23.8.09

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna


Setelah selesai bersahur, Izra pergi mandi sementara menunggu azan subuh. Setelah selesai mandi, azan subuh pun berkumandang, lalu Izra mengejutkan rakan sebilik yang tidak bersahur untuk menunaikan solat subuh. “Weh, bangun. Dah subuh ni, tadi masa aku kejut sahur kau tak nak bangun.” kata Izra pada rakan sebilik yang liat nak bangun pagi. Malas nak layan kerenah rakan, Izra segera menunaikan solat subuh. Jam menunjukkan pukul 6.25 pagi, masih awal lagi hendak ke kelas lalu Izra tidur seketika. “Tik tik tik waktu berdetik” (lagu kotak-masih cinta) bunyi alarm di henset yang telah diset pada pukul 7.30 pagi. Izra pun bangun terus cuci muka tapi tak curi-curi minum pun. Nampaknya rakan Izra masih tak bangun lagi, Izra kejutkan lagi rakan sebiliknya. Kali ini baru lah bangun dan terus pergi mandi. Izra siapkan diri, pakai bedak wangi-wangi, gayakan rambut dengan stail sawang spiderman, pakai kasut Vans putih, ambil bag dan terus naik bas “colour plus”. Ngam-ngam masa tu bas sampai. Masa ni Izra tak naik motor sebab nak save minyak.




Perjalanan ke pusat kampus menaiki bas mengambil masa 8 minit. Bas pun sampai ke pit stop utama. Izra turun dan terus gerak ke bengkel. Hari ini Izra ada bengkel selama 5 jam dan dari pit stop ke bengkel, boleh tahan jauh la juga. Walaupun terpaksa jalan jauh sikit, Izra anggap inilah dugaan di bulan puasa. Izra sampai juga ke bengkel, di bengkel pelajar perempuan semuanya sudah hadir cuma pelajar lelaki sahaja yang baru separuh saja hadir, yang selebihnya mungkin masih dibuai mimpi atau make over kot, hanya tuhan saja yang tahu. Izra bernasib baik hari ini, di bengkel hanya buat overhole air cond dan system paip sahaja. Tidak lah membebankan sangat kerja ini. Selagi kita minat pada sesuatu yang kita suka, maka kerja itu tidak akan membebankan tuannya. Itu lah kata-kata yang sering kat drama ada sebut.

Kerja dibengkel pon berjalan seperti biasa, pelbagai kerenah dan suka-suka sepanjang praktikal termasuk Izra juga. Setelah kerja bermula pada pukul 9 pagi, lewat sikit kerana menunggu ketibaan pelajar lelaki, maka kerja bengkel pon tamat pada pukul 1 tengahari. Rasa penat sekali. Seperti biasa, Izra berjalan ke pit stop utama untuk naik “colour plus” dan balik. Tapi sebelum balik, Izra singgah ke pusat niaga yang berhampiran untuk beli sikit barang. Setelah selesai beli barang, Izra terus berjalan ke pit stop utama. Tapi ada pelik sikit masa bayar beli barang tadi, akak kaunter tu usha semacam kat Izra masa Izra bayar. Sudah beli barang, Izra pon terus ke pit stop utama.

Izra sudah sampai ke pit stop utama, terdapat ramai pelajar perempuan di situ. Hal ini kerana pelajar lelaki kebanyakannya ada kenaikan sendiri. Kalau ada pelajar lelaki pon, pelajar cina saja, itu pon nampak macam skema juga la. Disebabkan Izra ni seorang yang pemalu pada perempuan, Izra tidak duduk di pit stop hanya sandar pada pokok yang ada di sebelah. Tunjuk macho pon ada juga masa tu kerana paras rupa dah boleh blah sikit. Memang ramai pelajar di situ, bising-bising sikit, biasalah waktu-waktu macam ini kritikal sikit dan panas.

Sedang sibuk-sibuk, tiba-tiba Izra rasa semacam yang agak berlainan. Kebanyakan pelajar yang ada di situ usha Izra semacam. Pada mulanya Izra ingat mungkin kerana macho dan kehenseman yang ada pada Izra membuatkan pelajar perempuan disitu tertarik. Bangga la juga masa tu, dengan posing baik kat pokok membuatkan Izra terserlah. Tapi usharan ini memang pelik, ada pelajar yang bisik-bisik kat member bila tengok Izra, ada yang berjauhan sikit bila tengok Izra dan ada juga kedengaran “Adeh, sabar jelah. Lagi bape jam je.” dari pelajar perempuan disitu. Izra makin pelik, Izra lihat diri Izra, tiada apa pon yang tak kena, semuanya okey dan rambut masih bersetail lagi. Memang pelik dan Izra buat tak tahu saja. Mungkin diorang nak tarik perhatian Izra kot. Bas pun sampai, “colour plus” muncul dan Izra dan pelajar lain yang sama tempat tinggal Izra pon naik. “colour plus” tak ambil pelajar perempuan kerana “colour plus” direct terus hantar asrama pelajar lelaki sahaja. Rasa sunyi la juga bila tiada teman (perempuan) naik bas sama. Masa dalam perjalanan, Izra fikirkan balik kejadian usharan yang luar biasa tadi, itu pun dalam bas ada juga pelajar lelaki usha Izra. Fikir-fikir punya fikir, Izra tak dapat juga ketahui punca usharan tersebut.

Bas pun sampai ke asrama, pelajar pon turun. Masa Izra berada di tangga bas masa nak turun, abang drebar pon berkata “ hai bang, sedap air tu”, Izra pun balas “ye ye, sedap air ni, saya suka air ni” sambil senyum kat abang drebar dan turun dari bas. Kira-kira dalam dua langkah berjalan, Izra pun berhenti. Izra pandang pada tangan, terdapat air kotak soya yang sudah habis diminum!!! dan sebungkus roti coklat Gardinea yang sudah dibuka dan separuh sudah dimakan!!! Izra tutup mata sejenak dan buka mata balik sambil berkata sendiri dengan nada yang lantang “ya Allah, aku tak puasaaaa………” Muka Izra menjadi kemerah-merahan dan teringat kejadian di pit stop tadi.

Moralnya puasa biarlah ikhlas.

Diharap korang tidak mengalami kejadian seperti cerita di atas. Perbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini. Izra ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak,
semoga ramadhan kali ini lebih baik buat korang dan juga lebih makna buat Izra.



*cerita tadi hanya rekaan, cuma nama saja sama macam nama aku.

4 comments:

  1. yes, betul. kalau dah minat..wat mende pun syok aje. macam saya. dah minat nulis..keje lain x wak.hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaaa,,
    betul betul,,

    sebenarnye rase jeles pun ade
    kat blog harujuku tu,,
    coz blog tu smart sangat,,,

    ReplyDelete
  3. salam..
    nice blog..
    when u r free, plz visit my blog..
    rindusukaseh.blogspot.com
    and leave your comment..
    tQ..

    ReplyDelete
  4. hye the queen,,
    thankz foolow this blog,,

    kalu ada masa i will comment ur blog,,
    wat mase ni sebuk sket la,,

    ReplyDelete