21.6.16

PERTANYAAN?



Sebarang pertanyaan boleh pergi ke twitter aku 

Thanks :)

10.9.15

UPDATE SEKEJAP

Walaupon lama sudah aku tak kemaskini entry
masih ramai lagi pengunjung blog 
bertanya bermacam soalan pada aku tentang 
latihan industri di Sony Bangi

Terima Kasih bertanya :)
Terkini, aku baru sahaja habis praktikal untuk degree !!
juga bertempat di Bangi lagi

Company berkenaan dikatakan agak terkenal juga dengan kepakaran mereka
antara customer terbesar mereka adalah Western Digital
Company mana?

akan datang kemaskini.... hehee

3.12.14


KENAPA TAK UPDATE ENTRI !!!

7.1.14

Sedikit Masa

Lama tak update entry baru kat blog

Kau ke mana selama ni Izra ?

Takde ke mana-mana, menikmati kehidupan seperti manusia

Ada entry baru ker nak update?

Ada, tapi bagi sedikit masa lagi nak publish sebab sekarang

-FINAL EXAM-

Good Luck :)


14.6.13

Santai: Cerita TV


Ya aku rajin. Entri ke 2 untuk bulan 6. Entri santai-santai jela aku taip, tak mau tulis entri berperasaan sebab aku final exam sekarang. Bila aku jadi pelajar UTHM, aku jarang tengok tengok tv, tengok masa balik cuti je. Dulu masa zaman sekolah kerap jugak aku tengok tv, berita pon aku tengok hari-hari. Bila umur dah meningkat, tak seberapa nak teruja tengok tv apatah lagi sekarang zaman internet, tv pon dah tak pandang. Tapi aku tak langgan internet, waktu cuti layan tv jela. Yang tak best bila tengok cerita kat tv, dia punya iklan bukan main lama lagi, cerita tak seberapa pon. Walaupon kebanyakkan cerita di tv tak seberapa nak best, ada jugak cerita yang buat aku teruja bila tengok. Tak lah banyak sangat cerita yang aku suka tapi boleh la untuk santai-santai masa cuti.

9.6.13

Jalan



Semester ni aku sering keluar jalan sesorang. Pernah ajak member join lepak sekali, tapi kawan baru memang leceh, jenis skema ada, jenis tak biasa jalan kaki jauh2 ada, jenis tak minat lepak ada, jenis merungut banyak ada, jenis nak naik kereta je taknak naik bas ada, ahhhh macam2 lagi, buat sakit hati je senaraikan. Sekali je aku ajak, tapi kerenah berbagai, memang aku malas layan orang macam ni, memang tak kan aku ajak lagi. Biasanya hari rabu aku lepak kat Parit Raja, hari sabtu kalau ada cerita best, aku lepak Batu Pahat. Pergi naik bas balik naik bas, mudah kan. Semester sekarang pelajar tak dibenarkan bawak kenderaan sendiri, so ini lah peluang untuk aku jalan-jalan dengan berjalan. Yang bestnya jalan parit raja ke batu pahat, ada satu je jalan utama, so kalau aku merayau ceruk mana pon, aku hanya perlu pergi je balik jalan utama, tunggu bas dan bas memang banyak.


Bila dah jauh tempat aku merayau rayau, kedai mapley aku lepak. Nasi goreng ayam kedai mapley sedap, aku suka rasa hangit2 nasi tu dan aku dah jumpa kedai mapley yang sedap, setakat ni lah. Yang aku suka bila lepak mapley, ramai orang kat kedai tersebut, pelbagai bangsa ada dan aku suka tengok gelagat manusia bila di kedai makan. Tapi aku lagi suka tengok bila satu keluarga datang kedai makan seperti ayah dan anak. mak dan anak, mak ayah dan anak, dan memacam lagi. Dari situ aku boleh lihat kasih sayang antara ibu bapa dan anak lagi mendalam. Contoh gelagat yang aku pernah lihat, ada seorang ayah tua menunggu anaknya makan dahulu hingga anak tersebut dah kenyang makan, maka si ayah tersebut baru habiskan makanan si anak tadi. Ada jugak si ayah yang baru pulang ambil anak dari sekolah dengan motor usang, hanya minum saja dan  si anak yang makan. Ada jugak si ibubapa yang melayan kerenah anak kecil yang mahu makan macam-macam, si ibubapa tersebut menurut jela kerenah anak tersebut sambil melemparkan senyuman. Ada jugak si ayah yang lepak ngan anak muda sambil asyik si ayah bercerita pada anak, aku tak tau diorang cerita apa. Banyak lagi gelagat aku tengok, susah nak huraikan. Bila aku tengok gelagat seperti ni, aku nampak sangat-sangat kasih sayang ibubapa, dan kadang-kadang buat aku sebak. Semua ni mengingatkan aku pada zaman dulu, bila keluar makan ayah tak bagi order makanan mahal2 tapi ayah tahu yang aku ni makan banyak, ayah pon bagi lah separuh makanan kat aku :’)

Ada cerita di sebalik gambar tesebut :')

Ada juga gelagat manusia yang semakin merundum (ayat sopan). Aku rasa lah memang teknologi internet ni banyak mengubah manusia. Pernah aku tengok sekawan duk depan meja aku, mereka order air, masing-masing handphone di tangan, kusyuk mengadap phone, air habis, mereka bayar dan blah. Perghh macam tu kan style sekarang orang lepak, tak meriah. Bila tengok berlainan bangsa duduk berkumpul semeja, aku rasa seronok lak tengok telatah diorang, air teh tarik kebiasaannya orang tua, kalau remaja biasanya air berais. Tapi yang tak best bila aku tengok orang tua duduk kedai makan sorang-sorang, tak kira lah apa bangsa pon, aku rasa kesian sangat. Aku terfikir mana si anak orang tua tersebut, kenapa dia tak temankan ayahnya minum bersama? tak boleh jugak berfikiran negative, aku fikir positif mungkin si anak bekerja ataupon si orang tua tersebut mahu lepak sorang-sorang, mungkin?


Selagi ada kudrat, gunakan kudrat tu. Kenapa nak merungut sedangkan pilihan utama seseorang adalah kudrat sendiri.


23.5.13

Kacak 23


Tarikh 23 Mei 2013 untuk umur 23 tahun, memang kacak situasi ni. Tambahan buat pertama kali 23 Mei jatuh pada hari aku masih lagi belum cuti semester. Apa yang menarik untuk 23 Mei 2013 ?

Pagi pergi kelas, tengah hari sampai petang tidor, pukul 7.55 baru makan, kelas kul 8 malam ponteng, malam update blog. 

So takde yang menarik.

Selamat Hari Lahir Izra, yang ke-23

Terima kasih mak ayah.

Terima kasih pada rakan2 yang ucapkan hari lahir.

Mana nasi goreng kampong ngan teh ais yang aku mintak tu ? tak bagi pon,, hahaa

p/s: last aku celebrate birthday ngan member pada tahun 1996 :)

6.5.13

Somewhere Better

 Diberikan masa dalam 4-5 jam, hanya aku dan dia (termasuk rakan dia) saja. Satu keadaan yang sangat membuatkan aku tersenyum untuk aku yang tidak pernah alami situasi begini namun aku tidak cekap menggunakan peluang sebegini untuk menonjolkan diri aku sebenar.

Persoalan bermain di fikiran, kenapa Tuhan berikan aku situasi begini? Aku mensia-siakan peluang untuk lebih mengenali dan memahami satu sama lain.

Namun aku bersyukur Tuhan berikan aku keadaan begini. Sedikit sebanyak aku nampak hikmah di sebalik keadaan. Sekurang-kurangnya semester ni aku bersemangat balik untuk teruskan pengajian setelah aku berfikir untuk berhenti belajar semester sekarang :)

Terima Kasih Allah :’)

23.4.13

Berat Makan


Oh kesian aku tengok blog tidak dilayan sama adil seperti aku layan lagu Rudimental_not giving in.mp3. Sebelum aku tulis entri ni, aku ada tulis 2 tajuk, tapi memang malas aku nak publish, hahahaa . .  Hye kamu-kamu semua, apa khabar?

Aku ada fikir nak tulis je entri pasal aktiviti aku join sepanjang di UTHM sebab semester ni aku aktif join aktiviti, tapi bila aku da sumbat earphone sambil menaip, takde ayat yang menarik aku nak tulis. Masa aku tengah tulis entri ni pon aku da rasa malas nak tulis panjang-panjang . .  dah la, sambung esok jela aku tulis,, hehee . . .

……………………………………………………………………………………………………………….

Ok dah hari esok, sambung balik tulis. Tak tau kenapa aku nak tulis pasal berat badan, mungkin mudah kot nak ceritai. Aku pergi bilik member, dia ada alat penimbang berat, aku timbang berat badan aku, hasilnya berat aku underweight iaitu 55kg. Aku tak terkejut pon pasal underweight tu, tiada apa nak dikejutkan.


Masa aku darjah 3 hingga 5, berat badan aku sama saja 25kg sehingga darjah 6 berat jadi 30kg. Masuk sekolah menengah purata berat badan dalam 47kg. Habis sekolah berat naik mendadak 60kg. Adakah lelaki juga cerewet jaga berat badan seperti kaum wanita?

5.1.13

Tahun Tulang


1/1/2011



Selepas beberapa hari



Selepas sebulan



2 tahun kemudian

30.12.12

Habuk 2012


Sumbat kisah malas update 2012, tahun depan buat cerita baru:

::: Aku jumpa cikgu Akma di café TDI, UTHM. Cikgu Akma ialah blogger yang aku kenal melalui blogspot lama dah, baru hujung tahun ni dapat bermuka temu. Cikgu Akma bukan pelajar UTHM, masa tu dia jumpa rakan kesayangannya yang belajar di UTHM so pakej aku dapat jumpa cikgu Akma sama rakannya. Orangnya mudah gelak so senang nak gurau bertumbuk, ahhahaa . .  Untung  la café ada wifi, guna twitter nak jumpa, kalau takda wifi memang takda rezeki dapat jumpa masa tu. Oh ya, cikgu Akma bukan cikgu sebenanrnya, dia pelajar UTM yang minat nak jadi cikgu. Terima kasih cik Akma :)

::: Masih kisah si blogger, masa aku gi ‘konsert’ muzik moden dan koir petang tu rasanya aku ada ternampak kelibat blogger uthm yang sama kemasukkan September. Kemudian malam pun aku nampak lagi tapi kalini lagi dekat sebab dia duk hampir sebelah member aku. Makanya confirm memang dia owner blog yang aku baca tu. Aku nak tegur masa tu tapi aku terbayang kan kemungkinan seperti ini:

Aku:                     hye :) (muka senyum)
Pegang Kamera:  hye (senyum pelik). .  saper ni ya ?
Aku:                     kenal tak yang kat blog?
Pegang Kamera:  blog? Blog apa ya?
Aku:                     strawberi?
Pegang Kamera:  oh saya tak suka strawberi.
Aku:                     dan juga kamu tak suka taugeh kan, hehee (gelak sopan sikit)
Pegang Kamera:  oooo, kamu tu kan yang tak suka popia taugeh . . . .

**************
************** yang selebihnya bayangan terlalu mengarut.

Aku fikir masa tu kenapa aku nak mulakan pengenalan cerita pasal taugeh? Keputusannya aku tak jadi tegur.

 sekadar hiasan

::: Subjek koko aku ambil pengucapan awam. Aku suka kelas ni kerana final assignment kena bentangkan apa saja topik secara individu. Hal ini kerana aku dah ada topik yang nak dipersembahkan iaitu topik kamera Lomo. Kononnya masa final assignment tu lah aku nak luaskan pengaruh penggunaan kamera filem dan menunjuk aku ada kamera Fish Eye 2, hahahaa kononnya lah . .  Hasil pembentangan topik tersebut, aku senyum lihat rakan lain reaksi pelik lihat design kamera Lomo, ada yang teruja lihat hasil gambar dari kamera Lomo.. So objektif topik kamera Lomo tercapai.

ini jenama Recesky
 
::: Sepanjang pengajian degree setakat ini, aku pegang dua jawatan. Satu di asrama TF dan satu di kelab ********* (saja tak tulis, mungkin nak dikembangkan penceritaan di tahun hadapan). Aku suka kelab ********* karena ***** (saja tak tulis, mungkin nak dikembangkan penceritaan di tahun hadapan). Oleh kerana aku ajk kelab *********, aku ada pergi persidangan kelab tersebut di Bangi, bersama hampir seluruh ipta & ipts di Malaysia. Aku suka air kopi kat hotel tu, serius sedap.


::: Stok megi untuk semester ni masih lagi mencukupi dan aku jumpa pelajar yang suka kucing . .  (perlu ker tulis ni)

::: Oleh kerana berhabuk sangat, aku tak ingat apa yang nak disumbatkan lagi. Jumpa entri baru tahun hadapan…

::: Oh ya, Priscilla Ahn masih di carta hatiku ~ ~


 Bye 2012 -