6.5.10

Dunia Baru 2 – Finally Finished

Kenapalah masa sangat cepat berlalu. Terlalu sekejap lak rasanya aku melalui kehidupan di sem 4. Walau apapun aku bersyukur dapat habiskan pembelajaran semesta 4 bersama rakan yang disayangi. Kini dah bermula 2 bulan cuti dan aku masih lagi belum balik untuk bercuti, kononnya ingin habiskan masa bersama kawan. Ntahlah, sem 4 betul2 aku banyak berubah dan aku amat menyukai masa di sem 4 berbanding sem2 lepas.

::Tema::
Seperti entry dahulu aku, ‘dunia baru 2-musim 1’ aku andaikan tema ‘kawan’ kerana sem lepas semuanya berkait dengan kawan. Kini sem 4 aku rasakan tema yang sesuai ialah ‘mencari konklusi’. Yup, sem 4 terlalu banyak masalah serta konflik yang berlaku. Tak kiralah antara Loji atau Automotif. Tapi dengan pemikiran yang matang dari kami semua, akhirnya konflik+masalah dapat diselesaikan tanpa memudaratkan pihak lain.



::Rumah Sewa::
Semesta 4 adalah last contract untuk tinggal di asrama. So sem 5 kena duduk luar pula. Aku ingat lagi masa awal2 sem 4 member2 sibuk cari rumah sewa, aku lak leh wat bodo masa tu. Tapi akhirnya aku minta untuk sambung balik tinggal di asrama. Member2 seblok dengan aku semuanya duduk rumah sewa sem depan, kiranya aku jela yang tinggal nanti. Sebenarnya aku nak juga duduk rumah sewa bersama dengan rakan seblok tapi apa kan daya aku tak mampu. Sumber kewangan aku tak stabil lagipun family aku pesan kat aku kalau boleh pohon tinggal balik di asrama.

Masa aku dapat tawaran belajar Uthm dulu, aku berkeras tak nak belajar, aku nak kerja dulu kumpul duit coz aku tahu family aku tak mampu nak bayar yuran pendaftaran RM2+++. Tapi family aku mendesak sangat sampaikan mak aku menangis so aku terima jela dengan berat sekali. Akhirnya pak cik aku support sikit duit dan muncul lah aku di Uthm. Family aku tak mampu nak bagi duit setiap bulan just bagi bila ada duit lebih. Nasib baik aku jenis tak suka meminta so aku tak kisah sangat pasal duit bulanan. Aku bukan nak minta simpati tapi just faham keadaan aku pon sudah memadai.

::Aku Sudah Berubah?::
Nak kata aku dah berubah, tak juga la tapi ada la berubah jugak, haaa. Kalau dulu aku tak banyak cakap, kini ada la juga bercakap-cakap. Sem ni kononnya aku dah pandai bergaul ngan pelajar2 perempuan. Aku pun da berani lepak ngan pompuan tanpa ditemani. Aku ingat lagi masa aku format laptop member sekuliah, pergh best giler masa tu, hanya ada aku, dia ngan sorang tuk teman dia. Lama lak tu aku lepak. Cuma yang aku segan dia buat assignment dinamik masa tu ngan belanja aku minum. Selain tu kat kuliah nama aku sering disebut sebut juga la sebab nak kenakan aku, juga aku ada masuk aktiviti+contest yang uthm anjurkan (sebenarnya aku ada niat lain, haaa).

::Pengaruh dan Kenalan Baru::
Nak kata aku berpengaruh tak juga la tapi ada la masa2 tertentu aku berpengaruh cuma aku tak nak heboh. Setiap sem pasti aku dapat kenalan (pompuan) baru dan setiap kenalan baru tu secara tak sengaja. Sem ni ada la dalam 3-4 orang aku berkenalan dan yang paling best 2 orang pelajar cina aku berkenalan. Camne aku boleh berkenalan ngan diorang? Itu semua kerana bakat aku,hahaa.

::Gosip dan Percintaan::
Sem 4 ni muka aku asek merah saja. Semua ni gara2 gosip yang mengatakan aku sedang bercinta dengan rakan sekuliah!!!!!. Aku ni dah la pendiam, bila lak aku mengorat pompuan apatah lagi luahkan perasaan cinta, ecehhhh. Asal kat kuliah jek, bila ada sebut nama pelajar tu, mulalah ada segelintir tenung aku pastu sebut nama aku kuat2. Aku dah jadi tak senang duduk, dah tu ada la sorang tu ‘nasihat’ aku suh luahkan perasaan aku kat dia cepat2, kononnya nanti akan diambil orang lain. Hahaaa, tapi sebenarnya aku memang ada luahkan perasaan aku secara terbuka lagi cuma korang je yang tak perasan. Aku mengaku la yang memang aku syok pada rakan sekuliah cuma untuk bercinta tu tak akan terjadi sma sekali.

::Lomo::
Rakan2 ku dapat pengalaman baru sebab bergambar dengan kamera lomo. Kalau aku tak bawa kamera lomo, diorang tentu tak tahu kewujudan kamera fish eye 2. Saat yang aku suka bila si Melissa sangat teruja dengan kamera Fish eye 2 hinggakan dia ambil kamera aku kejap pastu bergambar dengan kamera tu. Disebabkan kamera lomo, rakan2 ku memanggil aku lomo, aku suka…

::Blog::
Sem ni blog inspirasiizra kadangkala menjadi perbualan rakan2 ku. Blog aku dah dapat sambutan lagi2 bila aku masukkan gambar diorang. Yang buatkan aku tergelak, member aku si Amirul (hati kering) pon baca blog aku siap berseronok lagi bercerita kat aku. Kadang2 bila member bahan aku, diorang gunakan ayat inspirasi dan disebabkan ayat inspirasi juga lah diorang teringat blog inspirasiizra. Tapi antara blog aku, Faiz ngan Zul, mungkin blog Faiz ngan Zul la yang femes.

::Merendah Diri dan Semangat::
Akibat psycho dari member2 cemerlang buatkan aku merendah diri sangat. Bila aku tengok diorang bincang problem study kat kuliah rasa macam aku tak diperlukan, hahaaa… Kadang2 aku rasakan aku tak layak bergaul ngan diorang. Apatah lagi nak pinjam assignment dari diorang, mungkin sesetengah tu baik bagi pinjam assignment. Tapi disebabkan psycho diorang, aku bersemangat untuk bersaing dengan member2 yang lebih kurang macam aku dalam pelajaran. Tapi saat yang menyentuh perasaan aku bila study sesama Onga, Adik, Faiz, Hatim, diorang harapkan sesame diorang untuk mengajar. Aku rasa terharu diorang minta aku ajar walaupun sikit je yang aku tahu. Diorang sebenarnya kalau diajak study bersama memang diorang nak.

::Tiada Lagi Amalan Logi::
Pelajaran yang aku suka ialah Logi. Salah satu aku suka sebab pelajaran Logi memang unik, selain tu group aku ada Yie, hahaaa. Disebabkan Logi aku dapat makan bersama Yusza, Aishah juga Yie sambil dengar cerita gossip diorang, hahaaa. Tapi borak ngan Yusza memang best. Masa aku duduk ngan Yusza ngan Yie semeja di café, Yusza la yang banyak berborak ngan aku. Dia layan suma citer yang aku borak buatkan rasa confident untuk lepak ngan pompuan, hahaaaa… Tapi sayang, sem 5 Logi dah tiada.

::Aku Bukan Pelajar Cemerlang::
Aku ni nak kata cemerlang tak juga, kira sempadan la. Tapi aku suka beranggapan aku bukan pelajar cemerlang. Disebabkan itu juga aku sering mengelak dari member pandai untuk bertanya soalan pada aku. Pernah sekali masa aku berdua dengan Yie, boleh pula dia tanya soalan solid mechanic yang baru belajar. Aku dah nak kelam kabut masa tu, tapi nasib baik soalan yang dia tanya tu aku baru terbaca secara tak sengaja dan boleh la jawab soalan dia. Kalau boleh jangan tanya soalan kat aku tapi kalau bincang sesama aku nak sangat.

::Jika Diberi Peluang::
-aku tak nak lagi duduk sebilik dengan roommate aku. Aku dah puas, serik dan bosan.

-aku nak kembali ke masa aku lepak dengan Yie. Kenapa? Sebab Yie best, dia tak reti nak bahan orang dan dia mudah ketawa.

-aku nak lepak ngan Yusza lebih lama skit, borak ngan dia best.

-waktu aku makan semeja, mengadap depan Yie, rasa tak puas makan bersama. Mana tak nye, asyik kena bahan jek aku. Memang segan giler aku masa tu, dan kalau boleh aku nak duduk semeja lagi dan kalini lebih lama, hahaaaa….

-aku nak lebih lepak ngan pelajar perempuan DDT, tak kisah la ngan siapa walaupun Aini, haaaa.

::Perpisahan::
Akhirnya aku berpisah juga dengan group2 Onga. Agak sedih juga sebab aku baru je serasi ngan diorang lagi2 Onga. Walaupun diorang ada la bahan aku, tapi takde aku pon suasana tak meriah jugak, hahaa. Apa yang besh sal diorang, diorang punyai perangai yang pelik tapi ambil berat pasal kawan. Bila diorang nak keluar, ajak keluar sama-sama, sem depan dah takde sapa nak ajak aku keluar nanti. Sekarang aku dah tak leh dengar rungutan Hatim, kemanjaan Onga, ngepek Faiz, stail jawa Wan, bahanan dari Amir, gelakan Adik ngan latahan Akmal. Sedihkan cerita ni, haaaa…



walaupun kami kelihatan bodoh, tapi kami sahabat yang paling baik


Perkara yang korang tak tahu:
-sem 4 aku banyak luangkan masa lepak ngan Yie. Siap ada kenangan lagi aku bagi. Cuma tak menunjuk je, nanti korang bahan aku. Tapi bila aku fikirkan balik, aku ni over sangat.

-ada sumber memberi tahu ada pelajar pompuan suka aku, hahaa. Tapi sorry la, aku tak berapa berkenan la ngan pompuan yang pakai tudung ala Yuna. So tukar balik style tudung.

-akibat aku sering dikaitkan ngan ###, aku jadi segan nak cakap serta mesej ngan dia. Lagipon aku dah kurang nampak respon dia kat aku ditambah pula aku buat hal (aku tak hantar report yang sepatutnya aku buat). Jahat kan aku….

-waktu aku lepak ngan pelajar pompuan (selain DDT), kebanyakan diorang suka lepak ngan aku, hahaa.

Sampai sini saja ulasan sepanjang aku belajar di semesta 4. Sekejap rasanya dah masuk final year, memang touching. Aku tak pasti waktu cuti ni aku boleh upadate entry coz aku wat entry pon berdasarkan inspirasi dari rakan2 sekuliah. Insyaallah bulan 7 kita bertemu lagi dan kita hadapi suasana baru pula. Ber infinity aku mohon kemaafan pada korang2 atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan, rasa tidak puas hati dan jika aku ada hutang (duit atau budi) kat korang, cepat2 korang tuntut. Memang best kawan ngan korang, sayang korang juga… Selamat bercuti dan Silalah baca entry aku yang lepas2, ada sesuatu istimewa di situ. Salam.

p/s: oh,, selamat hari lahir pada Izzat(2 may), minat dia ngan aku lebih kurang sama je cume yang bezanya dia berbakat+pandai, aku lak berbekas+bodoh,, hahaa....
Juga pada Sahar (5 may), budak sabah ba.....

p/s: ingat besday aku jugak....

6 comments:

  1. nice derr..haha touching siot..haha

    ReplyDelete
  2. aq tau anonymous ni sape...hehe
    jat2~muahahhaa...

    ReplyDelete
  3. siyes nk ngs ak bc entry ni.... hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaa,,
    aku pon kenal gan nonymous tu,,,

    yeah korang,,,
    ampunkan kesalahanku jika
    diriku ini ada wat kesalahan
    kt korang2....

    jgan nangis ye bace post ni....

    ReplyDelete
  5. nice entry. besh kot. ni nak keje keje keras tok wt entry cm kw. ahaha. perlu ke masokkan picca yg kt toilet uh..? gile la weyh.. SEMPOI abz....

    ReplyDelete
  6. blog aku bodo2 jek,,,
    tapi kene kreatif la,,,

    besela gamba tu,,
    kehidupan remaja
    di universiti,,
    haaaa

    ReplyDelete