17.4.09

Rokok Merbahayakan Kesihatan atau Sebaliknya



Alhamdulillah, ade jugak masa aku nak update. Seperti biasa, di asrama aku duduk di bilik just melayan internet, bace buku ilmiah sikit, dan sebagainya selain dari tidur di siang hari. Aku pernah jugak bace blog member aku yang same balajar dengan aku di uthm, mostly blog yang berbentuk kehidupan harian. Tapi blog member aku tu tidak la secanggih blog korang coz member aku pun masih lagi baru sama seperti aku. Walaupun masih baru, kami saling berkongsi ilmu tentang ilmu blog. Baik sungguh kami, hahaa.

Berbalik pada tajuk, aku sebenarnye da lama nak luahkan pasal rokok.

Aku sebenarnye konfius sket pasal rokok nie. Ok, sejarah rokok mengikut Wikipedia :
“manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.”

Seperti yang kita ketahui, rokok merbahayakan kesihatan terutama pada si penghisap itu sendiri juga pada orang disekeliling. Untuk memberhentikan tabiat ini, kerajaan kita telah menaikkan harga setinggi yang boleh untuk memberi kesedaran pada si perokok (tak kan effect pun). Dan disinilah konfius serta kebengongan aku bermula pasal rokok nie. Yang aku heran, kenapa kerajaan x nak haramkan saja penjualan rokok tu, kenapa hanya naikkan harga rokok tu saja. Tidak seperti dadah, penjualannya haram di negara kita dan jika tertangkap or kantoi menggunakannya boleh dikenakan hukuman dan hukuman paling gerun yakni gantung sampai mati. So kenapa tidak dibuat pada rokok tu juga.

Selalunya korang mesti pernah terlihat di kampong or kat mane2 pun ade orang tua merokok, kadangkala ternampak juga imam yang merokok! (selalunya di kampong la). Mereka seperti tak kisah pun pada effect rokok yang dikatakan merbahayakan kesihatan, malah semakin galak lagi menghisapnya. Begitu juga pada si artis, sometimes ada adegan merokok dalam movie or drama mereka. Dan kelihatan mereka juga tidak berasa was2 menghisapnya, seperti macam makan keropok lak rokok tu. Yang aku lagi pelik, ade jugak doktor hisap rokok. Lagi la hebat, doktor yang melarang rokok tapi doktor hisap rokok jugak. Seperti rokok tu ade rahsia kebaikan yang doktor kononya rahsiakan.

Bagi aku la (pandangan aku je nie), rokok ni macam tak bagi effect yang besar sangat pada kesihatan, even bagi orang yang rokok sampai 5 kotak dalam satu hari pun just masuk hospital coz sesak nafas. Ni semua hanya pandangan yang cetek dari aku saja. Aku tak mengaitkan pada sesiapapun. Bagi sesiapa yang terasa bengang dengan artikel ni, aku mohon maaf. Aku hanya luahkan kekeliruan aku pasal rokok nie. So, komen korang amat digalakkan untuk berbincang pasal rokok ni, kita sama2 kongsi ilmu dan kalau boleh korang kongsi lah rahsia sebalik rokok ni.

Bagi mereka yang dibawah umur terutama kanak2 tu, aku tak galakkan kowang merokok ni, tak macho la. Aku pun tak merokok jugak (mak tak bagi,x baik ingkar cakap ibubapa) coz susah sket nak mengorat pompuan nanti, hahaa. Kalau terasa gian sangat nak merokok tu, aku sarankan korang cuba rokok ni.

Pasti sedap dan memuaskan, yang syok skali banyak lak tu, satu keluarga boleh menikmatinya. Yang penting tak merbahayakan kesihatan kan. Hahaaa, sekian di sini dulu, salam.

5 comments:

  1. hope tuan punye blog nie bkn smoker la yer...

    ReplyDelete
  2. tuan punye blog nie memang tak merokok,,
    coz tuan punye blog ni amat baik,,
    hahaaa

    ReplyDelete
  3. kalo xmerokok bgus la kan...
    merokok membahaya kn kesihatan..
    n bazir duit jer..
    hehehehehe........

    ReplyDelete
  4. askmz tuan rumah
    salam ziarah

    munkin ko tak mengerti lagi kenapa rokok ni tak diharamkan di malaysia.
    biar aku terangkan sikit dari segi teori ekonominya. dari segi teori kesihatan memang dah semua maklum la

    walaupun sekarang kerajaan telah meletakkan gambar2 yang ngeri kat kotak rokok, semua tu memang tak memberi kesan langsung. sbb bila seorang perokok tegar tu, macam mana susah pun dia akan kena dapatkan rokok jugak

    rokok, arak, dan perjudian adalah antara barang2 yang dikenakan cukai tertinggi. cukai akan masuk dalam hasil kerajaan. so ini akan meningkatkan KDNK dalam negara kita.

    duit2 ni la yang akan digunakan untuk memajukan negara.
    so, kalau rokok diharamkan. kutipan dalam negara akan berkurangan. segala projek untuk memajukan negara tidak dapat dijalankan. bila negara kurang maju, pelabur dari luar akan berfikir banyak kali untuk membuat pelaburan kat malaysia.

    mesti anda akan berfikir bahwa, camtu kita memajukan negara dengan duit yang haram la

    dalam bab agama ni aku tak berani nak sentuh sbb aku bukan orang agama. tapi ko boleh merujuk kepada yang lebih arif.
    aku cuma boleh kongsi apa yang aku pernah terbaca
    kita boleh mengutip cukai dari jualan arak&judi walaupun kita sebuah negara islam. ini kerana perkara ni pernah berlaku pada zaman khalifah apa ntah aku tak ingat.

    entry aku pasal rokok ada dalam ni

    ReplyDelete
  5. terima kasih beri pendapat,,
    kalau boleh luahkan lagi rahsia rokok nie,,
    biar semua dapat ilmu...

    ReplyDelete