11.9.09

Teknik Bermain Game Minesweeper


Fuh, tak pernah aku post 3 entry dalam satu hari. Kenapa macam tu? Sebab aku bengang sangat tak dapat entry post seminggu sekali. Semuanya gara2 asrama baru yang tak pasang wifi. Ambik ko!! 3 skali aku bagi. Sabar Izra, bulan pose ni, lepaskan kemarahan lepas berbuka nanti,ahaaa…

Aku ada baca blog korang2 yang best, ramai yang dah ada domain ngan hosting sendiri. Syabas, korang memang maju dan mungkin suatu haru nanti aku pon dah ada sendiri. Tapi lambat lagi la, maybe time aku dah kahwen kot,hahaaaa. Kali ni aku nak share sikit ilmu+auta kat korang. Semua dah tahu kan dalam computer sudah diberikan game2 basic. Kebanyakkan game diberi berunsurkan guna minda korang. Best tak game tu? Kadang2 best, kadang2 tak.

Yang ini aku pasti, 98% korang yang ada computer tak reti main game Minesweeper. Jangan tipu, rasanya tak pernah aku nampak orang main game Minesweeper apa tah lagi nak menang game tersebut. Sebenarnya aku reti main game tu dan banyak kali dah aku menang. Penat rasenya asek menang je, hahaa. Sampaikan kawan sebilik aku berkata “ni first time aku tengok orang main game ni”. Game Minesweeper ni boleh tahan juga susahnya walaupun peringkat beginner. Jangan risau, aku nak share kat korang teknik nak main game ni dan paling penting, jangan beritahu kat member korang, okey.. Deal.

Tekniknya senang saja, korang buka game Minesweeper, klik help dan baca panduan nak main sampai 44 kali. Lepas tu korang dah pandai main, hahaaaa.


Sebenarnya camni, mengikut apa yang aku baca, game ni ada unsur math sikit. Iaitu korang kena main selang, contohnya macam 1-2-1, 2-3-2 dan aku tak faham pun guna cara selang ni. Masa aku main guna cara ni, aku kalah tipis je, iaitu salah teka satu bom. Nasib baik aku jumpa orang yang pakar dalam bab ni, itupun aku curi2 tengok. Lepas dah tahu teknik, aku dah tak pandang cara selang2 ni.

Let’s start dari level beginner, mula2 lepas korang dah buka game tu, korang klik setiap penjuru kotak. Maknanya 4 kali klik pada bucu kotak. Macam kat gambar (klik kalau tak nampak).Kalau masa korang klik tetiba keluar bom, korang restart balik dan buat lagi klik kat penjuru.



Bila dah klik 4 penjuru, nanti ada la sikit keluar nombor. Korang cari pula nombor yang berada di bucu kotak yang belum di klik. Bukan nombor yang berada di sebelah kotak tapi berada di penjuru kotak. Korang faham tak, klik kat gambar tuk faham.



Bila dah faham, start la rahsia game Minesweeper ni. Bila korang dah jumpa nombor di bucu kotak, korang klik kat nombor tu dengan 2 klik di mouse. Maksudnya klik left and right serentak. Ingat, klik 2 klik pada nombor di bucu kotak. Bila korang dah klik, kotak pada bucu nombor tadi akan hidden. Akan hidden atau hilang!!! Pastikan korang klik 2 klik tu, SATU kotak saja akan hidden. Jika korang klik 2 klik pada nombor tersebut dan lebih dari satu kotak hidden, korang cari nombor lain. Tengok gambar.



*Bukan pada kotak yang lebih dari satu hidden




Bila dah jumpa SATU kotak hidden, korang flag kotak tadi. Cara nak flag, korang klik right mouse. Flag maknanya korang tanda bom tersebut. Seterusnya korang klik 2 klik pada sebelah nombor bucu tadi. Nanti akan terbukak nombor baru dan seterusnya kotak akan tinggal sikit. Lepas tu cari lagi nombor bucu kotak dan klik 2 klik dan flag kotak hidden tadi. Korang teruskan lagi permainan ni sampai sepuluh bom ditanda (untuk beginner). Ingat!!! Hanya flag pada SATU kotak yang hidden saja lepas klik 2 klik.





Dah faham kan, so itulah teknik nak main game ni. Untuk menang korang kena flag 10 bom (level beginner), 40 flag bom (level intermediate) dan 99 flag bom (level expert). Senang je kan game nie. Ni adalah gambar jika korang menang masa terpantas. Masa ni, masa aku ialah 27 saat bagi level beginner. Ada sesiapa boleh boleh challenge masa aku?



Diharap aku dapat membantu korang untuk main game Minesweeper. Korang mainlah game ni, sian game ni jika semua tak nak main, sebab korang tak reti main. Dan paling special buat korang, teknik ni aku tak ajar pun dekat member aku atau orang lain, aku ajar khas untuk blogger macam korang. Bila kawan korang tanya, macam mana korang reti main, cakapla blog Izra yang ajar korang (promote blog aku sket), hahaaa. Tu saja untuk post kali ni, hope korang enjoy main game Minesweeper ni. Salam…

4 comments:

  1. wey...x paham aku......................

    ReplyDelete
  2. adeh,,
    ko hayati balik yg aku tulis,,

    ade sesaper lg x faham.....

    ReplyDelete
  3. well,,,
    itu sudah semestinya,,,
    wahahaa...

    ReplyDelete