15.11.10

Engineer a.k.a Jurutera

Assalamualaikum pembuka entry… Baru nak cecahkan sampai sebulan aku tak update post baru, tapi tak jadi lak,, haaa.. Sekali lagi aku nak say thanks pada blogger2 yang singgah blog inspirasiizra malah ada yang jadi follower blog aku, terima kasih. Lebih kurang sebulan aku tak update ni sebab aku tengah seronok layan liku2 kehidupan aku sampaikan aku malas nak ingat blog aku, hahaa sungguh kejam sekali.

Entry kalini boleh la juga dikatakan khas untuk pelajar sekolah yang bakal menduduki SPM. Sebab apa? Lepas diorang SPM mesti mereka nak rancang jurusan apa yang sesuai buat mereka pilih untuk sambung belajar nanti (bagi yang nak sambung belajar la). Tapi yang dah lepasan sekolah pon boleh gak baca entry ni, mungkin boleh dijadikan sebagai pengetahuan.


Aku yakin mesti kebanyakkan pelajar sekolah mahu sambung belajar kan. Kalau boleh nak belajar di IPT ataupun university ataupun kolej ataupun mana2 yang berkaitan IPT. Alhamdulillah aku dapat sambung belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM pada tahun 2008 dan sekarang ni aku dah semesta 5. Jurusan yang aku dapat ialah Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Loji. So aku nak share la sikit apa yang aku belajar berkaitan dengan engineer ni ataupun subjek apa yang aku belajar untuk engineer ni.

Aku just tunjukkan 6 contoh subjek. Diharapkan pelajar sekolah yang minat pada engineer akan rasa gerun bila lihat subjek yang aku study ni, so akan tukar balik jurusan yang korang nak sambung, hahaaaaha, gurau je.


Mechanical Engineering ni kalau nak tahu maksud yang senang ialah kejuruteraan yang berkaitan dengan mekanik. Kalau mekanik mesti korang ingat bertukang kan. Lebih kurang camtu lah, tapi nak bertukang ni melibatkan konsep fizik yang basic dan higher. Ni contoh subjek yang penting untuk engineer yang aku belajar kat UTHM:

-:: Mekanik Bendalir Asas
Maksud senang nak faham: belajar pasal cecair dan daya yang ada pada cecair tersebut.

More explanation: bendalir ni pasal air atau cecair ataupun benda yang boleh mengalir. Bendalir terdiri daripada cecair, gas dan plasma. Nampak, air pon nak kena study jugak kan. Kalau korang nak tahu, masa korang buka pili air, korang telah mengaktifkan satu rangkaian system bendalir yang kompleks yang terdiri daripada saluran paip pelbagai size, injap2 bagi mengawal aliran air tersebut, sambungan pelbagai bentuk dan pam yang berfungsi untuk meningkatkan tekanan bagi memastikan sumber air bersih sampai ke rumah kita. Faham tak? Hahaa.. Tapi subjek ni tak fokuskan jenis2 bendalir cuma belajar tekanan yang ada pada bendalir tersebut je.







antara contoh pengiraan



-:: Mekanik Pepejal
Maksud senang nak faham: belajar pasal pepejal tersebut mengalami daya tindakan.

More explanation: lepas belajar pasal cecair kena belajar pasal pepejal lak. Kita belajar pasal benda yang pepejal je. Mostly konsep ni digunakan masa testing pepejal tersebut sampai limit sebelum pepejal tersebut boleh dipasarkan. Antara contohnya, korang akan kira berapa kekuatan pepejal tersebut masa korang tarik, hempap, bengkok, pusing dan memacam lagi. lagi satu contoh bila tangki yang besar2 ni kenalah kira berapa kekuatan tangki tersebut sebelum tangki tu boleh diisi.








antara contoh pengiraan



-:: Mekanik Mesin
Maksud senang nak faham: belajar pasal benda yang melibatkan system mesin.

More explanation: kalau mesin mesti korang ingat ada gear kan. Yup, ada belajar pasal gear seperti berapa kelajuan gear tersebut, kecekapan gear dan macam2. Bukan pasal gear je belajar, ada belajar pasal balancing, getaran, geseran dan macam2 lagi.









antara contoh pengiraan




-:: Statik
Maksud senang nak faham: hmm, susah jugak nak terangkan maksud ni tanpa libatkan ayat engineer. Camne ek terangkan cara senang, camni lah, belajar pasal analisis beban tersebut mengikut system fizik dalam keadaan beban tu seimbang.

More explanation: kira static ni dalam keadaan seimbang tapi tak bergerak. Ishh susah la nak terangkan, hahaa.. Statik ni penting dalam engineer sebab dengan pengiraan yang ada pada statik menjadikan benda yang nak dihasilkan akan jadi selamat, teguh dan kuat. Contoh statik ni macam kalau korang tengok kren sedang angkat batu bata yang besar, korang suruh orang yang pandu kren tersebut berhentikan sekejap jentera tersebut kalau boleh berhenti masa batu tu sudah terangkat dan tergantung di udara. So dari situ dah boleh kira berapa beban yang perlu kren tersebut bertahan, dan adakah kren tersebut kuat untuk angkat batu tersebut dan kalau belajar lagi higher, korang boleh kira jangka hayat kren tersebut. Hahaa, faham tak.







antara contoh pengiraan




-:: Dinamik
Maksud senang nak faham: pon susah nak terangkan tanpa ayat engineer. Belajar pasal gerakan terhadap benda tersebut.

More explanation: macam benda itu bergerak secara sendiri atau kita yang gerakkan benda tu tersebut. Dinamik dan statik sangat berkait rapat, kira macam adik dan abang. Masa korang main bowling kan, tetiba tinggal 2 pin yang tak jatuh lagi, pastu hujung ke hujung lak tu. Kalau menggunakan pengiraan dinamik, korang boleh jatuhkan pin tersebut mengikut pengiraan, cool tak. Antara contoh lain, masa korang sepak bola kan, bola tu tak bergerak lurus kan, bola tu mesti bergerak secara lengkung start dari bawah ke atas dan ke bawah balik. Dari situasi tersebut korang boleh kira kat bola tu ikut system dinamik. Lagi satu contoh, masa korang naik roller coaster, korang duduk kat coaster tu kan, so korang sudah dalam keadaan statik atau seimbang. Tapi yang menggerakkan korang ialah coaster tersebut, so masa coaster tu bergerak dah boleh kira mengikut konsep dinamik. Sebab tu lah statik dan dinamik ni berkait rapat, statik tak bergerak, dinamik lak bergerak. Faham tak, hahaa . .





menda alah ni pon leh kira halaju





antara contoh pengiraan




-:: Loji
Disebabkan jurusan aku ialah loji atau plant, so kemahiran yang aku belajar mestilah berkaitan dengan loji jugak. Loji kalau nak tahu maksud bahasa melayu ialah sebuah takungan. Tapi kalau dalam english, korang akan ingat pasal turbin dan empangan. Yup itu sebahagian dari loji, tapi empangan tu takda lagi kot dalam program diploma. Kalau di university ni, kita akan buat kemahiran tersebut mengikut konsep kefahaman theory. Yang syoknya buat kemahiran ni, takda buat note dulu before bertukang, just dengar sket taklimat dan terus boleh bertukang, hahaa aku suka sangat. Antara contoh kemahiran yang aku dah bertukang:


servis compressor 2 stage




servis aircond




servis fire tube boiler



Itu saja subjek yang aku dapat kongsikan. Nampak macam susah kan subjek pada engineer, pada mulanya memang nampak susah. Tapi bila korang study balik kan, taklah susah teramat sangat, cuma nak rajin ngan tak rajin jek study ni. Sebenarnya masa aku sekolah aku minat pada art, macam street dancing, graffiti, art of sound, lukis2 doodle. Disebabkan masa form 4 aku masuk sekolah teknik, so minat pada engineer tu wujud secara tak sengaja kerana aku minat pada fizik. Kalau sesiapa yang belajar engineer ni korang akan merasakan art pada engineer tu lagi cool, hahaa.

Nasihat sikit dari aku pada pelajar sekolah yang nak ambil jurusan engineer ni, mana2 jurusan engineer (yang ada tukang2) ni melibatkan konsep fizik dan matematik (add math). So korang2 yang tak suka matematik, tak sesuai la ambil jurusan engineer. Untuk yang lemah pada sains tulen dan math tapi minat pada engineer, jangan risau, korang boleh ambil jurusan ni asalkan masa da dapat sambung study tu, pastikang korang belajar sungguh2. Selalunya bila di IPT ni korang akan seronok study sebab ramai kawan akan bantu korang nanti.

!!! Dan lagi satu buat pelajar sekolah yang ambil sains tulen dan add math ni, better masa korang dah habis SPM tu jangan lupakan sepenuhnya pelajaran tersebut sepenuhnya kerana pelajaran tersebut merupakan sebahagian pelajaran yang korang belajar balik di universiti !!!!! Di universiti pelajaran tersebut akan lebih mendalam tapi basicnya pada korang belajar di sekolah tu la. Aku dah terkena situasi tersebut cuma masa tu aku lupakan pada add math je, fizik aku tak lupakan semua sangat sebab aku minat fizik, haaa. .

Sekian saja entry kalini, tunggu dalam sebulan lagi kot aku update kalau aku malas update, hahaa. Entry ni aku buat suka2 ja, tapi kalau ada membantu korang, terima kasih aku ucapkan sebab membaca. Sekian, salam . . .
*klik pada gambar tuk pembesaran comel .


p/s: bagi korang yang belajar di sekolah teknik dan ambil mana2 jurusan engineer, kira korang da belajar suku pasal engineer.

p/s: pembelajaran di universiti diajar menggunakan slide.

p/s: bila aku buat entry ni, aku terpaksa research balik subjek yang aku dah study ni, haaa

p/s: raya haji aku sambut di UTHM ja, aku tak balik kampung.

19 comments:

  1. waaaaaa...sukeeenyaaa....ko dh updated.....terujaaa beeb..hohoho
    glerlaa...enginerring..tuuu...
    spchlesss...ko pun suke art ye..bgus...tu pun klebihan..tu....klau art+enginerring bst tuuu...

    ReplyDelete
  2. @fatinmmj:ape la fatin nie,, naper teruja lak,,
    bese2 jek,, heheee

    art kan indah,, hahaaa

    ReplyDelete
  3. Hye singgah sini lagii...=)

    peningnye tgk ape yg awk belajar..admin lagi best..hehe =)

    gudluck2!

    ReplyDelete
  4. wah..
    smbl heboh psl engineering
    ad plk promotion UTHM

    ReplyDelete
  5. @Just Call Me NANA:hye nana,,
    skali nengok memang cam amende la blaja pelik2 gini,,

    tp biler study balik slow2,,
    serius subjek nie x cam complicated tahap gaban,,

    admin pon best jugak,, tp kene banyak membaca kan,, haaaha
    gudluck jugak . .

    ReplyDelete
  6. @aimyathirah:ahhaaa,, da study kt UTHM,,
    kene la promote uthm . .

    kalau aimy minat engineer,, apply la uthm,,
    slain pembelajaran yg berkualiti,,
    kemudahan pon sangat top,,
    ditambah pulak banyak bangunan baru sedang membangun kt area uthm . .

    ReplyDelete
  7. izra, terima kasih atas info ni^^
    susah nak cari info mekanik bendalir dalam b.melayu...payah bebonar..

    ReplyDelete
  8. @Hamba Allah:bendalir susah la nak terang dlm melayu kalu tak gune ayat sastera,,
    tapi kalau kt u memang english juga bahasa guna,,

    thanks singgah ~ ~

    ReplyDelete
  9. AS SALAM..:)
    SUSAH SANGAT KE KOS NI?
    SAYA INGAT NAK AMIK KOS NI,, TAPI MATH SPM 7 JER..
    RASA RASA SAYA BOLEH BAWAK KE

    MESTI KENA POWER MATH KAN..

    ReplyDelete
  10. wow...
    best gak kn...
    emm... tapi mcm susah je kire2 uh..huhuhu

    ReplyDelete
  11. @ShesWhite Stone:kalu minat + rajin xde masalah nak amek kos ni,,

    biasanye calculation banyak yg berulang dan formula pon banyak gak la nak kene hafal tapi tak susah cara kira

    kalu nak berjaya mesti lah kene berusaha kan,, good luck :)

    ReplyDelete
  12. @aceyla ceffa:hye qila,,

    engineer memang best sbb seni engineer sangat awsome,,

    kire2 tak susah mana cuma kene banyak ingat formula lah ~

    ReplyDelete
  13. ade note pasal statik x...nk pinjam...

    ReplyDelete
  14. boleh gak la..aku nk cari basic sket..base elektrikal lompat gi makanikal...tekezut la gamaknyer...hahah...bleh send kat private email aku x?

    ReplyDelete
  15. kalau dekat uni belajar dalam english eh? haa satu lagi. saya memang minat kira2 ni tapi fizik saya lemah sikit. so saya kena struggle lah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembelajaran di ipta kebanyakkan in english kecuali subjek2 tertentu sahaja..

      fizik ni meluas, bukan tertumpu macam fizik di sekolah saja, fizik yang melibatkan pengiraan sama kaedah seperti matematik cuma diaplikasikan pada kegunaan tertentu..

      so good luck :)

      Delete
  16. wuu.. samalah kita uthm gak... hahaha...seriously, even stress still lg enjoy kalau kita minat...

    ReplyDelete