28.7.10

Mata Ikan Oh Fish Eye

Kembali lagi di dunia inspirasiizra, hahaa. Kalau korang2 yang sudi lawat blog aku kan, korang2 akan perasan yang aku ni kire Lomography la jugak. Tapi tak pernah lak aku show hasil2 gambar lomo kan. So entry ni pendek jek aku bebel just nak la share skit konon2 nya bakat aku dalam dunia Lomographer. Aku masih lagi beginner dan tak kisahlah gambar yang aku show ni tak sehebat pro.

Kamera : Fish Eye 2 + Ring Flash
Filem : Fujifilm Superia 400 asa
Tempat : Uthm, Senggarang, Tasik Y, Kelantan, Muar


26.7.10

Kebakaran !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya dah lama aku tak update blog dan aku suka berbuat demikian, hahaa. Lagipun aku bukannya blogger yang terkenal pon (tapi kat kuliah aku dikenali gak aa), so tak hairan la kalau orang tak kisah pasal blog aku, haaaa. Setakat ni cerita2 panas di tempat aku belajar sedang berputik dan yang aku hairan kenapa aku terlibat sekali walaupun aku tak berkata apa2 pun, haaaaa.

Kalini aku nak cerita satu tragedy yang boleh cemas gak la. Pada 24/7, lebih kurang dalam pukul 1.00 pagi, kilang depan asrama yang aku duduki telah terbakar dengan rakusnya. Mulanya aku tak perasan (masa tu layan facebook), tetiba aku terasa nak pergi bilik member aku, kemudian nampak la cahaya oren2 di jendela. So apa terjadi selepas tu? Hehe, ni yang aku nak gunakan inspirasi aku tuk bercerita ni.

(amaran: kepada mereka yang masih belum matang berfikir, anda tidak digalakkan membaca cerita seterusnya)

18.7.10

Izra Sudah Berubah?

Assalamualaikum… Akhirnya setelah 2 bulan penat bercuti, pada 12 julai bermulalah semesta baru. Masa 2 bulan bercuti, tiada yang menarik aku lakukan cuma cuti kalini aku kurang sikit rasa bosan sebab cuti kalini penuh kelainan, hahaaaa. Blog aku pon aku lupakan seketika just melawati blog korang2 yang best itu tanpa memberi komen, heeee.

12 julai start kelas, so aku memang semangat la nak ke kuliah. Then keadaan seperti biasa la, rakan2 banyak bercakap cter sal cuti. Aku macam biasa la perhati gelagat member setelah 2 bulan tidak bertemu. Cuma yang aku pelik hari pertama kelas aku ada dengar member panggil aku ‘sang pencinta’. Adeh tergelak aku dengar, kalau ye pon nak bermanja ngan aku, tunggu la pertengahan sem ker atau time aku buat cerita panas ker, ni masa otak aku fresh lagi dah kena gossip, hahahaaaa. Aku tak pasti naper aku dipanggil sebegitu, adakah aku sedang bercinta? Ntahla, rasenye aku belum lagi bercouple buat masa sekarang, heeee.

Aku dah buat perancangan untuk semesta ni. Just perancangan saja, kalau jadi jadilah, kalau tak taklah. Tapi perancangan ni tak semestinya aku akan follow kesemuanya, biasalah manusia pasti berubah-ubah fikirannya.