16.9.11

Budak Seni

 Seni . . . Aku suka seni. Seni tu abstrak, seni tu keajaiban, seni tu seni tuk dinilaikan. Masa sekolah rendah lagi aku dah bercita-cita mahu jadi kartunis. Seni lukis komik aku gemar sangat2, walaupon tak semantap kartunis Keith tapi lukisan aku ada ala2 Dato’ Lat. Kamu percaya? Mungkin sekarang kamu tak perlu percaya karena aku tak dapat nak tunjukkan bukti lukisan aku yang semuanya habis dibuang akibat kemalasan aku nak mengemas bilik. Sayang sekali semua seni2 aku tu dibuang begitu saja, kalau masa tu aku rajin sedikit mungkin sekarang seni aku tu akan lebih berharga daripada kamera Fish-Eye 2 aku.

Bukti lagi aku minat pada seni masa aku form 2 aku jadi pengerusi kelab seni. Nampak!! aku memang serius pada seni. Apa sumbangan aku masa jadi pengerusi kelab seni? hanya hiaskan bilik seni dengan tampal tampalan gabus, lawatan ke Genting Highland yang aku sendiri tak pergi malah aku juga ada sumbangkan gambar2 menarik yang digunting dari calendar tahun 2004 untuk hiaskan bilik seni. Nampak!! Besar bukan sumbangan aku semasa pengerusi kelab seni.

Disebabkan aku kecewa tak dapat memiliki seni lukis aku dahulu kala dulu tu, aku hanya dapat ingat2 lupa saja lukisan yang aku buat tu. Aku boleh lukis balik tapi nilai sentimental old school pada lukisan tu tidak sama dan tiada. Mari aku tunjukkan pada kamu lukisan yang dikatakan akan lebih bernilai di masa sekarang jika aku rajin segala rajin masa tu. Aku hanya lukis pada application paint saja sebab mood untuk aku pegang pensil di atas kertas seperti tak sampai. Mengapa?


Seingat aku ini adalah lukisan pertama aku lukis masa kelas pendidikan seni darjah satu kelas 1 Jujur, di SKK. Lebih kurang begitu lah gambar aku lukis. Disebabkan masa tu aku kekurangan sensitivity membaca dan mendengar, aku tak faham kenapa kena lukis gambar telur ayam yang dah menetas anak ayam. Kenapa? Mengapakah? Sampai sekarang aku bingung dengan persoalan itu. Aku rasa rugi sesangat, jika aku masih simpan lagi lukisan tu, perghhh sah aku tak war war kan pada e-bay. Nampak!! aku memang jiwa seni.


Antara lukisan yang famous di sekolah dahulu-kala, ‘lukiskan sebuah permandangan indah di mata kamu’ (soalan tu aku reka). Kebanyakkan … bukan, keseluruhannya gemar melukis gambar di tepi pandai ataupon sawah padi. Aku lebih sukakan pada permandangan tepi pantai. Persamaan antara permandangan tepi pantai dan sawah padi ialah mereka suka lukis bukit yang ada suku bulatan matahari. Nampak !! itu lah seni. Aku suka lukis permandangan tepi pantai sebab adanya pokok kelapa yang wajib dibuat. Lihat pada daun kelapa, nak buat daun2 tu perlukan seni yang mendalam.

Aku tak dapat teruskan jawatan pengerusi untuk seterusnya dan aku perlu berkorban kerana seni di sekolah perlu membaca teori dan fakta. Aku tak suka membaca, aku tak suka belek2 mukasurat random bila ada ujian. Aku gemarkan pada praktikal terus, kan lebih mudah jika kita praktikkan apa yang kita minat. Akibatnya aku beralih minat pada seni tarian jalanan seperti break dance, shuffle, parkor, dan segala jenis tarian yang menarik dan extream. Diingatkan !!! seni street dancing ya, bukan tarian yang lebih pada komsas.

Bila disuruh lukis sebuah gambar dan terangkan gambar yang kamu lukis, aku suka lukis gambar ni. Apakah maksud gambar tersebut? seksi kan gambar tersebut . . .

p/s: aku lebih gemar nada penulisan aku seperti entry ni, itu lah gaya aku yang ohsemmm..

p/s: citer Art Attack paling cool . .

p/s: aku bukan anti social, aku lebih pada sedar diri sebelum orang benci aku .

2 comments:

  1. salam...
    Bilamana seni itu mengalir ke dalam tubuh seseorg, maka setiap pergerakannya, setiap penelitiannya, setiap pandangannya, setiap p'cakapannya itu adalah seni. Seni itu kreatif. Otak kreatif, pembawaannya juga kreatif.

    ReplyDelete