29.4.11

Cerita Kampungku

1, 3, 4 hmm lebih kurang 1++ hari dah aku tak update entry baru. Sengaja dibiarkan kerana sibuk mentelaah assingment (kot). Walaupun aku tak kemaskini blog sendiri, tapi aku masih ada masa untuk singgah blog korang2 (kot). Ceh, ayat macam aku ni blogger terkenal lak, hahaha. Entry baru2 aku rangka dah tapi bahan untuk tatapan tiada lak sebab bahan2 tersebut ada kat rumah aku, so entry yang sebegini jelah aku leh buat masa ni sebab ada ramuan.

Aku nak tulis pasal kampung. Aku bersyukur sebab aku masih lagi ada sebuah tempat yang dilihat memang betul2 kampung. Kampung aku terletak di Pasir Mas, Kelantan juga tempat kelahiran aku. Sebenarnya aku ada dua kampung, sebelah ayah dan sebelah emak tapi aku lebih suka kampung belah mak sebab kampung tersebut betul2 suasana kampung berbanding kampung belah ayah yang betul2 di kawasan bandar Muar (berapa banyak da ayat kampung). Kat gambar header entry ni adalah kampung aku dan rumah yang warna putih tu adalah ‘balasoh’ yang dibina oleh atuk+moyang suatu ketika dahulu.


 Aku cari pulak kampung aku kat Google Earth dan hasilnya diberi gambar tahun 2007 punya, zaman sawah padi ngah kemarau. Masa aku cari kat google earth susah nak cam tapi bila aku perasan gambar jambatan keretapi baru la jumpa kampung aku. Yang best, kampung aku di kawasan laluan kereta api dan yang menariknya setakat ni tiada lagi cerita pasal orang mati kat laluan kereta api tu.


jambatan kereta api


Jalan nak masuk ke kampung mula2 lalu kawasan sawah padi dulu, memang cantik kawasan padi dan boleh buat kawasan untuk pothographer. Lepas tu masuk kawasan hutan pulak, bila malam agak seram nak lalu sorang2 lagi2 motor sebab ada satu je tiang lampu. Walaupun hutan, tapi tumbuhan2 hutan tu jenis yang ada manfaat untuk manusia seperti buluh, daun2 yang boleh buat ulam dan kebanyakkannya pokok2 buah la sebab ada tanah untuk dusun. Kalau musim buah memang syok, tengok buah banyak kat pokok rasa geram sangat nak petik padahal bukannya makan sangat pon. Kampung aku biasanya ada pokok durian, rambutan, langsat, rambai, cuppu, manggis, katok puru dan macam2 jenis yang aku malas nak tulis.

the sawah padi



lampu yang tak pernah padam, Narnia







macam-macam buah



Bila first day aku balik kampung, biasanya aku tak buat apa2 kononnya atuk aku kata penat jalan jauh tu tapi bila masuk hari ke 2 mula lah atuk aku suh aku uruskan ‘aktiviti’ kampung. Tangkap ayam la, cari ulam la, tebas pokok serai la, bakar sampah la, macam2 la tapi disebabkan suasana kampung perasaan penat tu macam sikit jek (yela tu). Paling aku tak suka bila masuk kawasan semak samun ialah pacat !!!! [Rahsia: aku memang sangat2 geli+takut pada haiwan yang berspesis ulat lagi2 ulat bulu] Semak kawasan kampung aku memang banyak pacat, bila pacat tu geleng2 kan kepala dia pergh aku memang da lari jauh2 tapi still lagi macho walaupun takut pacat, hahaha. Rasanya setakat ni aku tak pernah kene lagi sedut ngan pacat walaupun aku pakai sluar pendek (bukan boxer) tapi pernah dihinggap pacat cuma pacat tu tak sempat kluar taring aku da sebat dulu pacat tu (kejam).



Aktiviti sekeluarga kat kampung biasanya petang2 lepak kat kawasan landasan keretapi tak pon cari pohon kelapa, kait buah kelapa. Waktu malam lak lepas waktu isyak aktiviti bersembang jela sebab takde tv. Bila sedara2 kumpul ramai2 memang happening sebab ayah aku memang pandai cter lawak sampai nenek aku leh terkencing dalam kain. Tapi lawak2 pon last2 mesti aku gak yang kene bahan,cisss. Sebab tu lah nenek aku suka keluarga aku balik kampung sebab suasana jadi happening. Malam memang sejuk serta nyamuk banyak dan aku tak berani sangat jalan2 ke dapur tak pon bilik air waktu malam sebab rasa cam seram jek, haaha.






Mengenai pekan lak memang banyak pekan2 kecik kat area kampung aku tapi keluarga aku suka pergi pasar mondok kat area stesen keretapi Pasir Mas. Ada 2 bahagian pasar tu, belah kiri stesen kawasan pasar basah dan belah kanan lak kawasan jual barang2 rumah. Pergh nak pergi pasar ni kena pergi waktu pagi sebab parking terhad. Kalau orang luar datang pasar mondok mungkin rasa cam menarik orang kampung jual barang tapi kalau ore klate gi pasar tu nampak cam biasa je jual2. Pasar mondok hanya waktu pagi saja dan takde hari2 tertentu tutup kalau tutup pon waktu perayaan je tapi sehari jela. Kalau nak tengok orang kampung jual benda2 menarik, tengok kat kawasan jual makanan. Macam2 makanan menarik lagi2 kuih yang pelbagai dengan harga yang murah (aku suka kuih akok). Rasanya korang tau kan kalau kat Kelantan mesti teringat tempat Wakaf Che Yeh. Boleh dikatakan Wakaf Che Yeh macam Downtown kat cheras tu, pagi2 rancak orang jual dan harga pon tak murah sangat la.

pasar mondok masa raya kedua tahun lepas





Apa lagi ek nak tulis . . . oh kalau macam ada kenduri orang kampung akan amalkan gotong-royong jayakan kenduri. Memang ramai la yang tolong2 dan selipar mesti hilang tapi seronok la tengok orang kampung ramai2 datang tolong2 dengan bunyi2 loghat kelate. Masakan kenduri mesti lah gulai kawah sohor sekali, masak dalam kawah besar. Aku pon da nek loya bau daging lembu jer.

Bila bertemu pasti akan ada perpisahan kan. Keluarga aku biasanya balik kampung tak lebih dari seminggu pon sebab ayah aku tak leh cuti lama2. Bila nak balik rumah kajang nanti nenek aku mula lah nangis dan atuk lak gi cari ulam2 suh bawak balik kat kajang.

Apa2 pon aku seronok ada kampung, kalau boleh insyaallah akan datang bila nak balik Kelantan aku nak bawak kereta sendiri sambil bawak bakal isteri aku untuk jumpa nenek+atuk.

8 comments:

  1. lawa gila kampung...
    yang paling best sebab landasan tu...jealous =.=

    ReplyDelete
  2. @Jejentik:boleh la lawa skit,,
    haaaha,, naper ngn landasan tu,, bese jek,, heheee

    jom g jalan2 kat kelantan ~

    ReplyDelete
  3. aku suke gmbr yg ade kucing...tu...huhuhu...klakor...huhu..landing jee...baeekk

    ReplyDelete
  4. hohohohohoho. sukeee tgok amba kampung tu. nak p sane boleh? hehe

    ReplyDelete
  5. @fatinmmj:yah,, cuking kampung jinak2 belaka . .

    ReplyDelete
  6. @cik hemo hemo:oh boleh aje,, datang la,, kita carik pacat nak,, heheee

    ReplyDelete
  7. balasoh? old skol gila bahasa tu. hehehe

    ReplyDelete