11.9.09

Bajet Ideal Berbuka Puasa (Edisi Pelajar Ipt)


Salam Ramadhan kepada korang2 yang menjalani ibadah puasa. Sungguh tenang rasanya di bulan yang mulia ini. Sejak 20 hari berpuasa ni, macam2 kejadian indah – terjadi kat tempat aku, tong sampah terbakar la, asrama kotor la, selipar hilang la, kalah men futsal la, kicap manis aku dah nak habis la (perlu ker..?) Walaupun begitu, semua memang best, menyambut puasa sesama rakan yang poyo2 + baik2 belaka. Aku masih lagi ternanti-nanti bila lah asrama Taman Kelisa nak pasang wireless. Kononnya bulan 8 nak pasang, tapi x pasang2 jugak, jamban kat dorm aku lak yang dibuangnya. Menyusahkan aku nak lepaskan rindu kat blog korang terutama sekali Akma yang rindu kat aku !!!!! ???

Sempena time2 bulan pose ni, aku wat la sikit entry pasal puasa ni. Tapi tidak mengandungi unsur agama yang tinggi (sebab aku tak perfect lagi bab agama ni), hanya untuk renungan sejenak (khas tuk member2 aku di UTHM). Bila hampir sehari berpuasa dari makan dan minum, pada waktu magrib diwajibkan berbuka dengan juadah. Puasa tahun ni aku tak dapat puasa bersama keluarga aku sebulan atas faktor cuti yang tak ngam. So bila puasa dengan sekelompok kawan, juadah berbuka merupakan agenda utama dan kadangkala menakutkan sedikit bila difikirkan. Kenapa? Sebabnya nak berjimat duit, salah bajet duit, habis tiket bas raya tak leh beli, hahaaa…


Maka bajet yang ideal perlu difikirkan dan diuruskan. Bajet ideal ni terpulang pada individu tapi hasilnya sama saja apa yang difikirkan.

Antara makanan ideal yang boleh bajet duit:

1) buah tamar atau kurma
- selalunya kurma tak beli pun, kebanyakan orang bagi. Setakat ni tiada lagi member yang sponsor kurma mahal2.

2) nasi buah tomato/ nasi tomato
- mungkin kerana tomato diletakkan, sebab tu dinamakan nasi tomato. Kerap juga aku beli makanan ni, harga rm3.50. boleh tahan la harga ni dan rasanya, hmmmmmm…..

3) nasi ayam (bukan chicken rice shop punya)
-dikatakan sepupu pada nasi tomato dan nasinya berwarna kuning. Harga RM3.50 juga tapi setakat ni pernah beli sekali je sebab….. time terdesak je aku beli.

4) nasi lemak ayam
- asalnya nasi lemak biasa, cuma yang dijual kat sini (Parit Raja) ditambahkan ayam sahaja. Harga murah sikit, RM2.50 saja dan mengenyangkan.

5) nasi goreng ayam
- abang kepada nasi lemak ayam dan cara orang Johor masak nasi goreng adalah tutup dengan kain. Aku tak tahu macam mana diorang buat tapi rasa boleh tahan juga. RM3.50

6) nasi ambeng
- bagi korang yang duduk area KL atau Selangor cam aku ni, rase takde kot orang jual nasi ambeng. Secara teorinya, nasi ambeng dihidang pada dulang besar dan makan beramai antara 5 hingga 6 orang ikut saiz dulang. Tapi kat bazar tak kan nak jual dulang sekali kot, cuma diringkaskan saja lauk pauk. RM3.00 sebungkus dan mengeyangkan.

7) nasi kerabu
- nasi berwarna-warna juga, warna biru dan penuh dengan ulam. Nasi yang femes dibeli oleh member aku kerana sedap (sebab tino cantik jual). RM3.50 dan setakat ni aku tak pernah beli kerana sebelum ni aku makan, rasa macam lemas nak telan nasi sebabnya ulam yang setimbun ditambah pula dengan lauk berketul-ketul.

Semuanya makanan “heavy”. Mesti korang akan tanya kuih tak beli ker? Yup, kuih memang tak beli kerana akan menganggu bajet walaupun harga kuih RM1.00, lagi2 member kat dorm ramai belaka, memang kena menghulur la kuih tu. Tapi kalau kat dorm sikit orang, ada la sorang dua berani beli kuih lebih sikit dan makan bersama. Aku pernah hulur sikit ker..?

Untuk sahur pula, hanya ala kadar saja. Kalau ada biskut ker, roti ker, milo ker time tu, makan jer dan kalau nak lengkap pergi kedai mamak 25 jam.Tapi aku dah ready maggi cawan siap2, untuk kes darurat makanan.

Untuk air pula, tak kisah sangat pon, asal ada air minum je. Air hanya RM1 dan tidak membebankan:

1) soya panas / sejuk
- orang cakap minum soya boleh jadi pandai.

2) kartika
- air warna hijau + cincau, rasa macam air ABC

3) keladi
- air warna unggu dan rasa macam aiskrim keladi. Sedap

4) tembikai susu
- lebih kurang sama macam air kartika

Kesemua sekali bajet di bulan ramadhan adalah dalam RM6 atau lebih sikit. Itulah kehidupan pelajar di bulan puasa. Budak laki besenya tak kisah bab2 makan janji makan. Tapi tak semua yang bajet macam ni, aku tulis ni berdasarkan cara kehidupan ku di bulan puasa dan terdapat juga member2 aku yang sama gayanya macam aku. Tapi kalau nak makan special, sekali sekala tak kisah. Okey, itu saja, selamat beramal. Salam….

0 bengang:

Post a Comment