21.8.11

Cabaran Positif

 Assalam… Bagaimana puasa anda setakat ni ? tahun ni aku puasa secara serdehana. Sejak start puasa kat asrama, aku jarang buka puasa dengan member, apatah lagi jalan2 beli makan kat bazaar, buka pon ala kadar. Dengan berbekalkan modal RM15+ (belom tolak duit tiket bas), aku kena bertahan selama 3 minggu sebelum cuti raya. Alhamdulillah, setakat ni aku masih lagi boleh bertahan selaraskan modal sehingga 26 haribulan.

Sebagai seorang pelajar yang masih muda kacak, rasanya masih boleh untuk survive jika kekurangan modal di bulan puasa. Maklum la asal bulan puasa je nafsu makan jadi tak stabil, padahal makanan tu biasa je sebelum ni lagi2 murtabak, perghhh.


aku terliur bhai . . . .

Sejak dua minggu puasa di asrama, aku berbuka sekadar maggi selang dengan biskut cicah air. Untuk kurangkan rasa terliur tengok member makan (lagi2 murtabak), aku buka kat dalam bilik sahaja. Lepas berbuka tunggu lah aku sehingga 4 pagi baru lah aku makan nasi kat kedai mapley 25 jam. Memang rasa lama+bosan nak tunggu 4 pagi, perut tak sudah duk main lagu Ingrid Michaelson.

Masa awal2 Ramadhan aku ada juga rasa resah boleh ker aku bertahan 3 minggu, tiba2 aku teringat sesuatu. Aku terfikir pasal orang yang kutip derma kat kaki lima, orang fakir miskin. Aku fikir macam mana mereka ni boleh survive untuk bertahan teruskan cari duit makan, lagi2 bulan puasa ni, camna la mereka nak bertahan. Bila aku teringat si fakir miskin, rasanya aku tak perlu lah nak merungut pasal tak dapat beli makan kat bazaar untuk berbuka. Jika si fakir miskin makan pon tak menentu, aku kira beruntung la sebab ada lagi stok maggi ngan biskut tuk buat makan.

Aku jadikan masalah ni sebagai cabaran bulanan, bulan lepas aku ada RM200 untuk sebulan dan berjaya lepasi cabaran (aku skip makan tengah hari). Untuk bulan Ramadhan, RM15+ untuk 3 minggu mesti boleh punya. Lagipun aku memang asal dari keluarga sederhana, aku da merasa da kehidupan susah. Aku just kena banyak bersabar pastu kacau2 men mesej ngan member, hahaa..

Kesimpulannya kalau ada rezeki lebih tak salah nak beli apa yang nak, nanti bila da tak dapat beli di lain hari, sekurang-kurangnya da pernah merasa yang nak beli tu dulu. Apatah ayat aku guna ni, kesimpulannya murtabak sekarang makin mahal. Sekian . . .

p/s: aku dapat rasai camna keadaan si fakir miskin bila tak dapat makan dalam tempoh yang lama.

p/s: rasa2 umur aku yang 21 ni boleh dapat lagi ker duit raya? hahaa, aku tak kawen lagi . .

p/s: aku senyum je bila baca status member kat facebook pasal makanan berbuka :)

4 comments:

  1. aku rasa lelaki confirm tak akan dapat punya tapi perempuan kemungkinan akan dapat adalah tinggi sebab aku kalau pergi raya selalu je dapat walaupun dah cakap da umur 20-an...hehe :)

    ReplyDelete
  2. @Jejentik:ahhaa,, cmner pompuan buat,,
    mintak direct ka,, ^ ^

    ReplyDelete