14.6.13

Santai: Cerita TV


Ya aku rajin. Entri ke 2 untuk bulan 6. Entri santai-santai jela aku taip, tak mau tulis entri berperasaan sebab aku final exam sekarang. Bila aku jadi pelajar UTHM, aku jarang tengok tengok tv, tengok masa balik cuti je. Dulu masa zaman sekolah kerap jugak aku tengok tv, berita pon aku tengok hari-hari. Bila umur dah meningkat, tak seberapa nak teruja tengok tv apatah lagi sekarang zaman internet, tv pon dah tak pandang. Tapi aku tak langgan internet, waktu cuti layan tv jela. Yang tak best bila tengok cerita kat tv, dia punya iklan bukan main lama lagi, cerita tak seberapa pon. Walaupon kebanyakkan cerita di tv tak seberapa nak best, ada jugak cerita yang buat aku teruja bila tengok. Tak lah banyak sangat cerita yang aku suka tapi boleh la untuk santai-santai masa cuti.


Mythbuster


Ini adalah cerita kegemaran aku sejak dari sekolah lagi. Cerita pasal experiment yang diaplikasi kan dalam dunia sebenar. Aku tak ingat tahun bila aku layan cerita ni tapi rasanya sejak ayah aku langgan astro kot aku start layan. Bila tengok cerita ni teruja nya macam aku dapat makan mewah banyak sangat. Aku minat fizik dan mythbuster memang sesuai untuk ditonton. Banyak jugak aku belajar daripada penerangan experiment dan ada jugak bantu aku lebih faham subjek fizik masa sekolah. Macam contoh dulu kat sekolah aku tak tau maksud terminal velocity ataupon bahasa melayu nya halaju tamatan, bila mythbuster ada episode berkenaan halaju, aku pon oooooo macam tu rupanya. Mythbuster ada banyak siri sampai aku dah tak terikut setiap episode, tengok jela episode mana yang ada kat tv tapi teruja dia tetap woooowww. . . eh susah la nak terangkan kalau dah teruja.

Megastructures

Cerita kat channel National Geographic. Cerita pasal engineering. Sebab aku suka cerita ni dia akan terangkan konsep macam-macam berkenaan engineering bila nak bina sesuatu. Banyak konsep baru yang aku baru tahu, aku suka part bila engineer ada masalah, dia selesaikan masalah tu dari situasi yang tak terjangka. Ada subjek yang aku belajar kat UTHM, semua dia aplikasi kan pada pembinaan. Bila ada part tunjuk sesuatu konsep baru, aku pon waaaaaaaa hebatnya. Tahukah anda menara Taipei 101 kat Taiwan, kat tingkat atas menara tu ada satu bola gergasi macam bola bandul letak kat dalam bangunan tu untuk stabilkan bangunan tu bila ada gempa. Stadium Olympic London 2012 lak dibina dengan konsep ala-ala pasang siap dan kemas balik sebab stadium tu dibina bukan untuk selamanya tapi akan di ‘hapuskan’ untuk kegunaan ruang. Sydney Opera House part yang paling susah nak bina adalah bumbung, penyelesaiannya bila si engineer ni dapat ilham masa kopek kulit limau. Banyak lagi ilmu yang aku dapat dari cerita megastructures, kalau korang minat engineer tengok lah cerita ni.

Pawn Stars

Aku baru layan cerita ni kat History Channel. Cerita pasal sekeluarga jalankan perniagaan pajak gadai, pelanggan datang bawak barang yang rare untuk jual. Bukan barang rare je aku dapat tengok tapi pasal sejarah barang tu sekali diceritakan (eh bila aku minat sejarah? hahaa). Owner kedai ni memang hebat, bila barang yang pelanggan bawak untuk jual, dia tahu semua sejarah pasal barang tersebut. Cerita Cajun Pawn Stars pon sama jugak macam Pawn Stars tapi tak syok macam Pawn Stars.

Kings of Restoration

Sebelum layan pawn stars, layan dulu cerita Kings of Restoration kat History Channel jugak. Kisah baiki barang tapi bukan barang biasa-biasa, barang yang rare jugak diorang baiki. Pelanggan bagi je apa barang yang diorang nak elok kan balik, diorang dapat baiki barang tersebut dengan bergaya. Diorang takda buku panduan untuk baiki, diorang baiki ikut kemahiran masing-masing tapi hasil diorang memang cool.

How it’s Made

Cerita paling santai. Tengok kilang industri buat barang, walaupon ceritanya simple tapi banyak input. Aku ada ambil subjek pembuatan, sains bahan, so cerita ni banyak membantu aku memahami proses pembuatan. Cerita How do They Do It pon sama gak tapi banyak penceritaan.


Ada banyak lagi cerita santai aku layan, American Chopper, Man vs Wild, Monster Fish, banyak lagi lah tapi aku tak terikut pon nak layan semua sebab aku bukan mengadap sangat tv lama-lama. Ringkasnya cerita berkenaan engineering+fizik aku minat sangat macam pompuan teruja tengok Running Man. Korang ada cerita santai yang best ?

 

2 comments:

  1. Ayat paling last tu.."pompuan teruja tengok Running Man." hehe orang lelaki tak minat tengok variety show macam ni, ajak husband tengok sekali tapi dia tak layan langsong!

    -Honeybee
    http://herweightlossdiary.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. running man pon best jugak cternya =)

      Delete