
Alhamdulillah, ada juga masa aku nak update entry baru. Exam punya pasal, kena tangguh entry, dan aku tinggal satu lagi paper exam minggu depan, seronotnye.. seperti yang disengaja tunjuk atau korang nampak, follower dah meningkat sikit je. Dalam masa satu bulan ni, 9 orang yang baik jadi follower aku. Thankz korang. Blog aku takde la menarik mana pun atau sehebat blog korang, tapi korang tetap bagi sokongan untuk aku berkarya, terharunya. Tapi yang aku pelik, 99% follower aku adalah perempuan!! Dan yang kelakarnya, ada 0.01% follower aku adalah lelaki!! Iaitu Zelo55. Haha, Zelo sorang jek lelaki dalam follower aku, ni mesti ada something yang menyebabkan Zelo tertarik ni,wawawa… Jangan marah ye Zelo, saya orang baru di dunia blog ni. Tapi, Zelo ni baik orang nya, pernah juga tolong aku dalam hal computer dan katenya, “siape yang amik ak jd menantu mmg xkn mnyesal malah berbahagia kelak”.
Entry kalini, maybe sesuai bagi korang yang masih menunggu keputusan upu untuk sambung belajar di ipt. Tapi, bagi pelajar politeknik atau matrik atau seangkatan dengannya, baik korang tak yah baca la, nanti korang sakit hati, jeles dan mula lah nak bla…bla…bla… Hahaaa
Ingat lagi tak, masa belajar di sekolah dulu, mesti pernah bercita-cita atau berazam nak masuk university kan. Syukur, aku dapat juga sambung belajar di university. So, aku nak kongsi la sedikit apa yang adanya di university di samping nak promote sikit tempat aku belajar, uthm. Hm, apa yang menarik di university ni? Sebenarnya tiada yang menarik pun, hanya sebuah bangunan yang besar jek, wawawa… Gurau je, jom baca lagi.