16.2.11

Nuffnang Bagi Cek

Selama ni nengok nuffnang aku rasa nak je klik cashout, tapi sabar dulu. Ah kalini aku tak tahan nafsu, dah banyak da tu duit terkumpul aku terus klik cashout tanpa rasa serba salah. Hahaha lega rasa bila dapat klik cashout so tinggal nak tunggu je cek sampai rumah. Banyak jugak duit aku dapat kumpul, thanks pada korang2 yang sudi lawat dan sesetengah yang sudi tolong klik iklan nuffnang. Aku tunjuk print screen jumlah bayaran nuffnang, diingatkan aku bukan nak menunjuk tapi mungkin untuk menjeleskan member2 sekuliah aku yang ada blog jugak, hahaha…


Hasil dari 3 iklan yang aku pasang pada blog, penggunaan SEO untuk google, penggunaan google webmaster, kesabaran selama 2 tahun dan hanya iklan nuffnang saja maka dapatlah aku kumpul sebanyak RM1382. Serius rasa seronok. So bila dah klik cashout, tinggal lah kosong balik. Lepas ni entah bila lah aku boleh kumpul balik duit banyak2. Ini yang kali pertama aku cashout nuffnang. Rasa sedih pon ada bila klik cashout tapi bila fikir balik bila lagi aku nak guna duit nuffnang tu, kan . .


Isnin lepas adik aku ada call, belum sempat adik aku cakap panjang lebar aku terus suruh adik aku bukak surat tu dan ambil gambar cek tu. Adik aku terkejut tengok cek tu pastu macam2 ayat bodek keluar suruh aku belanja. Inilah gambar cek yang sudah sampai di rumah.


Hmmm, nak beli apa ek dengan duit yang sikit ni . . . .

10.2.11

Tali Kasut yang Stylo

 Lecture yang mengajar aku dah beli kasut baru, Converse kot. Masa ngah baca blog beliau, aku teringat satu website yang mengajar cara ikat tali kasut yang lebih rare. Sedikit fakta yang menarik pasal cara ikat tali kasut ialah kalau ikut pengiraan matematik, jika kasut tu ada 12 lubang (6 pasang lubang), ada hampir 2 TRILLION !!! kemungkinan cara ikat tali kasut yang lebih rare. Menarik kan, so ni cara mereka kira untuk hasil 2 Trillion kemungkinan ikat tali kasut 12 lubang (aku copy):

  • jika guna 1 daripada 12 lubang kasut, maka terdapat 24 kemungkinan cara untuk mula.
  • teruskan dengan baki 11 lubang (kali 22 cara)
  •  kemudian ada baki lagi 10 lubang (kali 20 cara)
  • so kalau tali kasut dah ke lubang yang ke 3, maka 24 x 22 x 20 = 10,560 cara
  • teruskan lagi dengan baki lubang yang tinggal, maka untuk lubang yang terakhir ada 2 cara. Hasil untuk kesemua cara ialah 24 x 22 x 20 x 18 x 16 x 14 x 12 x 10 x 8 x 6 x 4 x 2 = 1,961,990,553,600

That's almost 2 TRILLION possibilities!


Pengiraan tersebut just kalau abaikan syarat2 yang diambil kira (malas nak tulis), nanti dapat lah jumlah 2 trillion tu. Kajian dari ahli mathematic dari Autralia, mereka buat formula tentang kemungkinan cara ikat tali kasut 12 lubang berdasarkan keadaan sebenar, jumlah sebanyak 43,200 cara.


Fuhh, tak terfikir lak aku pasal tali kasut ni, sangat menarik. Biasanya kalau aku guna kasut tali, tali yang aku lilit2 tu berbentuk pangkah, kira kebanyakkan orang pun lilit camtu jugak. Lilit2 pangkah tu pun ada nama rupanya, Criss Cross ataupun Over Under.



Jom aku tunjuk lagi antara cara ikat tali kasut yang rare daripada beribu-ribu lagi cara yang belum di explore, sesuai untuk 12 lubang dan lebih: