20.4.09

Stuff Cool Stuff


Pukul 10 malam tadi kononnya nak study math sampai pagi, tapi hajat tidak kesampaian. Time aku nak study, time tu la idea2 terjeluak keluar. Aku dengan ghairahnya stop study math pukul 1 pagi. Aku ada dapat komen dari *****lala, katanya dia tak kisah pun aku link kan namanya tu. Yang kelakar tu, dia tahu lak yang *****lala tu adalah dia. Pastu cakap diri sendiri comel lak tu. Memandai jek *****lala ni, aku cakap pasal owang lain la, bukan kamu.

Hahaaaa, aku gimik jela, memang betul la aku cakap sal *****lala. *****lala tu sebenarnya chokilala si gadis comel (katanye). Jangan marah ye chokilala, saya orang baru. Lagi satu kelakar yang chokilala sasulkan, chokilala ingat aku sampai mati yang aku ni perempuan. Wakakaka, aku lelaki la, lelaki hensem yang balajar di uthm. Sekali lagi diingatkan, aku LELAKI.

Aku ada benda nak tunjuk.

Semua ni adalah stuff yang berharga aku ada dan disayangi serta dipelihara. Yang seronoknya kesemuanya guna duit aku yang halal.

Ini lah stuff aku yang paling mahal setakat ni. Aku beli tahun lepas (2008) di parit raja. Masa tu duit ptptn baru masuk dengan bangganya bulan 10, dan tanpa teragak agak aku beli dalam minggu tu jugak (gelojohnya aku). Harganya 1800 hengget. Sampai di bilik, perkara pertama yang aku godek, aku bukak internet dan terus menuju ke myspace tanpa menoleh ke belakang.





Phone Nokia 3230 ni aku beli tahun 2008 masa raya cina bulan 2 bertempat di Kajang. Harga RM500 with memori kad 1GB. Aku beli guna duit biasiswa masa aku sekolah. Setelah sebulan aku guna phone ni, baru aku tahu yang phone ni tak syok. Korang perasan tak tembol kat joystick tu tak de kan. tombol tu hilang masa aku beli memori kad baru, tokey kedai tu yang hilangkan dengan muka yang tak bersalah. Sampai rumah baru aku perasan tombol tu hilang.





Ni pulak phone aku yang kedua, Nokia 1208. Aku beli tahun ni,2009 masa raya cina bulan 2 jugak. Aku beli di Kajang dan di kedai yang sama jugak masa aku beli memori kad. Kira aku beli memori kad sama phone la. Aku beli cash (menunjuk) berharga RM115. Gunanya untuk line celcom Upax aku dan phone ni ada torchlight. Aku sungguh teruja dengan lampu torchlight tu.




Benda ni pun tak kurang mahal nya. Padahal sekeping kad plastic yang hodoh jek. Aku dapat kad lessen motor sama kereta pada tahun 2008 bulan 5. Waktu tu, umur aku 18 dan aku lulus dengan sekali test saja (lagi bangga). Tapi sayang, aku jarang bawa kereta coz ayah aku bawak kereta pergi kerja da. Keseluruhan kos bagi kad hodoh ni dalam 800 hengget. Aku guna duit biasiswa sekolah aku jugak. Habiskan duit biasiswa, hahaaa. Gambar terpaksa di kaburi coz gambarnya terlalu keseksian.



Mp4 jenama MWalker Argon 2GB berharga RM199 aku beli masa aku form 5 (2007) di tesco Kajang. Punca aku beli menda alah ni coz terlalu ghairah sangat dengan harganya yang kononnya murah. Aku guna duit raya yang aku simpan. Aku guna lagi sampai sekarang terutama kalau aku nak balik semula ke uthm.







Pasangan bagi mp4 aku lak headphone Panasonic HT010. Harganya murah saja, RM19.90 di Myden Kajang. Bunyi sound headphone ni memang syok, bunyi bass die sampai gegendang telinga aku bergendang sekali.






Kasut yang aku paling sayang sekali tapi jarang aku cucikannya (aku malas nak main air). Design kasut vans ni cukup menawan lagi2 background kasut ni warna putih (aku suka warna putih). Dekat balakang kasut tu ada otograph muka hodoh, mungkin muka designer kasut. Setakat ni aku tak jumpa lagi orang yang pakai kasut sama design dengan kasut aku. Maybe aku sorang je kot (perasan). Harga RM49.90, aku beli bulan 10 tahun 2008. Aku beli kat …. Mane leh bagi tau, nanti korang sama lak dengan aku. Biar aku sorang jek yang ada kasut ni (berlagak), lalalala.




Walaupun kelihatan hodoh, tapi seluar pertama yang aku beli sendiri. Selama ni pakaian aku family aku yang sponsor termasuk pakaian tuuuut sekali, hahaa. Seluar Levis ni aku panggil seluar koboi coz design balakang lain sket. Aku beli di rantau panjang, Kelantan time bulan 3 2008, RM30. Gambar tu, dipadankan sama kasut vans aku. Kan cantik lagi semart tu.






Hanya mesin nombor2 saja. Aku masih lagi guna sampai sekarang dan masih lagi cantik serta di copyright. Gambar yang bulat merah tu aku tulis formula masa aku form5 dan digunakan lagi formula tu di uthm tanpa sebarang kantoi. Nampak tak formula tu. Aku beli masa aku form 4 tahun 2006. Korang tahu kan harganya.



Stuff akhirku tali pinggang quicksilver. Aku beli di wakaf che yeh, Kelantan, RM18 guna duit raya. Aku da lupa tahun bila aku beli. Aku masih guna sampai sekarang coz tali pinggang ni senang nak guna sket. Agak hodoh sikit tapi aku tetap sayangi dan tiada yang dapat mengganti tempat mu sayang. Kuang, kuang, kuang …



10 stuff aku yang tak seberapa pun. Walaupun tak seberapa, duit sendiri gak aku guna tanpa membebankan family aku. Baiknya aku… Lepas ni nak bagi stuff apa ek kat kekasih aku nanti (berangan ada kekasih). Salam.

6 comments:

  1. anda pasti dengan kelelakian anda? haha. eh, mana de comel. manis je. hoho

    waaa.. banyaknya barang yang dia beli sendiri. tp seluar kecik, xde pun? hohoho. kantoi

    ReplyDelete
  2. laaa,, da comel nak manis pulak,,
    tamaknya,,

    memang la xde pun
    coz masih lagi ditanggung familyku sendirian berhad,,
    lalalala

    ReplyDelete
  3. amboi tayang stuff dia..
    k lawa2....
    ke nk jual dh sume 2.
    hehehehehe......

    ReplyDelete
  4. bukan nak jual la,,
    nak derma di kedai perabot,,
    hahaaa

    memang lawa pun,,lalalala

    ReplyDelete
  5. nk derma kat kedai perabot..
    kedai 2 trime ker?
    hehehehehe...
    erm....
    pantang dipuji la awk nie..

    ReplyDelete
  6. kalau nak puji x perlu dipantang pun,,
    hohooo

    semenarnya dah biasa da dipuji memuji ni,,
    x tau kenapa diriku ini sering dipuji,,
    lalala

    ReplyDelete