jangan marah ye. Kalau aku, aku sesuai ngan watak Mika sebab aku klaka kan, hahaaa)



Nampaknya drama Adamya dah pon habis. Tapi aura drama ni masih lagi kuat. Aku pon masih lagi mood Adamaya, haaaa. Memang inilah drama yang terbaik aku pernah tengok dan aku tak tahu lagi nak puji apa drama ni. Diharap ada lagi drama yang sehebat Adamaya nanti. Sekian, salam…

p/s: aku ada berkenalan dengan ‘Amani’ dan hampir setiap hari la aku mesej ngan dia. Best kawan ngan ‘Amani’ dan comel+baik ‘Amani’ ni hampir sama dengan Amani.

11 comments:

  1. adamaya no 2 la, no 1 tetap nur kasih.... hahhahaaha

    ReplyDelete
  2. oh ya,,,
    boleh la nnur kasih ,,,
    tapi aku layan dah nak abeh episod,,
    awal2m episod geram sangat nengok adam,,,
    hahaaa

    ReplyDelete
  3. ko nk jdi mika???

    bangang tol director tu klo amek ko jdi mika....

    ReplyDelete
  4. ek keleh,,
    poyo giler,,,

    a ah,,
    sebangang ko jugak,,,
    bodoh,,
    nak komen tapi nama tak nak tunjuk,,
    memang bangang cam ko la tu...

    ReplyDelete
  5. bengom molek mu bagi aku dani...
    haha...
    aku nk jd amani...
    ramai org suke+sayang+make luv ngan aku...
    hahaha

    ReplyDelete
  6. hahaaa,,
    bakpe mu dok cakap mu nok amani,,
    hahaa,,
    ala ni gurau jela,,
    kate mood adamaya kan...

    ReplyDelete
  7. chomel nya dak kecik tu ^___^

    ReplyDelete
  8. haaaaaa,
    memang comel,,
    macam dalam katun monster inc,,Boo

    ReplyDelete
  9. wahh..
    bangga jap name aku ade kat blog inspirasiizra nie..
    hahaha..
    nway, thnx 4 ur obsrvati0ns..
    ;')
    diam2 kau nie pemerhati jugak eh!!!

    ReplyDelete
  10. @masnurain: pergh,,
    ko pon bising2 ade jugak blog kan,,
    hahaaa

    ReplyDelete
  11. @inspirasiizra:hahahaha..!!! aku bising2 pon low profile..! xske kecoh2..huhu..

    ReplyDelete